1. Kisah tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjadi Projek Bandar Alam Perdana sejak 1979 ini memang begitu panjang melibatkan 2,820 ekar tanah dan 651 peneroka. PKPS juga menubuhkan syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. (LBCNSB) mengendalikan projek ini namun gagal. Lebih lanjut pertikaian ini boleh baca Selangor-leak.com .
2. LBCNSB yang ditubuhkan turut bertukar tangan kepada milik Dato' Chin Chan Leong- pernah terlibat kes saham Fountain View Plantation Berhad, Chan Sen San dan Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan pendokong kuat Tun Dr Mahathir yang juga ahli lembaga pengarah Mujur Zaman Sdn Bhd. Berapa ramai yang tahu derita rakyat Selangor atau pembeli rumah di Alam Perdana? Apatah lagi dalangnya Khairuddin dan Chin Chan Leong.
3. Nampak tak Khairuddin? dia sibuk hal 1MDB sehingga ke luar negara tetapi projek sendiri Alam Perdana Ijok mereka gagal sehingga tanah dirampas apabila tak mampu bayar premium. Akhirnya pemilik tanah dan juga pembeli rumah di Bandar Alam Perdana terpedaya dan ditipu. Lagi mahu sembang hal rakyat ke? Poket kenyang rakyat derita!