Thursday 3 February 2022

DOKUMEN BOCOR ‘LAPORAN KES AMBANK’ LIBATKAN ZETI, SUAMI BUKTI ZAMRI BAHAGIAN AMLA SPRM SEMBUNYI FAKTA KES 1MDB!

 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan bagaimana kertas siasatan skandal 1MDB yang dijaga oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) diketuai oleh Mohamad Zamri Zainul Abidin ‘Budak Shukri – Budak Lathefa Koya’ bocor kepada pihak luar.

Kertas siasatan itu, yang dikenali sebagai “Laporan Kes Ambank”, pertama kali diterbitkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portalnya ‘Malaysia Today’ mendedahkan nama bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz serta bekas menteri persekutuan Nor Mohamed Yakcop.


Ia menimbulkan tanda tanya dan membuktikan terdapat pihak dalam SPRM sebelum ini oleh Kerajaan PH menyembunyikan kisah skandal sebenar 1MDB, penglibatan Zeti dan suami serta bekas Menteri JPM Nor Mohamed Yakcop.

Hanya Najib Razak sahaja didakwa tetapi yang lain disenyapkan. Jelas ia satu pendakwaan yang terpilih hanya untuk mengenakan Najib sahaja.

Laporan itu dikatakan menunjukkan bahawa Zeti tahu dan memberi persetujuan bagi RM2.6 bilion dibawa masuk ke negara ini melalui akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Deposit sebanyak RM2.6 bilion itu – yang didakwa oleh Najib merupakan sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi – menjadi isu kontroversi dan tindakan undang-undang susulan membabitkan Ahli Parlimen Pekan itu.

Nor Mohamed didakwa menerima RM85 juta, berkaitan tawaran sukuk 1MDB 2009 dalam akaun proksi di Singapura.

Terdahulu dilaporkan syarikat luar pesisir milik Tawfiq suami Zeti menerima sebanyak RM700 juta dana berkait 1MDB termasuk USD153 juta yang dipindahkan daripada akaun bank Good Star Ltd di RBS Coutts, Switzerland.

Siri pendedahan SD suami Zeti dan anak-anaknya mengesahkan keluarga Zeti menerima wang 1MDB


Bagaimanapun November lepas, SPRM mengesahkan bahawa RM65 juta dalam akaun bank milik Tawfiq telah dipulangkan oleh kerajaan Singapura.

Zeti, Suami dan Nor Mohamed Yakcub disiasat

Minggu lalu dilaporkan bahawa Zeti dan Mohamed disiasat oleh SPRM atas salah laku malah sumber mengatakan suami Zeti ditahan secara diam-diam.

Persoalannya siapa di dalam SPRM mendedahkan dokumen siasatan itu?

Apakah Zamry sendiri di Bahagian AMLA? Atau ada pihak mahu membuktikan Zamry paling pembohong dalam SPRM yang menjadi alat PH selama ini.

Apa yang penting SPRM lakukan ialah melakukan segera pendakwaan kes Zeti dan Nor Mohamed Yakcub. Jangan berlengah lagi.


No comments:

Post a Comment