Friday 28 July 2017

UNISEL & JANA NIAGA TIADA HUBUNGAN KONTRAK, MENGAPA EXCO SELANGOR BERBOHONG?


1. Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi semalam menyelar Rizal Mansur berhenti berlagak seperti jaguh seolah membela UNISEL.


Kata Nik Nazmi berkata 

“Pada masa ini, Unisel dan Jana Niaga sudah tidak ada hubungan kontrak,” . Rujuk kenyataan media Nik Nazmi 

2.  Tidak ada hubungan kontrak? Apa yang Nik Nazmi selaku Exco Pendidikan Selangor ini bohongkan? Sama ada dia tak baca surat MBI, Jana Niaga Sdn Bhd dan Unisel atau dia tak masuk dalam mesyuarat atau geng kartel kenyang dia tidak. Sebab tu Nik Nazmi selaku Exco jawab merapu.Sepatutnya dia jawab surat itu berdasarkan dokumen yang didedahkan.


i. 
Surat MBI 16 Mei 2016 rujukan surat MBI/ UNISEL/UNISEL-05/2016 (04)Cadangan Penyelesaian Pertikaian di antara UNISEL dengan JNSB. Baucar bayaran RM10 dan sejumlah RM6 juta (no cek 1222537) sebagai penyelesaian serta penyambungan kontrak JNSB yang ditamatkan sebelum ini oleh UNISEL. 








ii. Surat MBI bertarikh 19 Mac 2015 kepada Jana Niaga Sdn Bhd tawaran Penyelesaian Pertikaian Unisel dan JNSB. Memulakan operasi dibawah perjanjian baru.





iii. Apakah tipu surat Prof Redzuan Naib Canselor UNISEL rujukan UNISEL/P.NC/16/259 (L) bertarikh 26 Mei 2016 memaklumkan tender telah dibuat dan kontrak JNSB ditamatkan dan akur kepada kontrak baru serta bayaran dibuat MBI kepada UNISEL dan mempertikai klausa 4.2 kontrak JNSB dibatal 2013 dan tindakan MBI yang dilihat menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru.


3. Jadi siapa yang berbohong? MBI dan UNISEL sendiri memperakukan bayaran serta klausa 4.7 penyambungan kontrak JNSB di UNISEL. Kenapa Exco Pendidikan ini kata UNISEL 'Tidak ada hubungan kontrak?' . Nampak sangat MBI, UNISEL dan Exco Pendidikannya tiada penyelarasan isu UNISEL. Selepas mereka merompak bila di pertikaikan mereka tak jawab mereka tanya balik dengan jawapan 1MDB. Bodoh!

Baru kena provokasi sikit dah meraban. Kena pancing dah gelabah masuk jerat. Sekarang kena jawablah kenapa Exco Selangor bohong?Sebab Geng Kartel buat duit tak ajak Nik Nazmi jadi Nik Nazmi pun tak tahu apa benda dia cakap!. 

Captain M
28 Julai 2017

1 comment: