Cuba tengok muka pembohong, penipu dan makan harta rakyat luar bandar. Tidak berkat. Lambat laun akan ditangkap juga |
1. Akhirnya Presiden Parti Warisan Sabah, Dato' Seri Shafie Apdal direman 4 hari berhubung siasatan skandal KKLW RM1.5 bilion. Inilah impian Shafie Apdal mahu membuktikan kepada SPRM sebagaimana janjinya.
2. Belum sampai 24 jam ketika Shafie Apdal dipanggil ke pejabat SPRM semalam, beliau dilaporkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi. Wayang Shafie Apdal bagi mengelak reman lama, gari dan baju 'Lokap SPRM'
3. Shafie tiba di mahkamah dengan sebuah ambulans, terpaksa menunggu lebih 30 minit sebelum dibawa ke kamar majistret oleh pegawai SPRM. Shafie berjaya dengan lakonan tidak digari dan memakai baju 'Lokap SPRM'.
4. Para Peguam Shafie Apdal berusaha untuk menjadikan Shafie kelihatan 'sakit' dengan meminta membawanya ke Hospital Queen Elizabeth II untuk pemeriksaan kesihatan dan tekanan darahnya.
5. Sumber menyatakan doktor yang merawat Shafie Apdal mengesahkan Shafie Apdal sihat hanya sedikit terkejut dengan persekitaran penahanan SPRM. Lantaran itu mahkamah majistret memberikan kelulusan tahanan reman selama 4 hari (tambahan 2 hari) Sabtu dan Ahad dan bakal disambung reman Isnin depan.