[SIRI 1: Rasuah & salahguna kuasa Shafie Apdal]
1. Hari ini nampaknya Parti Warisan menggerakkan tabung derma wang jaminan kepada Shafie Apdal untuk hari jumaat ini. Apakah Shafie Apdal bebas jumaat ini atau reman terus disambung jumaat? Warisan berusaha mengangkat Shafie Apdal sebagai hero rakyat wal hal Shafie seorang pelaku rasuah. Mereka terus mengajak pengikut mereka menyokong perlakuan pemimpin rasuah.
Orang kaya minta derma atau satu agenda tak mahu tunjuk Shafie Apdal punya wang ratusan jutaan ringgit |
2. Penasihat dan pengikut Shafie Apdal tidak mahu percaya Shafie Apdal telah menyeleweng dana RM 1.5 bilion KKLW. Sejak tahun lalu pelbagai bukti didedahkan malah kuasa Shafie Apdal sebagai Menteri yang menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 dan Akta Kontrak 1949.
3. Begitu ramai saksi yang dipanggil, 13 orang yang ditahan reman, penangkapan adik Shafie Apdal iaitu Hj Hamid Apdal dan Datuk Yusof Apdal pastinya telah membuka ruang kepada pertuduhan kes rasuah Shafie Apdal. Ia diperkukuhkan lagi oleh penangkapan Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW dan Izhar Idrus bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Shafie Apdal.