Tuesday, 1 February 2022

KES RASUAH EXCO DAP PENANG AKAUN DIBEKU RM2 JUTA BAKAL DIDAKWA?


1. Jika kes Naveen Kularasa Rasiah anak saudara MP Sungai Buloh Sivarasa Rasiah tahun 2017  boleh didakwa semula baru-baru ini dan kes Dr Maszlee boleh dibuka semula mengapa tidak SPRM membuka kes pemimpin DAP Exco Pulau Pinang?

2. Bukan inikah yang sangat ditakuti oleh DAP dan geng-geng Lim Guan Eng? Mereka fikir dengan menyerang Tan Sri Azam Baki maka akan memaksa Ketua Pesuruhjaya SPRM itu meletak jawatan atau berjaya dijatuhkan tetapi sebaliknya.



3. Pada 13 Januari 2012 Lim Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Kerajaan DAP dengan bangganya mengumumkan perisytiharan palsu harta milik Exco untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011. Sekalipun palsu. Kenapa PALSU? 



4. Dalam pengumuman itu Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh diumumkan sebagai Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri itu. Antara yang diisytiharkan Phee Boon Poh ialah;

i. Memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.
ii. memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.
iii. Memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund.

Lim Guan Eng didapati isytihar Akaun simpanan tetapi Phee Boon Poh tidak. Jadi dari mana lebih RM 2 juta selepas dibeku SPRM

4. Tiada pengisytiharan wang simpanan akaun Phee Boon Poh ketika itu. Malah selepas dari itu tidak pernah ada lagi pengumuman lain termasuk dalam akaun simpanan Phee Boon Poh. Hanya selepas ditahan SPRM ditemui lebih RM2juta.

5. Persoalannya dari mana akaun lebih RM2juta yang disita dan dibeku SPRM Phee itu? Bukankah apa yang diisyhtiharkan sebelum itu palsu?

6. 18 Ogos 2017 media mendedahkan SPRM telah menyita 4 akaun simpanan Phee Boon Poh melebihi RM 2 juta. Ya Phee Boon Poh Exco paling kaya tetapi kenapa Phee sembunyikan akaun yang SPRM sita itu?


7.  Terbukti Phee Boon Poh bukan sahaja salah guna kuasa dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 untuk mengarahkan MPSP, kawtim Jabatan Alam Sekitar selama 9 tahun itu malah menerima rasuah daripada pemilik kilang haram itu Gan Buck Hoe, 70 dan anaknya Edmund Gan Eu Lee, 37.

8. Jika tidak mana mungkin Phee Boon Poh pertahankan kilang haram ini dalam sidang Dun serta bertolak ansur selama 10 tahun. Malah sehingga kini Phee Boon Poh masih sebagai Exco Alam Sekitar dan Kebajikan

 


9. Sebab itu Lim Guan Eng dan para peguam Phee Boon Poh berusaha keras mempertahankan Phee Boon Poh dan pemilik kilang itu. Persoalan sekarang ialah mengenai status kes Phee Boon Poh Exco Alam Sekitar dan Kebajikan yang tertangguh itu sejak  5 tahun lalu. SPRM dan AG wajar mendakwa kes ini sekarang.

10. SPRM jangan membiarkan mulut DAP yang berlagak bersih seolah-olah DAP tidak melakukan rasuah.Wal hal DAP PH lagi teruk ‘paw’ keliling.

11. Jika dahulu ada alasan Tan Sri Azam Baki masih TKP dan terpaksa bernaung dibawah KP SPRM PH Latheefa Koyak. Arahan PH ialah menutup kes-kes pemimpin PH. Namun kini semua itu berlalu. Azam kini adalah KP SPRM! Bekas Pengarah Siasatan dan TKP jadi tentu lebih tahu fail-fail tersimpan.



 

 

 


No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI