Tuesday 10 October 2017

BURU SHAFIE APDAL: ADIK, ANAK SAUDARA & BEKAS PEGAWAI MENTERI KKLW DITAHAN SPRM

Penahanan Jamawi dan Azis Jamman adalah satu permulaan. Apakah bekas pegawai-pegawai Shafie Apdal ini juga akan disiasat untuk membantu kes skandal KKLW? Apakah seorang lagi Naib Presiden Warisan bakal ditahan. Sama-sama kita nantikan. Jika Norhartaty dipanggil tidak mustahil mereka juga akan dipanggil. Nasihat saya jawab sahaja
 "Semua ini arahan Dato' Seri Shafie Apdal sahaja".
 

1. Nampaknya sejak Skandal penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion 2009 hingga 2015 disiasat SPRM, 6 individu ditahan bagi membantu siasatan SPRM iaitu Joseph Yu Sin Kong, 52 pemilik Syarikat Sinkong Contructions Sdn Bhd, Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony yang juga pemilik Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd Setiausaha Bahagian Regulotari Perkhidmatan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Norhartaty Rahmat yang dulu Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW.


2. SPRM juga telah menahan Ketua Wira Warisan, Dato' Azis Jamman (dulu Ketua Pemuda UMNO Semporna); Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

3. Tempoh tahanan reman Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Athony dilanjutkan 3 hari dan Yu Sin Kong 4 hari. 



PENAHANAN BEKAS PEGAWAI
SHAFIE APDAL & KKLW

4. Penangkapan awal Norhartaty Rahmat bekas TSUB KKLW adalah kunci untuk menangkap Shafie Apdal selaku Menteri KKLW yang berkuasa untuk memberi projek kepada proksinya.

5. Penahanan Jamawi Jaafar ada kaitan kerana beliau merupakan bekas Pegawai Khas Menteri KKLW, begitu juga Mohd Azis Jamman adalah bekas Pengerusi Kolej Poly-tech MARA milik agensi KKLW. Arifin Kassim seorang ahli perniagaan pula hanya rakan niaga kepada Yu Sin Kong. Jadi mereka perlu untuk memberi keterangan mengenai dana serta arahan Dato' Seri Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW ketika itu.

6. Dijangka Datuk Jaujan Sambakong bekas Setiausaha Politik Shafie Apdal (kini Naib Presiden Warisan), Razak Sakaran (Setiausaha Politik), Datuk Abdul Karim Mustafa bekas Setiausaha Sulit Kanan, Dato' Dr Najmil Faiz bekas Setiausaha Sulit (kini Ketua Pengarah Seranta Felcra), Izhar Idrus (PTTK/SUSK) akan dipanggil membantu siasatan. Ini kerana urusan dokumentasi projek dilakukan oleh mereka. Hartaty Rahmat selaku pegawai akan menuruti arahan Menteri dan pegawai menteri. 

7. Bagi bekas pegawai KKLW juga kemungkinan besar SPRM akan memanggil Dato' Seri Ibrahim Muhammad Bekas KSU KKLW, bekas SUB Infrastruktur, bekas SUB Teknikal yang kini pengarah JKR di sebuah negeri dan beberapa lagi pegawai dikenal pasti.

8. Selain Dato' Mohd Azis Jamman anak saudara Shafie Apdal, adik Shafie Apdal Hj Hamid Apdal seorang jutawan juga telah ditahan SPRM. Rumahnya di Putatan telah digeledah hari ini jam 3 petang hingga 5 petang. 


PENAHANAN AHLI KELUARGA 
SHAFIE APDAL OLEH SPRM


9. Apakah Datuk Yusof Apdal Adun Lahad Datu yang dulu banyak terlibat dengan kontraktor elektrik dan solar bakal dipanggil SPRM? Haji Zul Apdal adik Shafie Apdal yang berada di kawasan juga dikatakan mendapat kontrak KKLW lebih RM50 juta. Dijangka Mohd Ramzan Abd Wahab sepupu Shafie Apdal mungkin juga bakal ditahan SPRM kerana beliau juga mendapat projek di KKLW menggunakan pelbagai syarikat di Sabah. Tidak kurang juga bekas Ketua Wanita UMNO yang keluar parti bersama Shafie Apdal iaitu Manis Muka Dara yang mendapat projek KKLW RM 180 juta. 

10. Jadi buka minda dan rakyat Sabah khususnya penyokong Warisan bahawa bukan sesuatu yang janggal jika bekas Pegawai Shafie Apdal dipanggil SPRM dan direman untuk membantu siasatan. Sama ada mereka bersalah atau tidak ia ditentukan kemudian oleh perbicaraan sekiranya mereka didakwa. 


11. Bagi ahli keluarga Shafie Apdal seperti adik,sepupu dan keluarga lain ia juga bukan menghairankan untuk mereka dipanggil SPRM. Sumber kekayaan mereka pasti akan disiasat serta kontraktor yang direman milik Sinkong Constructions Sdn Bhd dan syarikat milik Andrew Wah pasti akan mendedahkan semua butiran urusan mereka sebelum ini. 

