Sunday 6 February 2022

SPRM SERBU 5 PEGAWAI MARA 7 FEBRUARI INI KERANA SALAH GUNA KUASA DI MARA CORP

 



1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan 5 pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Gred 41 hingga 52 yang dipinjamkan secara 'Cross Fertilisation Program' mencuri duit MARA Corporation Sdn Bhd dengan tuntutan  bayaran melampau tanpa pengetahuan  Pengarah Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah MARA Corporation Sdn Bhd.

2. Dalam erti kata lain SPRM akan menyerbu MARA Corp Isnin ini (7 Februari) dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation (MARA Corp).

"SPRM memandang serius dakwaan wujud isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi berkenaan.

"Susulan itu, SPRM telah menerima satu aduan berkaitan isu ini dan akan memulakan siasatan pada 7 Februari 2022 dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation," kata suruhanjaya berkenaan.

 



3. Semalam, Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berjanji akan menyiasat salah guna kuasa atau urus tadbir dalam agensi itu dan anak syarikatnya sebagainya tular surat Pengarah Eksekutif MARA Corp di laman sosial.

4. Azizah Mohd Dun terpaksa bersilat menjawab isu itu susulan surat yang tular menyebut atas arahan Pengerusi Majlis MARA

“YB DSP Pengerusi, lanjutan dari perbincangan diantara saya, Tan Sri Azman dan En Syahrin sebagai EXCO Mara Corporation saya dengan ini mengemukakan laporan penuh seperti yang DIARAHKAN oleh YB DSP Pengerusi untuk perhatian dan tindakan lanjut YB DSP Pengerusi. Kami EXCO Mara Corporation juga meminta agar satu siasatan terperinci di buat oleh bahagian Integriti seperti mana ARAHAN oleh YB DSP Pengerusi semasa perbincangan yang berlangsung di Pejabat YB DSP Pengerusi”.



5. SPRM memaklumkan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, iaitu berkaitan pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

6. Lima pegawai MARA yang menuntut bayaran tidak masuk akal puluhan ribu termasuk bercuti itu ialah Noor Irwan Marmin Mohd Firdaus Zubir, Iskandar Zainudin, Rizal Abdul Gani, Mohd Faizal Mohd Top dan Mohd Firdaus Zubir. Laporan penuh surat tular boleh dibaca di artikel ini.

BACA - SPRM PERLU TANGKAP 5 PEGAWAI TINGGI MARA MENCURI PULUHAN RIBU DUIT RAKYAT DI MARACORPORATION SDN BHD

7. Isu salah guna kuasa pegawai MARA bukan hanya berlaku di MARA Corp tetapi juga anak-anak syarikat MARA Corp. Pegawai-pegawai yang bergaji dengan gred 41 ke atas bertindak berleluasa dalam syarikat sehingga terlupa syarikat  punya Lembaga Pengarah.

8. Pastinya dalam sehari dua ini perang Pegawai MARA yang dipinjamkan di MARA Corp  akan mula dengan menyerang balas kepada Pengarah Eksekutif atau BOD MARA Corp. Apapun tindakan cepat SPRM menyiasat kes ini pada 7 Februari adalah tindakan yang sangat tepat dan cepat. Jika dulu seringkali orang politik yang dilantik Lembaga Pengarah sentiasa dipersalahkan. Kini terbukti ada pegawai kerajaan paling kuat 'makan rasuah' dan salah guna kuasa menjadi punca kerosakan anak syarikat MARA Corp. 

Captain M
6 Februari 2022

 

No comments:

Post a Comment