Tuesday 27 June 2017

MUFTI PERLIS PUJI INTEGRITI MODEL MIRANDA KERR TAPI TAKUT DEDAH AKAUN AL QAYYIM NGO MILIKNYA SONGLAP DUIT!


1. Bukan main lagi seronok Dr Maza mengulas mengenai model Miranda Kerr yang menyerahkan barang kemas bernilai AS$ 8.1 juta (RM35 juta) kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

2. Kata Dr Maza model itu mempertahankan integriti untuknya. Cara memujinya seolah-olah sedang menyindir dan memperakukan tuduhan DOJ di negara ini. Jika benar Dr Maza seorang berintegriti soalan kita kepada Dr Maza, bila pula dia hendak mendedahkan akaun Al Qayyim yang dikatakan menerima sejumlah wang berjuta dan malah pernah menerima wang zakat dari negeri Perlis? Bila? Sudah dua bulan berlalu Dr Maza terus senyap. 

3. Dr Maza sebelum ini dituduh menggunakan pertubuhan Al Qayyim mengutip wang dan kekal sebagai Penasihat berkepentingan. Adalah wajar Dr Maza membuktikannya. Bukan semata mendoakan musuhnya serta hanya menafi dalam video bahawa itu tuduhan.

Thursday 22 June 2017

AYUH EXCO ARMADA PPBM LAPOR SPRM KEKAYAAN ANAK DAN MENANTU MUHYIDDIN 1BESTARI RM4.465B & BIOMETRIK RM912 JUTA!




1. Exco Armada PPBM telah melaporkan Mahathir dan Mukhriz kepada SPRM. Ada baiknya dalam keghairahan itu Exco Armada PPBM terus melaporkan kekayaan dan salah laku rasuah Muhyiddin Yassin Presiden PPBM.

2. Exco Armada PPBM perlu melaporkan kekayaan Fakhri dan menantu Muhyiddin Dato' Adlan Berhan. Mereka ini kaya dan jadi jutawan semasa Muhyiddin sebagai Menteri Besar, Menteri dan TPM. Beberapa projek dikenal pasti boleh dilaporkan



SPRM PERLU PANGGIL MUKHRIZ KERANA PROJEK RM214.2 JUTA SEBAGAIMANA ISA SAMAD BEKAS PENGERUSI FGV



1. Pendedahan kisah salahguna kuasa dan rasuah Mahathir memberikan projek fiber optik kepada anaknya Mukhriz Mahathir bukan baru.Telah lama didedahkan dalam media sosial. Sama ada orang kisah atau tidak ambil tahu disebabkan hanya melibatkan Tun Dr Mahathir. Captain M sendiri telah menulis dalam entri bertajuk;


2. Hanya kali ini peluang lebih baik apabila perbalahan Exco Armada PPBM mempersoalkan kekayaan anak-anak Mahathir Pengerusi PPBM dan skandal Muhyiddin kepada laporan SPRM. Terima kasih kepada Exco Armada PPBM yang lapor SPRM. Tentunya ini membuka jalan.


3. Media  pada 21 Jun melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah berhubung pemberian tender membekal kabel fiber optik kepada syarikat milik Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh Telekom Malaysia Bhd. pada 2003.

Friday 16 June 2017

GEMPAR PEMUDA PAN KELANTAN PUNYA 'MAHLIGAI LEMBAH BINJAI' JUTAAN RINGGIT HASIL RASUAH BAKAL DISIASAT SPRM?


1. Jika sebelum  ini Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang popular dengan Banglo Disneyland Ampang sehingga didakwa di mahkamah kerana memberi keterangan tidak betul dan dokumen PALSU ketika proses siasatan SPRM serta didakwa di bawah peruntukan Seksyen 32(8)(c) dan 89 AMLATFAPUAA 2001. 

2.  Kini Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Mohd Hisyammuddin Ghazali (Syam Ghaz) orang kuat dan proksi Husam Musa Naib Presiden PAS (bekas Naib Presiden PAS) dikatakan memiliki Banglo Mahligai di Lembah Binjai hasil bantuan Husam Musa ketika berkuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Syarikat Kelantan Biotech Corporatian Sdn Bhd. Syam Ghaz merupakan Eksekutif Kanan di syarikat itu sebelum meletak jawatan pada tahun 2014.



3. Projek Lembah Binjai bernilai lebih RM100 juta kerjasama MPKB-BRI dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd yang diumumkan pada 20 Januari 2017 mengundang kontroversi perang mulut antara PAN dan PAS. 

4. Ini termasuklah Syam Ghaz yang memiliki rumah banglo mewah di Lembah Binjai itu. Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan menggunakan sepenuhnya isu ini bersama Syam Ghaz untuk meraih simpati rakyat. Tidak terkecuali Husam Musa. 



