Friday, 11 February 2022

"SPRM DALAM POKET SAHAJA!"- ISKANDAR PEGAWAI UNDANG-UNDANG MARA

1. Dilaporkan 5 Pegawai kanan MARA yang dipinjamkan kepada MARA Corp dan Pengarah Eksekutif MARA Datuk Suhaili Abdul Rahman telah diarahkan bercuti sehingga siasatan kes SPRM selesai.

2. Noor Irwan Marmin pemangku CEO dibayar RM 269 ribu,  Rizal Abd Gani Pengarah Kewangan dibayar RM207 ribu, Iskandar Zainudin Pengawai Undang-undang dibayar RM 152 ribu,  Mohd Faizal Mat Top Pengarah Pelaburan dibayar RM168,022.32 dan Mohd Firdaus Zubir Pengarah Korporat dibayar RM169 ribu bakal direman SPRM hari ini.



3. Bagi Iskandar Zainudin Pegawai Undang-undang yang menguruskan dokumentasi serta jawapan pegawai menghadapi SPRM dengan ‘langsi’ beliau berkata “SPRM dalam poket dia sahaja” pastinya bakal diuji hari ini berhadapan siasatan SPRM.

4.  Iskandar berkata apa mahu takut. KP MARA Azhar dan Pengerusi MARA Corp Othman Aziz bersama mereka. Biji Ketua Pengarah mereka dah pegang. Buktinya dah digantung di MARA Corp tetapi masih bertugas di agensi MARA sebagai Pegawai Gred 44 hingga 52. 

5. Mampukah mereka semua memberi keterangan yang sama ketika siasatan SPRM dibuat secara berasingan? Ketika inilah masing-masing membawa diri saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Bekerjasama dengan SPRM atau lokap atau menghadapi pertuduhan kes di mahkamah. 

6. Dicadangkan SPRM mereman 5 pegawai MARA ini sebagai satu  pengajaran dari perangai mereka dan penjawat awam lain.

7. Dengan kehilangan wang rakyat hampir RM1 juta melalui pemberian elaun luar biasa tanpa kelulusan Lembaga Pengarah MARA Corp amat pasti 5 pegawai itu sukar melepaskan diri dari sabit kesalahan

8.  Lu Langsi Lu Mati lor! Siap-siap popcorn hari ni


Captain M
11.2. 2022



 

No comments:

Post a Comment

RUPANYA JHO LOW SERING KE RUMAH ZETI