Friday, 21 July 2017

AZMIN ALI ARAH MBI BAYAR SYARIKAT DITAMATKAN KONTRAK DI UNISEL SELEPAS CAMPURTANGAN 'GENG KARTEL' AZMIN?



1. Selalu kita dengar Azmin dan Nik Nazmi Nik Ahmad EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor mahu menyediakan pendidikan  percuma namun masalah UNISEL milik kerajaan negeri pun masih bercelaru. Ingat lagi kes Unisel pada tahun 2012 pertikaian antara UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB)  yang mengoperasikan kediaman pelajar di Kampus Induk UNISEL Bestari Jaya sehingga pintu pagar dikunci malah pekerja JNSB berdemo di depan pintu pagar UNISEL.

2. UNISEL menuduh JNSB gagal mengikut kontrak dan kerja mereka tidak memuaskan, JNSB pula menuduh UNISEL gagal membayar perkhidmatan sehingga 17 bulan. Apapun semua ini adalah petanda salah tadbir pengurusan UNISEL dan bukti betapa UNISEL tidak mempunyai wang untuk menguruskan UNISEL. 

3. Kemelut UNISEL tidak berakhir walaupun selepas pelantikan Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) pro PKR yang tidak disambung kontrak di UM menggantikan Profesor Dr Anuar Ahmad pada 15 Disember 2015. Azmin Ali MB Selangor yang dilantik 23 September 2014 pula meneruskan misi menyelesaikan pertikaian JNSB dengan UNISEL.

4. Sebuah blog selangor-leaks.com mendedahkan dibawah kepimpinan Azmin Ali terdapat unsur salah guna kuasa dan rasuah bagi penyelesaian pertikaian UNISEL dan JNSB yang meragukan. 

5. Kes JNSB dan UNISEL pernah dibawa ke mahkamah. Bagaimanapun UNISEL berjaya memperolehi penangguhan daripada Mahkamah Tinggi pada 7 Disember 2013, yang kemudian diputuskan menyebelahi UNISEL oleh Mahkamah Rayuan pada 2 Julai 2013.


Perbalahan Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Naib Canselor UNISEL  dengan YM Raja Shahreen Raja Othman MD & CEO Menteri Besar Incorporated (MBI)

6. Menurut blog Selangor-leak JNSB gagal melaksanakan kontrak dengan tanggungjawab dan tidak mematuhi kontrak perjanjian perlaksanaan kerja-kerja di UNISEL. Dengan demikian Jana Niaga perlu membayar ganti rugi kerana perbelanjaan baikpulih terpaksa dikeluarkan oleh MBI dan UNISEL. Mereka sepatutnya tidak lagi boleh diberikan sebarang kepercayaan untuk kontrak dan kerja-kerja selanjutnya di UNISEL. Namun keadaan menjadi sebaliknya. 





7. MBI/PIYSB pada 24 Februari 2015 telah menghantar surat tawaran penyelesaian telah disetuju terima oleh JNSB melalu surat bertarikh 17 Mac 2015. MBI melalui Baucar bertarikh 9 Mac 2015 telah membuat bayaran RM 10 juta kepada Jana Niaga Sdn Bhd nombor cek 96964 bagi Penyelesaian Tunggakan terhadap JNSB. Ia disusuli dengan surat MBI bertarikh 19 Mac 2015 memaklumkan bayaran itu. 

8. Semua ini dikatakan berlaku selepas pertemuan Azmin Ali MB dengan pemilik JNSB. 

9. MBI pada tarikh 16 Mei 2016 rujukan surat MBI/UNISEL/UNISEL-05/2016 (04) telah memaklumkan kepada Naib Canselor UNISEL Prof Dato' Dr Redzuan akan Cadangan Penyelesaian Pertikaian di antara UNISEL dengan JNSB. Dalam surat itu MBI turut mengaku terdapat pertemuan antara UNISEL dan JNSB secara berasingan bermula suku ketiga 2015 dan suku pertama 2016. Selain bayaran RM10 juta turut ditambah sejumlah RM6 juta (no cek 1222537) sebagai penyelesaian serta penyambungan kontrak JNSB yang ditamatkan sebelum ini oleh UNISEL.





10. Surat MBI kepada Naib Canselor UNISEL ini beserta draf persetujuan UNISEL mengundang pertikaian dan bantahan oleh Prof Redzuan selaku Naib Canselor UNISEL. Naib Canselor UNISEL melalui surat rujukan UNISEL/P.NC/16/259 (L) bertarikh 26 Mei 2016 memaklumkan tender telah dibuat dan penamatan JNSB. UNISEL akur kepada MBI namun mempertikaikan YM Raja Shahreen  CEO MBI di bawah klausa 4.2 kontrak JNSB dibatal 2013 dan menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru. DRAF surat persetujuan UNISEL itu seolah-olah perangkap 'kambing hitam' untuknya pada masa akan datang. 




11. Rasa tidak puas hati, bimbang sebagai 'kambing hitam' Azmin Ali MB Selangor dan CEO MBI Prof Redzuan tidak duduk diam malah mengambil pandangan luar dari firma guaman Raj, Ong dan Yudistra. Menurut firma itu menerusi surat bertarikh 30 November 2016 kepada UNISEL, Jana Niaga tidak berusaha mendapatkan arbitrasi. Banyak bukti-bukti jelas kegagalan JNSB dalam kontrak dan sepatutnya JNSB yang berhutang dengan UNISEL. 

12. Jumlah hutang Jana Niaga kepada UNISEL adalah RM60,431,515.16 termasuklah pendahuluan RM10 juta daripada MBI pada 24 Februari 2015. Jana Niaga sebaliknya menafikan angka tersebut dan mendakwa UNISEL yang masih berhutang dengan mereka berdasarkan penyata akaun bertarikh 28 Februari 2015 yang berjumlah RM63,730,356.20. Lebih lanjut baca di sini

13. Persoalannya jika UNISEL menang di mahkamah, ada bukti kukuh kegagalan JNSB mematuhi kontrak mengapa pula MBI membayar RM10 juta dan RM 6 juta dibelakang tanpa UNISEL? selain bersetuju untuk menyambung kontrak baru kepada JNSB membelakang jawatankuasa tender yang diputuskan oleh Lembaga PIYSB/ UNISEL? Pastinya rasa tidak puas hati Prof Redzuan Naib Canselor UNISEL berasas.

14. Apa kepentingan Azmin Ali MB Selangor dalam Skandal UNISEL ini sehingga melibatkan "Geng Kartel" yang menguruskannya? Berapa komisen dibayar kepada Azmin dan Geng Kartel? SPRM wajar menyiasat kes "Geng Kartel" dalam MBI ini. 

Captain M
21 Julai 2017
,

3 comments:

  1. Azmin lagi...

    ReplyDelete
  2. Kat Selangor ni muka sapa lagi klau tak rasuah..mukan asmin jambanlah..tapi Sprm ni mcm sayang sangat kat dia tak pernah kena siasat pun..lepas jer...adeh

    ReplyDelete
  3. keturunan azmin ni kuat merembat. Bini dia pun dia beri Anwar Ibrahim main

    ReplyDelete