12. Point pentingnya ialah "SHAFIE APDAL AMBIL WANG TAK DARI KONTRAKTOR"? Confirm ambil bukan? Jangan lupa ini baru masuk di Sabah belum di Sarawak lagi. Jika YES anda akan melihat Shafie Apdal menyarung jersi oren. Taikun-taikun Sarawaj sekarang sedang menutup semua fail. 

Captain M
10 Oktober 2017

16 comments:

  1. "Semua ini arahan Dato Shafie Apdal"

    Ada memo ke?
    Ada MOM ke?
    Atau hearsay?

    ReplyDelete
  2. Biasanya SPRM akan bertindak bila cukup bukti. Penahanan Hamid Apdal pasti buat Shafie Apfal tak tidur lena.

    ReplyDelete
  3. Hebat blog ni. Dahului siasatan dan macam Tahu semua benda. Takkan SPRM ambil rujukan dari sini kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak bermaksud mendahului SPRM. SPRM bebas menentukan siapa mereka hendak. Mereka lagi punya maklumat yang lebih detail dan mendalam

      Pertama penulis hanya melapor. Sejak dahulu dua perkara iaitu Dedah dan melapor.

      Kedua: Penulis meramal apa yang bakal penguasa bertindak.Tidak bererti kita tidak boleh tahu atau meramal apa yang akan berlaku. Penulis juga punya maklumat. Tujuan artikel ini agar pihak diluar sana tahu siapa Bekas Pegawai Menteri KKLWW. Sebab ada yang tidak tahu. Jika ada tangkapan selepas ini maka rakyat sudah bersedia lebih awal.

      Kena ingat Para Pegawai Shafie Apdal hanya ada dua saja. Satu yang ikut arahan bos. Kuasa Menteri. dan satu lagi yang makan sama. Jika bekas Pegawai Shafie mahu Shafie ditangkap mereka harus memberi maklumat yang tepat.Jangan biarkan diri terperangkap.

      Penulis percaya mereka sedang membacanya. Jadi mereka perlu bersedia. Jika Hartaty, Jamawi dan Azis boleh kena maka tidak mustahil yang lain kena.

      Delete
  4. Yala.. Kerajaan skrg tergugat ngan parti warisan ni.. Mahu x mahu kena cantas la dgn apa cara sblm pru nnt. Tp, harap sprm pn fair la dlm hal ni. Issue 1mdb tu napa senyap plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak timbul tergugat tu. rasuah tetap rasuah. lagipun Shafie Apdal ni berlagak sombong. Dia kata dia bersih. Dah kena marah pulak.

      Delete
    2. Isu 1MDB dah settle sebab wakil DAP PONY TUA dan Dr Tan dalam PAC kata tiada isu dah.

      Delete
  5. Rasuah Tetap Rasuah. Lambat cepat sahaja

    ReplyDelete
  6. hendak kritik atau kutuk orang ok saja. Tapi bila Shafie Apdal kutuk orang mcm dia tak pernah buat rasuah.

    Itu sangat menjijikkan. semua orang Semporna dan kontraktor kenallah Shafie kaki paw

    ReplyDelete
  7. Tak timbul soal SPRM pilih bulu dlm menjalankan tugas. Jika tak bersalah apa nak takut. Shafie Afdal dan semua yang pernah bekerja di bawah KKLW jika clean apa nak takut.
    ..

    ReplyDelete
  8. Kannnn..kalau bersih suci... Kenapa nak gelabah sakan..orang Sabah..bukan bodoh..orang Sabah..teraniaya dah lama..jadi ini kali tangkap semua orang yang tak amanah tu..baru rakyat Sabah boleh maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kalau kena tangkap, reman dan siasat kenapa gelabah? biarlah SPRM siasat.

      kalau tak salah bebas. itu saja. apa kamu fikir sprm bodoh tak ada dokumen. transaksi, pemberian dll. jawab jelah semasa soal siasat. apa nak takut. bukan warisan je kena siasat selama ini. BN, DAP, PKR pun ada.kenapa nak takut

      Delete
  9. Sejak dari kes JAS, Saya sda agak la Datuk menteri ini kaitan. Umno tdk mahu duit tu digunakan utk melawan mereka, sebab tu mesti keba halang. Cuba fikir kalau Dtk Safie masih dlm umno...

    ReplyDelete
  10. Padan muka kau KP SPRM..bini orang pun kau nak panjat. Apa kau nk bg alasan? KAHKAHKAH..

    ReplyDelete
  11. Nda lama lg Ketua Pengarah SPRM akan di tahan polis sebab skandal dengan isteri orang??..ko ingat ko sudah taiko kah? Harap kebenaran akan diperlihatkan..sama ada Shafie kah Najib kah Musa Aman kah..

    ReplyDelete
  12. Asal keluar amno je kena..yang dlm amno tu secoit je dia kuis..yang lain tu gali sedalam habis

    ReplyDelete