Friday 26 April 2024

ZULFAHIMIN ORANG KANAN 'AZMIN-HILMAN' DAN ISTERI DIDAKWA PECAH AMANAH RM537,200.00

 


Bekas Pegawai Khas Adun Gombak Setia, isteri dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang sebuah syarikat berjumlah RM0.5 juta, tahun lalu.

Mohd. Zulfahimin Mahadzir, 40, dan isterinya, Ungku Syahirah Ungku Zulkifli, 30, serta Azfaruzain Zulfakar, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

SYOR BACA BERKAITAN

2017: TERBONGKAR! AZMIN KERAHKAN ADAM ROSLY DAN BUDAK HILMAN YANG KAYA PROJEK SELANGOR PERTAHANKANNYA DARI DEMO JAMAL YUNOS?

Mohd. Zulfahimin Mahadzir merupakan kontraktor kroni zaman Azmin MB Selangor dan Menteri Ekononi/ MITI


 

Antara isu berkaitan Azmin, Hilman dan Zulfahimin



Antara isu yang paling hangat juga ialah kes rogol dan masuk hotel yang tular tahun 2021.



Berdasarkan pertuduhan Isu baharu ini, kesemua tertuduh sebagai ejen yang dilantik oleh sebuah syarikat bagi penguasaan harta iaitu wang berjumlah RM537,200 didakwa dengan curang melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta tersebut.

Perbuatan itu dilakukan di sekitar daerah Petaling di sini, antara 18 Januari hingga 19 Januari 2023.

Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun selain sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zafirah Syed Mustapa kemudian mencadangkan kos ikat jamin berjumlah RM30,000 bagi setiap tertuduh dan penyerahan pasport kepada mahkamah.

Peguam Navin Punj memohon pengurangan kerana semua anak guamnya memberi kerjasama kepada polis sepanjang proses siasatan sejak tahun lalu.

“Selain itu, dua anak guam yang juga suami isteri mempunyai tanggungan tiga anak manakala seorang lagi menanggung dua anak termasuk yang menghidap autism.

“Mereka juga memberi kerjasama baik bagi membantu siasatan kes berkenaan sejak Mac tahun lalu,” katanya.

Awang Krisnada kemudian membenarkan kos ikat jamin RM15,000 bagi setiap tertuduh dan mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sekali setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Mei depan

 

No comments:

Post a Comment