Friday 22 March 2024

TERUS MELAWAN: DAIM FAIL PERMOHONAN CABAR PERUNTUKAN AKTA SPRM



Daim Zainuddin nampaknya belum berputus asa mencabar SPRM. Selepas dia dan isterinya Naimah gagal mencabar kesnya di mahkamah kini Daim mencabar lagi.

Daim Zainuddin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi mencabar kesahan peruntukan mengikut undang-undang antirasuah, yang memerlukan individu dituduh kemuka pernyataan pembelaan sebelum perbicaraan.


Bekas menteri kewangan memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengikut Perlembagaan.

Seksyen itu memperuntuk bahawa tertuduh perlu menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwa sebelum perbicaraan bermula.

Pada 2017, Mahkamah Persekutuan mengekalkan kesahan Seksyen 62.

Daim juga memohon Mahkamah Tinggi menentukan kesahan Seksyen 36(2) akta sama, berhubung pematuhan notis pengisytiharan aset dikeluarkan agensi antirasuah itu.



Pada 29 Jan, beliau mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bawah Seksyen 36(2) kerana didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan 38 syarikat, 19 plot tanah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, dan Kuala Lumpur, termasuk enam hartanah.

Daim juga didakwa gagal isytihar pemilikan akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN), selain tujuh kereta mewah.

Isterinya, Naimah Khalid, juga minta dibicarakan bagi satu pertuduhan mengikut Seksyen 36(2).

Naimah turut memohon Mahkamah Tinggi menentukan sama ada peruntukan itu mengikut Perlembagaan.

Mahkamah Sesyen menetapkan 22 Mac bagi sebutan ke atas permohonan rujukan Daim dan Naimah.

2 comments:

  1. Lepas Papangang pergi Ostolia dan Germany lansung tak Ada impak pelaburan masuk Dari 2 negara tsb...!!

    Dengar khabor nya papangang terima arahan semasa lawatan ke ostolia dan Germany

    Arahan sapa yaa...!? Arahan untuk apa ya..!!

    Hati hati terutama Rakyat Melayu Islam di Malaysia

    Lawatan ada agenda lain woo

    ReplyDelete
  2. Saudara, Apa yang pelik di Malaysia skg suma yg kena buru dan ditangkap rasuah semua penyamun Melayu.. Yang mula mata sepet, bila boikot Kita pulak yang provoke dituduh jadi batu api NGO adalah Melayu

    https://vt.tiktok.com/ZSFbApbV8/

    Saudara, rupa rupanya Melayu Kayangan yang segak bertopi lebar telinga gajah itu memburu sambil pha chu cheng bersama taikun Mata sepet..

    ReplyDelete