1. Ketika Adam menerima 6 pertuduhan di mahkamah kerana keterangan dan dokumen palsu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata pertuduhan yang dikenakan ke atas Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Adam Rosly sebagai tidak munasabah. Katanya
"Pertuduhan-pertuduhan tadi dikenakan atas Akta AMLATFPUAA 2001, itu tidak selaras dan tidak munasabah untuk dituduh di bawah AMLATFPUAA atau Anti Pengganas. Kita dan keluarga Adam akan usahakan untuk ikat jamin saudara Adam dan kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Sivil sebab pertuduhan yang diberi tidak setimpal dengan tuduhan (yang dibuat SPRM) sebelum ini," - Zuraida Kamarudin
2. Zuraida lupa kes Adam sebagai "Tip of the Iceberg' permulaan kepada pertuduhan terhadap Adam dan menyiasat sumber haram yang diperolehi Adam. Banyak lagi yang bakal dikorek mengenai Adam. Rumah-rumahnya, syarikat dan kenderaan mewahnya. Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib pada mulanya menawarkan RM400,000 sekiranya mahkamah mempertimbangkan untuk memberikan jaminan. Bagaimanapun Peguam Adam, Ahmad Zaidi Zainal memohon jumlah jaminan sebanyak RM150,000 kesalahan yang dilakukan tidak serius selain mempunyai pendapatan yang tidak seberapa. Mahkamah menetapkan RM300,000 sebagai jaminan dan passport dirampas.