Friday 11 February 2022

PARTI MUDA HANYA UNTUK ANAK TAIKUN KUKUHKAN LEGASI, ANAK MUDA MISKIN HANYA JADI KULI

 


1. Dian Lee, anak kepada taikun hartanah Lee Kim Yew adalah antara ahli baru berprofil tinggi, yang menyertai Muda baru-baru ini. Pembabitannya itu mencuri tumpuan khususnya buat warga maya di media sosial.

2. Malah, penglibatan anak jutawan itu mencetuskan perdebatan di media sosial, iaitu sama ada ia sesuatu yang baik atau bakal mengundang masalah kepada parti tersebut.

3. Ada yang berpendapat bahawa Lee harus dinilai berdasarkan sumbangan dan peranannya dan bukannya siapa keluarganya.

4. Semua ini hanyalah cerita mengenai mengekal legasi menguasai kronisme politik dan perniagaan.

5. Ah Moi atau Dian Lee merupakan anak taikun Tan Sri Lee Kim Yew pengasas dan pemegang saham terbesar The Mines Resort dan Country Heights Holdings. Pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim namun lebih akrab dengan Tun Mahathir. Kisah Taikun ini hanyalah penguasaan perniagan. Tapi Dian Lee telah kaya sedia ada. Tinggal hanya menabur wang untuk menyertai MUDA dan Syed Saddiq.

6. Dr Mahathir merupakan rakan niaga Tan Sri Lee Kim Yew. Nama Tun Mahathir ada dalam rekod SSM sebagai pemegang lebih 1 juta pegangan saham Golden Horse Palace Berhad dan Pengarah syarikat FlyJet Sdn. Bhd sebuah syarikat penerbangan jet peribadi yang turut dikongsi bersama Tan Sri Lee Kim Yew.

PEGANGAN SAHAM TUN MAHATHIR DALAM GOLDEN HORSE PALACE BERHAD

 


TUN MAHATHIR JUGA MERUPAKAN PENGARAH FLYJET SDN. BHD. BERSAMA TAN SRI LEE KIM YEW

 


7. Syed Saddiq ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan menggunakan ARMADA untuk mengutip wang Tan Sri Vincent Tan pengasas Berjaya Group inikan pula anak Tan Sri Lee Kim Yew. Semuanya jadi mudah beri saja kedudukan anak-anak VVIP dalam parti, duit mereka keluar tetapi khidmat kepada rakyat tak penting.

MUDA milik anak TAIKUN. Anak muda kampung dan miskin
 hanya untuk jadi budak suruhan


8. Ahli MUDA susah, miskin akan terus miskin tetapi anak MUDA VVIP, taikun terus kaya mengekalkan legasi.

9. Sama ada Dian Lee akan bertanding atau tidak bukan jadi isu. Semuanya wang selain faktor DAP. Semuanya faktor wang. Tan Sri Lee Kim Yew pastinya menggunakan wang poketnya demi anaknya Dian Lee.


10. Bukan menghairankan jika Syed Saddiq boleh menjadi kuda Tun M di MUDA nanti memandangkan semua kroni Atuk membiayai parti Syed Saddiq.

11. Akhirnya siapa untung? Anak muda bandar, kampung, miskin dan juga orang susah hanyalah alat tetapi yang menguasai MUDA ialah anak-anak Taikun.

12. Anak muda yang menyertai parti MUDA juga terlalu terbuka. Tidak kira yang tidak bermoral, terlibat jenayah, kaki dadah atau kaki mabuk.




No comments:

Post a Comment