Friday 5 May 2017

RAFIZI GAGAL TUNJUK SIAPA BERI DANA INVOKE & NOW PROVOKASI ADAM BERJAYA




1. Polemik pergaduhan pemimpin PKR antara Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Ampang (dicutikan) dengan Rafizi Ramli serta Latheefah Koya semakin menarik apabila Adam Rosly mencabar Rafizi Ramli untuk mendedahkan kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW). Kata Adam dia sangat bersabar dengan Rafizi tetapi dia perlu bersuara. 3 cabaran Adam ialah;

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.

ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.



2. Sumber mendedahkan Adam Rosly tidak mungkin berani bersuara tanpa arahan Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Jadi cabaran Adam adalah atas arahan Azmin dan Zuraida sebelum mereka menjadi ahli jawatankuasa disiplin bagi kes Adam itu. 


3. Sekian lama pelbagai pihak mendesak Rafizi mendedahkan dana Invoke dan NOW tetapi tidak pernah didedahkan. Isu NOW pernah menjadi isu tahun 2015 nampun senyap selepas itu. Hanya dengan pergaduhan sesama PKR antara Latheefa Koya, Adam Rosly dan Rafizi tidak sampai 24 Jam Rafizi menjawab cabaran Rafizi. 

4. Ujar Rafizi menyahut cabaran, walaupun beliau tidak perlu melayan karenah Adam kerana sedang direhatkan dalam PKR, namun sebagai penjawat awam, beliau perlu tangkas memberi jawapan dalam semua isu bersabit ketelusan.

"Oleh yang demikian, saya sertakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi Invoke dan NOW seperti yang ditunjukkan di Lampiran A dan B". Kata Rafizi dalam kenyataan medianya


5. Kita boleh melihat kebodohan dan emosi yang tebal antara Rafizi dan Adam Rosly. Mari kita teliti dokumen jawapan yang didedahkan oleh Rafizi sama ada menjawab cabaran atau tidak. Ataupun kita masih ada persoalan lain. Jika sebelum ini kita melihat gaya keupayaan Rafizi penuh andaian menjejak sumber dana dari pelbagai pihak seperti isu 1MDB dan SRC. Kita juga mahu menjejak dana yang ditunjukkan oleh Rafizi. Rafizi mesti menjawabnya. Adam juga tentu tidak berpuas hati.








Dimanakan kutipan dana Tutup 1MDB yang pernah dianjurkan NOW?

6. Rafizi menunjukkan Invoke adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat. Rafizi menggunakan alasan Tahun kewangan Invoke Solutions Sdn Bhd berakhir 31 Disember 2017 jadi orang ramai boleh menyemak kedudukan kewangan Invoke dari semasa ke semasa mengikut carian di SSM. 

7. Ketika berhadapan isu Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd (NOW) tahun 2015 Rafizi Ramli merupakan pengarah dan memegang kepentingan sebanyak 50% dalam Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd. Sekalipun tidak berdaftar dan tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma daripada pihak awam atau menerima apa-apa peruntukan daripada pihak ketiga, namun Rafizi telah melakukannya dengan alasan yang sangat minimal. Kini Rafizi melakukannya sekali lagi dengan INVOKE. 

8. Banyak persoalan timbul iaitu dari dokumen dari penjelasan Rafizi mengenai INVOKE dan NOW termasuk tidak menjawab cabaran Adam Rosly iaitu kepada kepada siapa dana disalur dan siapa pemberi kutipan derma itu juga banyak perincian yang tertinggal dari Rafizi Ramli. Antaranya; 

i. Suntikan dana peribadi oleh Rafizi Ramli dari Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera, Gaji Ahli Parlimen dan perbelanjaan kad kredit berjumlah RM 787,049. Tidak ada perincian dan bukti mengenainya

ii. Kutipan jualan meja, tiket dan barangan semasa majlis kutipan dana RM 875,369 siapa yang menderma dan membeli meja? Orang hendak tahu adakah syarikat atau individu berkepentingan?

iii. RM1,063,066 dari jualan perkhidmatan sukarelawan dan pemindahan bank. Siapa penyumbang? Tidak ada perincian setidaknya senarai awal yang menyumbang.

iv. Kepada siapa bayaran penganjuran majlis kutipan dana dibuat berjumlah RM237,929?

v. Benarkah pembayaran gaji pekerja INVOKE (80 orang kakitangan tetap) RM 888, 487. Siapa mereka ini dibayar dengan jumlah yang besar?

