1. Jika sebelum ini Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang popular dengan Banglo Disneyland Ampang sehingga didakwa di mahkamah kerana memberi keterangan tidak betul dan dokumen PALSU ketika proses siasatan SPRM serta didakwa di bawah peruntukan Seksyen 32(8)(c) dan 89 AMLATFAPUAA 2001.
2. Kini Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Mohd Hisyammuddin Ghazali (Syam Ghaz) orang kuat dan proksi Husam Musa Naib Presiden PAS (bekas Naib Presiden PAS) dikatakan memiliki Banglo Mahligai di Lembah Binjai hasil bantuan Husam Musa ketika berkuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Syarikat Kelantan Biotech Corporatian Sdn Bhd. Syam Ghaz merupakan Eksekutif Kanan di syarikat itu sebelum meletak jawatan pada tahun 2014.
3. Projek Lembah Binjai bernilai lebih RM100 juta kerjasama MPKB-BRI dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd yang diumumkan pada 20 Januari 2017 mengundang kontroversi perang mulut antara PAN dan PAS.
4. Ini termasuklah Syam Ghaz yang memiliki rumah banglo mewah di Lembah Binjai itu. Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan menggunakan sepenuhnya isu ini bersama Syam Ghaz untuk meraih simpati rakyat. Tidak terkecuali Husam Musa.
5. Para penyokong dan blogger PAS pula terus mendedahkan dalam media sosial betapa pejuang PAN mempunyai kepentingan di Lembah Binjai sebagai hikpokrit kerana hanya berjuang untuk pertahankan tanah serta mahligai mewah milik Syam Ghaz. Tidak berpuas hati Syam Ghaz melaporkan kepada polis serta menggugut akan menyaman sesiapa saja yang memfitnahnya. [Setakat ini belum ada saman-hanya gertak]
6. Dalam pengakuan Syam Ghaz orang kanan Husam Musa ini beliau menjawab dakwaan mengenai Mahligai Lembah Binjai sebagai "Pejabat dan wismanya. Ada kelengkapan dewan, surau, pusat pameran dan penginapan".
7. Selain itu satu kenyataan Syam Ghaz di facebooknya menjawab Nazman Che Ibrahim AJK PAS Pusat selaku Ketua Penerangan PAS Kelantan, keghairahan Syam Ghaz jelas kelihatan. Syam mengaku
"Saya mahu bangunkan Pulau Tengah sebagai Pulau Eco-Agro Pelancongan sebagai tarikan baru di Kelantan, saya usahakan dahulu SEBELUM Kerajaan Negeri mahu rampas tanah kami untuk dijadikan Bandar Institusi Pelancongan".
8. Terdapat netizen mempersoalkan pejuang Lembah Binjai - Syam Ghaz yang kaya-raya sebelum dan selepas berhenti sebagai Eksekutif Kanan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd. Boleh membina banglo jutaan ringgit, memperolehi tanah rezab sungai, siapakah pegawai PBT yang meluluskan?
9. SPRM wajar menyiasat sumber kekayaan Syam Ghaz ketika dibela Husam Musa dan selepas beliau berhenti kerja dari GLC negeri. Cukupkah pendapatan projek madu kelulut yang sebelum ini mendapat geran dari pengaruh projek Husam menampung pendapatan membina rumah agam mewahnya di Lembah Binjai itu!
Nota: Kini Captain M mahu masuk senarai 16 untuk disaman. Jadi Jom menanti saman dari Syam Ghaz!
16 Jun 2017
Bhai, Najib nk kena tangkap. Kau lg dok sibuk pasal banglo mewah di Kelantan? Bukak la mata tu bhai. Tanak komen ke pasal kenyataan DoJ tu?
ReplyDeleteNajib Nak kenata tangkap?? citer lawak apa yg kau bawah ni..kita tggu dan lihat jer yer..hahaha
DeleteBagitahu Syam Ghaz
DeleteTakut saya dengan saman tu. Sedang tunggu dengan harapan. Captain M nak bermesra sesekali juga dengan Parti PAN ni. Dari Pemimpin sampai pemimpin muda paten sama. Iaitu Bodoh
Captain M
Ha ha ha nak kena tangkso? Macam ceta do re mi. Dari dulu aku tunggu sejak tahun 2011. Syed akhbar ali pun cakap macsm tu. Ha ha �� lol ��
DeleteDoJ hanya saman sivil kepada beberapa individu. Bukan saman terhadap Najib. Clear. Ini hanya ulangan saja. mengarut.Suruh DOJ saman sebut nama PM Najib lah... apa susah
ReplyDeleteBetul tu 11.27
DeleteSama je... perompak,penyamun,pencuri dan peacah amanah.Muka2 yg pernah menuduh dan membuka aib org.Semua dia yg betul.
ReplyDelete