Friday 6 October 2017

SHAFIE TAKUT, PETER ANTHONY DAN HARTATY DIREMAN SPRM: RAHSIA MAKIN TERBONGKAR?



1. Selepas sahaja mengetahui Peter Anthony dan Norhartaty Rahmat bekas TSUB KKWL di tahan SPRM semalam cepat-cepat Shafie Apdal kembali ke Sabah hari ini. Shafie takut ditangkap tanpa pengikut di KL. Peter Anthony hari ini ditahan reman SPRM 5 hari dan Hartaty pula 6 hari. Lepas ni banyaklah maklumat yang diberikan kepada SPRM.


2. Shafie Apdal yang disambut penyokongnya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dalam kenyataan medianya berkata "Naib Presiden Warisan belum dibuktikan bersalah". Shafie mengaitkan penahanan ini dengan strategi BN wal hal ia adalah satu kes rasuah ketika beliau di KKLW dahulu. Hakikatnya semua tahu beliau kaki 'komisen' ketika menjadi Menteri KKLW dahulu.



3. Manakala Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata dianggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat untuk melaksanakan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 (NKRA) diseleweng di KKLW. Jumlah itu adalah daripada RM7.5 bilion peruntukan kerajaan disalurkan kepada KKLW. Siapa KKLW kalau bukan Shafie Apdal?

4. Lebih 60 syarikat akan disiasat dan SPRM akan mengheret semua dipercayai terlibat dalam kes berkenaan dan setakat ini pihaknya menahan 3 individu. Seorang kontraktor yang terdedah dan ditahan reman ialah Joseph YU Sin Kong pemilik Sinkong Contructions Sdn Bhd. Tanya siapa Sinkong di Sabah? Sama ada beli atau jual projek syarikat inilah yang monopoli. 


5. Dua syarikat lagi yang dibeku dari RM180 juta itu dimiliki seorang Taikun cina bernama "Mr Andrew" masih belum didedahkan maklumatnya. Belum direman. Setakat ini Joseph Yu Sin Kong sahaja. Mereka ini adalah dua taikun kontraktor yang paling kenyang ketika Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW. 

6. Khabarnya baru-baru ini Peter Anthony ada usaha mengeluarkan sejumlah wang RM30 juta dari satu akaun namun tidak dapat dilakukan kerana dibekukan. Ia mungkin dana rasuah dari sumber projek KKLW dahulu. Pembekuan dana haram ini pastinya akan melumpuhkan terus parti Warisan.Taikun kontraktor Sarawak yang dulu bersama Shafie Apdal juga katanya bimbang jika akaun syarikat dibekukan.

7. Shafie Apdal jangan mendabik dada kerana selepas ini giliran kamu akan memakai baju oren "Lokap SPRM" itu.

Captain M
6 Oktober 2017

12 comments:

  1. Klau btul Rasuah pon itu semasa dia dlm umno ...mimang umno ini parti Rasuah ...parti syaitan ...diketuai oleh iblis najib ...dibantu oleh puaka rosmah ...umno itu syaitan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu UMNO buang dia. sebab kotor.

      yang jadi isu Pakatan kutip dia. Tubuh parti baru lagi.

      Perasuah mcm ni rakyat nak pilih lagi ke?

      Delete
    2. Dia letak jawatan laa syaitan...umno punya iblis d atas takut kena lapis ...umno itu syaitan berketuakan iblis dari pekan

      Delete
    3. Dia hanya letak jawatan selepas digugurkan sebagai Menteri KKLW dan digantung sebagai naib presiden. dia tidak pernah dibuang.

      Kenapa tak letak jawatan masa ada jawatan Menteri atau Naib Presiden? mengapa letak ketika tiada apa-apa?

      Betulkan sikitt fakta tu.

      Delete
  2. Jadi UMNO membuang ketika dia membuang diri sendiri.. lagipun dia memang kaki rasuah

    ReplyDelete
  3. Tak kiralah parti apa pun yg penting rasuah mesti dibanteras wlpun bergelar pemimpin. Jauhi pemimpin yg terpalit dgn rasuah.

    ReplyDelete
  4. Syabas kpd sprm.

    ReplyDelete
  5. Sudah panas..perjuangan apa lagi kalau
    penuh bergelumang RASUAH..musuh nombor
    satu negara..mana lagi mau lari..kasi
    pulang itu semua wsng rakyat Sabah yg dah kena kebas...

    ReplyDelete
  6. org terakhir akan ditangkap..Sprm bagi
    can dulu, pelan - pelan..tangkap yg bawah2 dulu..yg bawah ni tak boleh simpan rahsia, jujur bila sepit kat buah sikit " Adooi " sakitnya terus buka rahsia...

    ReplyDelete
  7. kasihan dgn Sabahan..peruntukan utk
    rakyat kampung spt peruntukan letrik, air dan jalan raya telah diseleweng
    oleh pencuri dan perampok Sabah sendiri..minta kembalikan wang itu kpd rakyat semula !

    ReplyDelete
  8. patutlah mereka nak jatuhkan Najib dan
    UMNO..bila dah berkuasa maka terlepaslah segala jenayah silam..

    ReplyDelete
  9. Tahniah ketua penerangan umno Malaysia !!! Umno dengan Rasuah berpisah tiada ...umpama najib dengan badak air d siring yaa ....asal umno Rasuah ...bekas umno Rasuah ...umno sekarang Rasuah ...syaitan mungkin ahli umno sekarang yaa ...

    ReplyDelete