Saturday 10 June 2017

PENOLONG PENGUASA SPRM 'KAKI PAW' POLIS DITANGKAP, RUPANYA PEGAWAI BERMASALAH. PADAN MUKA!



1. "Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk". Begitulah hari ini kecoh dengan tangkapan terbaru seorang seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Zon Utara yang ditahan kerana memeras ugut dan meminta wang suapan daripada pegawai polis. Pegawai SPRM itu berusia 37 tahun itu ditahan polis di Machang Bubok, Bukit Mertajam di Pulau Pinang.

2. Syabas kepada PDRM kerana menangkap pegawai SPRM itu walaupun dilaporkan sejak dua tahun lalu meminta wang daripada pegawai polis, kononnya untuk melindungi aktiviti pusat judi. Turut dirampas wang tunai kira-kira RM3,000 dan suspek direman bagi membantu siasatan.

3. Sumber SPRM berkata "Pegawai SPRM jika melakukan rasuah seperti ini jangan dibiarkan sehingga 2 tahun. Lapor kepada SPRM atau tangkap mengikut undang-undang sedia ada. SPRM tidak akan tahu jika sekiranya pegawai polis yang menjadi mangsa tidak melaporkan rasuah ini. Apapun syabas dan tahniah kerana bertindak. SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya termasuk memecat pegawai yang terlibat dengan rasuah". 

Friday 2 June 2017

LAPORAN KE SPRM TANAH LEBUHRAYA PEEL BERI LALUAN SIASATAN TERHADAP TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG?


1. Nampaknya laluan Tan Sri Tan Kok Ping proksi Lim Guan Eng ke penjara semakin hampir. Sebelum ini Tan Sri Tan Kok Ping juga berdepan dengan tuduhan melarikan diri dari membayar cukai, taikun judi tanpa lesen dan membayar rasuah kepada pegawai penguatkuasa. Jika Dato' Seri Khor Teng Tong Hunza Group boleh diheret tak mungkin Tan Kok Ping tak boleh!

2. Artikel Captain M sebelum ini mendedahkan di belakang penjualan tanah di Lebuh Raya Peel secara rundingan terus adalah Tan Kok Ping. Baca di sini
Kredit Infografik: Persatuan Anak Jati Pulau Pinang
3. Hari ini kontroversi penjualan tanah awam di Lebuh Raya Peel oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang memasuki episod baharu apabila beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah,Pulau Pinang. 

Tuesday 30 May 2017

AZMIN ALI & ISTERI ADA FERRARI KLON APA BARANG ZURAIDA DAN RAFIZI KECOH!




1. Azmin Ali MB Selangor berkata beliau tidak berminat perang mulut antara Rafizi Ramli Naib Presiden PKR dan Zuraida Ketua Wanita PKR mengenai Permit Import (AP) kereta mewah yang dimiliki oleh Ahli Parlimen. “Saya tidak berminat dalam polemik seperti ini." Kata Azmin Ali

2. Zuraida berkata"saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat"."Bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu". Rafizi menjawab Zuraida  "Saya adalah antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan". 

Saturday 27 May 2017

ZURAIDA BELI KERETA MEWAH SEBAB DIA WAKIL RAKYAT, BODOHLAH PEMIMPIN PKR KALAU TAK TIPU AP AHLI PARLIMEN?



1. Perang mulut Rafizi Naib Presiden PKR dan Zuraida Ketua Wanita PKR kembali lagi berkisar mengenai kereta mewah. Zuraida berkata "saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat"."Bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu". katanya

2. Rafizi pantas menyindir Zuraida dalam twitternya. "Saya adalah antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan". Portal FreeMalaysiatoday menulisnya sebagai 2 wakil rakyat ‘bodoh’ tampil pertikai Zuraida.


3. Mengapa agaknya Zuraida mengumumkan akan melepaskan jawatan Ketua Wanita PKR pada 20 Mei lalu? Bohonglah Zuraida sengaja melepaskan jawatan, hakikatnya dia tahu pendakwaan Adam Rosly dengan 6 pertuduhan di mahkamah hanyalah satu permulaan. Lambat laun siasatan terhadap Adam pasti akan melibatkan Zuraida. Jadi Zuraida berhentilah dari mencabar 'orang jantan' melapor SPRM. Nanti tak cukup tanah lari! Apa Zuraida fikir hanya Dato' Jamal saja yang menekannya? Buka mata pada perkara yang kamu tidak nampak!

TAIKUN JUDI TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG DI BELAKANG PENJUALAN TANAH PEEL AVENUE TANPA TENDER?


TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG ADALAH ORANG PENTING DIBELAKANG TABIR PENJUALAN TANAH PEEL AVENUE RM 156 JUTA KEPADA ISLAND HOSPITAL SDN BHD

1. Datuk Huan Cheng Guan, Naib Pengerusi Parti Cinta Negara memberi tempohhari (sehingga 2 Jun 2017) kepada Lim Guan Eng untuk mendedahkan kandungan Perjanjian Jual Beli tanah Peel Avenue kepada umum sebelum melaporkan kepada SPRM menyiasat Skandal RM 156 juta ini.


2. Dua perkara utama yang dibangkitkan ialah;

i. Penjualan Tanah Peel Avenue RM156 juta adalah di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi. Seperti biasa Lim Guan Eng menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Amat melucukan Lim Guan Eng tidak pernah konsisten dengan menggunakan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai rujukan dalam menjual tanah Kerajaan Negeri. Apatah lagi penggunaan JPPH pada tahun 2015!. Semasa kes pembelian rumah banglo murahnya Lim Guan Eng membuang dalam tong sampah laporan JPPH.


ii. Penjualan tanah secara rundingan terus tanpa tender terbuka. Ia jelas sikap hipokrit Lim Guan Eng dan DAP untuk melaksanakan semua projek atau perolehan secara tender terbuka.Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan DAP memang semakin lawak sejak Lim Guan Eng dituduh kes rasuah ini. Lim Guan Eng terus merompak sebelum dia dituduh bersalah.

Thursday 25 May 2017

DR MAZA 'DIVERT' ISU DISIASAT SPRM DENGAN SOKONGAN TERHADAP PEGUAM BUKAN ISLAM JADI PEGUAM SYARIE PERLIS?


IKRAM-PAN-DR MAZA-AL QAYYIM
1. Dr Maza melakukan 'divert' isu kes siasatan SPRM terhadap jabatan mufti dan NGO Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim miliknya dengan kes surat sokongan Jabatan Mufti Perlis terhadap permohonan dari seorang peguam bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin dari Kuala Lumpur bagi membolehkannya menjadi peguam syarie di Perlis. Ia keputusan yang sangat mengarut dikala kaum India yang dihinanya memprotes cara penghinaan agama yang dibuatnya.

2. Paling pasti sehingga hari ini Mufti yang punya kepentingan dalam Al Qayyim ini masih gagal menyokong hujahnya. Yang kita tahu Maza menggunakan 'kabel' politiknya dari disiasat SPRM. Pandai juga dia mengadu. Mari kita terus tekan Dr Maza ini.

3. Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( Maza) seorang Mufti Perlis. Juga adalah Penasihat Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim yang diasaskannya.

4. Dr Maza memperakukan Pertubuhan IKRAM melalui Koperasi Islah Malaysia Berhad dilantik sebagai Ejen kutipan Zakat Majlis Agama Islam Perlis ( MAIPs)

Wednesday 24 May 2017

SEBARKAN! HANNAH YEOH MANIFESTASI STRATEGI CINA DAP EVANGELIS FANATIK KRISTIAN



[Fanatik Cina Kristian DAP bukan sahaja menghina Islam, agama dan budaya orang lain tapi mereka juga sanggup menghina Bangsa Cina Sendiri]

1. Pendedahan Dr Kamarul Zaman Yusoff Ahli akademik kanan Universiti Utara Malaysia terhadap buku tulisan Hannah bertajuk ‘Becoming Hannah’ (Menjadi Hannah) sehingga dilaporkan kepada polis sebagai bukti nyata pengakuan pemimpin DAP itu terlibat dalam politik dengan bantuan pihak Kristian bukanlah cerita baru bagi Cina Evangelis dalam DAP yang menggerakkan gerakan kristianisasi bukan saja kepada orang Islam tetapi terhadap kaum mereka sendiri 

2. Asas Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadap buku Hannah Yeoh yang dijual secara terbuka menunjukkan Hannah memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian yang digambarkan tulisan beliau berbunyi “Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini” (“If you are not a Christian and are reading this book”, muka surat 14). Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut (“as “ambassador of God” and to make disciples of others”, muka surat 7).

3. Hannah mungkin boleh ditafsir telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

Sunday 21 May 2017

NGO AL QAYYIM DISIASAT SPRM: MAMPUKAH REKOD PENYATA AKAUN IQ DARI ZAKAT PERLIS DISEMBUNYIKAN?

