1. Membaca sejarah penubuhan Zakat Pulau Pinang amat jelas anak syarikat 100% milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Katalah apapun ia tetap di bawah kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) adalah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu YB. Dato' Haji Mohd Salleh bin Man ADUN PAS (kini PAN).
2. MAINPP dan Zakat Pulau Pinang adalah dibawah kuasa Exco Hal Ehwal Agama Islam. Siapakah dia? YB. DATO' ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM dari PKR. Malah jika kita lihat Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang majoritinya dari MAINPP selain Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Negeri Pulau Pinang. Siapa mereka ini? kuasa siapa melantik? tentulah kerajaan negeri. Dato' Azman Hj Samat selaku Pengurus Besar ZPP adalah bawah kerajaan negeri. Kerajaan Negeri dua penggal bawah pemerintahan DAP boleh membuang beliau kalau mereka hendak.