Monday 6 May 2024

HANCURLAH MARACORP! DATO' AMIR 'KAKI SKANDAL' UNIKL DILANTIK GROUP CEO INTERIM

 



Isu Maracorp nampaknya belum berakhir. Ada yang berpendapat Majlis Amanah Rakyat (MARA) selagi dipimpin Ketua Pengarahnya Dato' Azhar Bin Abdul Manaf agensi Mara dan entiti perniagaannya tak ke mana. 

Isu rasuah dan salahgunakuasa Maracorp pernah meletup tahun 2022.

Friday 3 May 2024

TITAH ADENDUM PENGAMPUNAN NAJIB RAZAK: PERMOHONAN TENGKU ZAFRUL FAIL AFIDAVIT DITOLAK KERANA BUKAN WAKIL MANA-MANA PIHAK

 

Mahkamah Tinggi semalam (2 Mei) menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Adendum dalam kes pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengesahkan Hakim Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan pihaknya terhadap permohonan dibuat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri terbabit.

Beliau berkata, Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tidak mewakili mana-mana pihak dan afidavit yang ingin difailkan itu seolah-olah 'terapung'.

"Tiada prosedur, maka hakim menolak permohonan itu. Namun, jika (Najib) mendapat kebenaran (semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum), beliau (Tengku Zafrul) boleh memfailkan kembali (kebenaran fail afidavit).

Friday 26 April 2024

KES RASUAH DAN PALSU DOKUMEN: MB PERLIS SERAH KEPADA SPRM JIKA BERSALAH ANAKNYA SYAFEEQ PERLU DIHUKUM

 


KES RASUAH dan tuntutan palsu anak MB Perlis akhirnya diberi respon oleh YAB Mohd. Shukri Ramli Menteri Besar.

Menurut Mohd. Shukri Ramli beliau membuka pintu seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan berhubung sebarang salah laku di negeri ini.

Malah tegas, Mohd. Shukri, jika anaknya sekali pun didapati bersalah, hukumlah dia kerana beliau sudah memberi ilmu dan pendidikan yang secukupnya selain sentiasa menitipkan pesanan.

“Kalau anak saya bersalah, hukumlah dia. Saya dah bagi pendidikan dan ilmu kat dia, kalau buat juga nak buat macam mana.

“Saya tiada gundah gulana dan setakat ini masih mampu bertahan. Doakan yang terbaik untuk kita semua dan saya tiada prasangka kepada SPRM sehinggalah mereka selesaikan siasatan,” katanya pada sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, di sini hari ini.

ZULFAHIMIN ORANG KANAN 'AZMIN-HILMAN' DAN ISTERI DIDAKWA PECAH AMANAH RM537,200.00

 


Bekas Pegawai Khas Adun Gombak Setia, isteri dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang sebuah syarikat berjumlah RM0.5 juta, tahun lalu.

Mohd. Zulfahimin Mahadzir, 40, dan isterinya, Ungku Syahirah Ungku Zulkifli, 30, serta Azfaruzain Zulfakar, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

SYOR BACA BERKAITAN

2017: TERBONGKAR! AZMIN KERAHKAN ADAM ROSLY DAN BUDAK HILMAN YANG KAYA PROJEK SELANGOR PERTAHANKANNYA DARI DEMO JAMAL YUNOS?

Mohd. Zulfahimin Mahadzir merupakan kontraktor kroni zaman Azmin MB Selangor dan Menteri Ekononi/ MITI

Friday 22 March 2024

TERUS MELAWAN: DAIM FAIL PERMOHONAN CABAR PERUNTUKAN AKTA SPRM



Daim Zainuddin nampaknya belum berputus asa mencabar SPRM. Selepas dia dan isterinya Naimah gagal mencabar kesnya di mahkamah kini Daim mencabar lagi.

Daim Zainuddin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi mencabar kesahan peruntukan mengikut undang-undang antirasuah, yang memerlukan individu dituduh kemuka pernyataan pembelaan sebelum perbicaraan.