Rasuah Baru Unsur Agama

1. Ketika artikel Captain M bertajuk DULU BERI IKRAM-PAN KUTIP ZAKAT KINI DR MAZA MUFTI JUAL MEJA RM30 RIBU DEMI NGO AL QAYYIM MILIKNYA! dan  RM16 JUTA DALAM AKAUN NGO MILIK MUFTI PERLIS TAHUN 2016 TIDAK DIISYTIHARKAN. SIAPA BERI? SPRM WAJAR SIASAT meroyanlah Dr Maza dan Presiden IQ Malaysia Dr Rozaimi. Habis seluruh pasukan NGOnya tampil membela. 

2. Sebenarnya Captain M malas nak mengulas isu geng Maza ni. Captain M yakin saat artikel itu dipaparkan SPRM yang lebih arif tentang rasuah dan salahguna kuasa tidak sukar memahaminya. Kita juga menerima maklumat bahawa Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim sedang disiasat SPRM Perlis. Apa agaknya reaksi dari siasatan itu? takut, bimbang atau berusaha berlindung dengan segala cara? Ini satu pengajaran buat Dr Maza, Dr Rozaimi dan geng-geng pro Maza ni. 

3. Pusinglah jawapan kepada dua artikel itu dua asas penting sahaja yang mesej Captain M sampaikan sekalipun terdapat 7 perkara yang dipersoalkan sebelum ini. 

Wednesday 17 May 2017

MENANG RM200RIBU, ZAHIDA RAFIK BUKTIKAN SHAFIE APDAL BERI DANA HARAM? SPRM DAN LHDN WAJAR SIASAT


1. Berita yang mengundang resah Shafie Apdal ialah perang panjang antara Zahida Rafik (Skandalnya- mungkin isterinya selagi tiada pengakuan) dengan pemandu peribadinya Noor Azman Azemi. 

2. Semalam (16 Mei) pelakon seksi Zahida Mohamed Rafik mendapat RM200,000 selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas pemandu peribadinya membayar ganti rugi berhubung saman fitnah yang difailkan oleh Noor Azman Azemi berkaitan kehilangan wang RM200,000.

3. Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim turut memerintahkan Noor Azman Azemi membayar kos RM50,000 kepada Zahida Rafik.

4. Kuorum berkenaan berpuas hati bahawa Zahida, 42, mendapat keistimewaan mutlak (absolute privilege) kerana kenyataan kepada pihak media berhubung kehilangan RM200,000 miliknya, dibuat berdasarkan laporan polis.

Monday 15 May 2017

RM16 JUTA DALAM AKAUN NGO MILIK MUFTI PERLIS TAHUN 2016 TIDAK DIISYTIHARKAN. SIAPA BERI? SPRM WAJAR SIASAT



1. Sehari dua Dr Maza yang dikenali lantang hanya berdiam diri. Membiarkan Admin facebooknya Abu Hafiz Salleh Hudin yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim menepisnya. Habis dikerahnya NGO membela Dr Maza seperti IPSI, PROmedia Tajdid, IKRAM dan individu-individu tertentu. Kononnya semua sukarela! Fund Rising IQ dengan jualan meja sehingga RM30 ribu nyata memakan diri. Facebook Maza penuh dengan komen serangan netizen. Apabila kena batang hidung habis semua dikerahnya.

2. Dr Maza dan pengikutnya lupa persoalan yang netizen bangkitkan. Adminnya masih menegakkan hal relevannya kutipan derma dan penjualan meja sehingga ribuan ringgit itu. Sebenarnya 7 PERSOALAN yang perlu dijawab oleh Dr Maza dan Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim. 

Sunday 14 May 2017

DULU BERI IKRAM-PAN KUTIP ZAKAT KINI DR MAZA MUFTI JUAL MEJA RM30 RIBU DEMI NGO AL QAYYIM MILIKNYA!



Sama ada dia tidak berjawatan Mufti atau dilantik semula Mufti dia terus memungut wang dari derma orang ramai. Kali ini menjual meja berbuka puasa sehingga
satu pakej RM30 ribu. 


1. Dr Maza cipta kontroversi lagi. Sebelum ini Captain M telah mendedahkan  Dr Maza Mufti Perlis yang berpengaruh di MAIPs memberi keizinan kepada IKRAM melalui Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) miliknya mengutip zakat di dalam dan luar negeri Perlis. Ustaz Hasanuddin Yunus pendokong IKRAM adalah Naib Presiden PAN.


2. Apa Dr Maza kisah pada gerakan pembangkang yang mendapat dana dari projek kutipan Zakat. Asalkan dapat beri sumber kewangan. Dr Maza yang berpura-pura dalam media sosial sebagai marhean, memahami derita rakyat akhirnya bersekongkol dengan NGOnya menjual agama melalui kutipan dana Iftar Perdana IQ Malaysia secara berpakej sehingga RM30,000. Kecaman dan kritikan netizen akhirnya dia memadam status itu dalam Facebooknya.

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA