Tuesday 1 March 2022

10 TAHUN 'MENGANGKANG' DAPAT RUMAH DI LONDON USD 10 JUTA SPRM DIGESA SEGERA DAKWA ROHANA

 


1. SPRM sebelum ini telah mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik Rohana bagi menyiasat dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner terkait kes 1MDB

2. Perintah pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan, di mana ia melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi melibatkan akaun bank miliknya sama ada di United Kingdom (UK) atau dalam negara.

3. Isunya sangat jelas 10 tahun Rohana bekas CEO Astro itu 'mengangkang' dengan Tim Leissner berskandal dan sebagai habuan mendapat rumah di 42 Montpelier Street London bernilai USD10 juta.


4. Kisah ini hanya kecoh selepas pendedahan berhubung pemberian sebuah rumah di London dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Amerika Syarikat.

5. Yang kenyang dan kaya Rohana bukan orang lain. Maka Rohana tidak perlu menuduh orang lain dan SPRM juga jelas pemilikan akaun Rohana  itu. Apa yang Rohana dapat dia makan sendiri tidak dikongsi dengan orang lain.

6. Astro Malaysia Holdings Bhd pada jun 2018 (sebulan selepas PRU14) mengumumkan peletakan jawatan Rohana Rozhan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya berkuat kuasa pada 31 Januari 2019, ketika itu Rohana masih kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah.

7. Mengapa letak jawatan? pastilah kerana skandal Tim Leissner 1MDB,  yang sebenarnya Rohana tahu akan berbangkit kemudian hari. Hari itu ialah Februari 2022!



8. Rohana sepatutnya ditahan reman oleh SPRM untuk menyiasat dakwaan asetnya sebagaimana Najib dan Rosmah sebelum ini atau sesiapa juga yang direman tetapi nampaknya SPRM bertolak ansur dengan memanggilnya berulang kali atas nama Kerjasama.

9. 10 tahun hubungan skandal bukan tempoh yang singkat sehinggalah Leissner berkahwin dengan selebriti Kimora Lee. Rohana mendapat apa yang dia mahu. Dalam tempoh itu Rohana sebagai kekasih Leissner juga memberikan projek milik Astro kepada Leissner yang jelas menunjukkan kepentingan hubungan Leissner dan Rohana.

10. Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terbabit dalam pelanggaran undang-undang antirasuah AS dan konspirasi pengubahan wang dan kini mengheret sekali para Wanita yang disebut dalam kes perbicaraan itu.

Jadi apa yang SPRM pening? 

11. Dah jelas aset rumah bernilai lebih RM40 juta ada di UK dan mungkin beberapa akaun Rohana maka segeralah dakwa Rohana di mahkamah. Apa tunggu lagi. Tak kan semua benda nak kaitkan dengan Najib Razak sedangkan para pegawai 1MDB, pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner dan Rohana yang melakukan rasuah atau salah guna kuasa.

12. Najib Razak sudah didakwa di mahkamah tetapi bagaimana dengan suami Zeti, Zeti sendiri, Rohana dan individu yang terlibat?

Akaun Zeti dan suami sehingga kini tidak dibeku SPRM!

 Captain M
1/3/2022

No comments:

Post a Comment