Ringkasan
RM 52 juta tunai dirampas dari kedua-dua tertuduh. Pengarah 45 juta, Timbalan 7.2 juta. Dirampas dari pejabat dan rumah serta 6 peti simpanan di bank.
Ada 5 lagi esok baru dapat dibuka sebab ikut prosedur bank.
23 juta dari simpanan di bank
37 juta dari akaun sebuah syarikat
9 buah kereta / bertambah lagi
Barang kemas, jam dan beg tangan jenama
Wang Disyaki ada lagi disimpan diluar negara
4 org ditangkap termasuk 1 pengarah syarikat dan 1 akauntan
Total cash & bank = RM112 juta
32 pegawai mengira dan menahan suspek15 jam untuk mengira
Semalam Captain M mendedahkan dua nama Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) iaitu Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah sejak Teo Chee Kong Timbalan Pengarah.
Selain itu RM3 juta dirampas dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan tersebut. Penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, dipercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta
Dahsyatnya Rasuah |
Bagaimanapun hari ini sangat mengejutkan selepas siasatan menyeluruh dan operasi tangkapan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai yang dianggarkan hampir RM50 juta di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya semalam.
SPRM juga menemui wang tunai dalam jumlah yang besar dalam salah sebuah kenderaan milik suspek. Pengarah Jabatan Air mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.
"Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama,"
Ag Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah sejak Teo Chee Kong Timbalan Pengarah yang berjawatan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah terlibat mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.
Sidang Media SPRM 2 lagi orang awam ditangkap untuk membantu siasatan |
Hari media massa berbelah bagi mengenai jumlah yang diumumkan. Ada yang menyebut RM 10 juta, RM15 juta, RM20 Juta, hampir RM 50 Juta dan hampir 100 juta namun sumber SPRM mendedahkan nilai rampasan sudah mencecah
lebih RM 112 juta selain kereta mewah, barang kemas,jam tangan mewah, matawang asong (RM47 juta) di beberapa lokasi termasuk dalam kenderaan dan pembekuan akaun berjumlah RM65 juta.
Dilaporkan lebih 40 buah kereta mewah disita.
Usaha penangkapan akan diteruskan lagi termasuk adik beradik dan sanak saudara suspek.
Untuk rekod Teo Chee Kong Timbalan Pengarah memiliki Hotel No 5 di Kota Kinabalu, rumah mewah, Syarikat Pemaju Perumahan di Membakut dan Beaufort dibawah syarikat Hasil Emas Takapan Sdn Bhd yang pernah membangunkan projek perumahan Taman Takapan Emas.
Teo Chee Kong memiliki HOTEL NO.5 KOTA KINABALU |
Projek Perumahan Taman Takapan Emas Membaku Sabah. Selain memiliki rumah-rumah kedai disekitar Membakut dan Beaufort.
Apakah pula siasatan dan jumlah tangkapan esok? pasti lebih mengejutkan!
|