Thursday 22 June 2017

AYUH EXCO ARMADA PPBM LAPOR SPRM KEKAYAAN ANAK DAN MENANTU MUHYIDDIN 1BESTARI RM4.465B & BIOMETRIK RM912 JUTA!




1. Exco Armada PPBM telah melaporkan Mahathir dan Mukhriz kepada SPRM. Ada baiknya dalam keghairahan itu Exco Armada PPBM terus melaporkan kekayaan dan salah laku rasuah Muhyiddin Yassin Presiden PPBM.

2. Exco Armada PPBM perlu melaporkan kekayaan Fakhri dan menantu Muhyiddin Dato' Adlan Berhan. Mereka ini kaya dan jadi jutawan semasa Muhyiddin sebagai Menteri Besar, Menteri dan TPM. Beberapa projek dikenal pasti boleh dilaporkan





Kekayaan Fakhri Yassin Muhyiddin
3. Mulpha Land Bhd merupakan anak syarikat Mulpha Holdings yang mempunyai hubungan rapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Besar Johor dari 12 Ogos 1986 sehingga 13 Mei 1995. Mulpha Land membangunkan projek hartanah terbesar di Johor terutama pada tahun 1991 apabila membangunkan projek hartanah mewah dikenali sebagai Leisure Farm berkeluasan 1,765 ekar yang diberi oleh Menteri Besar Johor. 

4. Fakhri Yassin pernah dikaitkan dengan Panama Papers dengan dua entiti syarikat di British Virgin Islands iaitu syarikat Akila Way Limited BVI pada 11 Mac 2004 ketika berumur 28 tahun. Akila Way dibentuk melalui WBC Limited, syarikat berpangkalan di Wan Chai, Hong Kong. Sepuluh tahun kemudian, Fakhri menubuhkan Farsight Plan Investments Ltd pada 4 Jun 2011 

5. Pada tahun 2015 Fakri Yassin mengejutkan rakyat Malaysia apabila membeli syarikat hartanah Mulpha Land bernilai lebih RM 130 juta syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan Muhyiddin ketika sebagai MB Johor, menggunakan dua syarikat iaitu Teladan Kuasa Sdn Bhd dan Ketapang Capital Sdn Bhd menguasai majoriti saham Mulpha Land. Ia mengesahkan Mulpha Land adalah syarikat proksi Muhyiddin sejak sekian lama yang kini menjadi milik keluarga Muhyiddin. 



6. Mulpha Land dinamakan semula sebagai Thriven Berhad dan kemudian menjadi pengerusi eksekutif di syarikat tersenarai awam itu. Fakhri memiliki 33.86 pegangan dalam Thriven dan menjadi pengarah di dua hospital Health Management International di Singapura (Mahkota Medical Centre dan Regency Specialist). Fakhri juga menjadi pengarah Eden Inc Bhd, syarikat katering tersenarai awam yang diasaskan oleh bapa mertuanya.


Datuk Adlan Behrang Menantu Muhyiddin Yassin



7. Selain Kekayaan anak Muhyiddin Fakhri Yassin, kekayaan anak menantunya juga satu berita yang pernah kecoh dibicarakan. Datuk Adlan Behran. Muhyiddin bukan setakat menyapu RM4.465 bilion projek BESTARINET YTL yang gagal tetapi juga membolot projek 'BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 JUTA buat syarikat yang terajui menantunya Adlan Behrang di Nexbis Sdn Bhd.


8. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) Kali ke-5 BIL. 1/2011 pada 17 Mac 2011 (Khamis) dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku TPM meluluskan projek Biometrik kepada menantunya.

9. Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System (NERS) konsesi 12 tahun ini bermasalah ketika melaksanakan sistem ini sehingga menjadi isu semasa negara ketika itu. Maklumat lanjut Projek Biometrik boleh didapati di sini;
i. MUHYIDDIN BUKAN SAJA SAPU RM4BILION BESTARINET YTL TETAPI BOLOT JUGA 'BIOMETRIC SYSTEM' RM 912 JUTA KEPADA MENANTUNYA? DEMI RAKYAT KE POKET SENDIRI?  
ii. KONTRAK BIOMETRIK ANAK MENANTU MUHYIDDIN BAKAL DIBATALKAN?


1BestariNet YTL RM 4.465B yang dibawa oleh 
Adlan Behran gagal?


10. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mendapati fasa pertama bagi projek 1BestariNet gagal dilaksanakan sejak projek tersebut dimulakan pada tahun 2011. YTL melanggar kontrak dan projek lambat diserahkan sehingga tempoh ditetapkan. Lebih malang KPM ketika itu atas arahan Muhyiddin Yassin syarikat YTL tidak didenda lewat (LED) sebagaimana syarat kontrak. Hebat Muhyiddin! Ini salah guna kuasa yang jelas untuk selamatkan syarikat anak menantu!


11. Jadi apa lagi Exco Armada PPBM tunggu selain Skandal Muhyiddin dengan Nika Gee kisah anak Muhyiddin dan menantunya perlu dilapor kepada SPRM.


Lagi kisah Fakhri Yassin dan Adlan Behran di; 
i. FAKHRI YASSIN MAHIADDIN DAN ADLAN BERHAN JUTAWAN YANG AKAN MEMBIAYAI KEMPEN MUHYIDDIN PRESIDEN PPBM?

ii. PERCUTIAN 'MABRUR' MUHYIDDIN TAJAAN ANAK & MENANTU JUTAWAN HANCURKAN PPBM DI MALAYSIA!
 
iii. SYARIKAT ANAK MUHYIDDIN JUAL TANAH BERNILAI TINGGI TAPI RUGI RM 11 JUTA? ANEH


Captain M
22 Jun 2017

4 comments:

  1. armada tke note

    ReplyDelete
  2. Penyamun, Perompak yg dulunya selalu berkata demi Agama, bangsa dan negara..kini ternyata demi poket, perut dan Keluarga

    ReplyDelete
  3. Lobby habibur rahman kadir shah supaya dapat projek? Hahahaha..dah tak dapat tak payah dengki

    ReplyDelete
  4. Pengusaha bumiputera yang berjaya. Maju. Untung sentiasa. Rugi pegi balik kerajaan. Senang ya. Macam tu cucu aku darjah 4 pun boleh jadi peniaga muda buniputera. Kunun perjuang hak melayu.

    ReplyDelete