9. Mengenai Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd (NOW) Rafizi menjelaskan sepanjang tahun 2016 dan 2017 NOW tidak mempunyai sebarang majlis kutipan dana atau sebarang kempen kutipan dana online.  Persoalannya NOW ditubuhkan sejak tahun 2012 dan selama 5 tahun dimanakah dana kutipan derma itu seperti Kutipan untuk menutup 1MDB yang pernah dianjurkan NOW? Siapakah yang menyumbang? Bukankah NOW dan INVOKE telah menyalahi undang-undang di bawah Bank Negara Malaysia dan dianggap melakukan kutipan deposit haram dari orang awam?

10. Nampak tak Rafizi berusaha hendak menelanjangkan orang lain tetapi kerana provokasi Adam Rosly dia terkena batang hidung sendiri. Rafizi sendiri tidak berani mendedahkan siapa nama penderma, kepada siapa mereka bayar, siapa yang dia gajikan sehingga RM 888, 487, 80 orang itu. 


Captain M
5 Mei 2018



10 comments:

  1. Lapiji sotong memanglah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi ni dapat ijazah tetapi sebenar-benarnya dia seorang amat dangkal, bodoh dan dungu. Mungkin lecturer yang ajar dia di Englad dulu semuany bodoh dan dungu. Tetapi dari segi berpolitik, Rafizi ini memang bahlul. Muka dia macam kartun. Orang yang muyka kartun ni memang bahalul.

      Delete
  2. Siapa tulis cerita ni ? Captain lancau ka ?

    ReplyDelete
  3. Katanya Rafizi ni seorang accountant lulusan luar negara ,namun saya dapati banyak pendedahan ,pandangan ,anggaran dan tuduhan nya tidak mencerminkan beliau adalah seorang yg berlatarbelakangkan seorang accountant yg profesional.Bila dia buat tuduahan dan pendedahan sesuatu isu ianya kelihatan sangat loggar,tidak tepat dan menyimpang dari kenyataan.Ini sudah tentu kerana beliau terlalu mementingkan politik dari kebenaran dan fakta.Patut sangat beliau telah di nasihatkan supaya bertaubat oleh TGHH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu akauntan si sotong pkr ini telah lama lenyap, digantikan dengan ilmu akelentong. Kelentong sana sini, sendiri cari penyakit.

      Delete
  4. Saya tengok macam money laundering scheme aje. Dapat duit juta juta, declare kononya dapat dari jualan online, jualan sukarelawan, pemindahan bank. Ni memang macam money laundering.

    Rafizi perlu tunjukan, apakah jualan sampai boleh untuk 1 juta lebih. Mungkin kita boleh belajar dari dia macam mana nak buat online business.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa bulan saja dah 2.8 juta. siapa dia paw?

      Delete
  5. 5 Keraguan Besar Kenyataan Rafizi Berkaitan Dana & Perbelanjaan Invoke
    1) 10 Mei 2015, Rafizi menyatakan dia ada simpanan RM212,000 dalam ASB dan RM464,372 di Tabung Haji. Jumlahnya adalah RM676,372. Pada 13 September 2016, Rafizi kata dia laburkan RM300,000 untuk Invoke
    Dalam kenyataan pada 5 Mei 2017, Rafizi kata dia beri sumbangan sejumlah RM787,049 untuk Invoke guna duit Tabung Haji dan ASB. Bermakna ada tambahan lagi RM487,049 berbanding kenyataan awalnya pada September 2016.
    Ini bermakna Rafizi telah keluarkan hampir semua wangnya di Tabung Haji dan ASB. Kenyataan Rafizi ini adalah andaian sahaja, sila nyatakan resit pengeluaran ASB dan Tabung Haji sebagai bukti?
    2) Rafizi andaikan sejumlah RM857,369 berjaya dikutip menerusi majlis kutipan dana. Jumlah ini besar dan tidak diperincikan dengan jelas dalam berapa majlis dan siapa yang menyumbang dana. Apakah "along" yang meminjamkan duit kepada Adam Rosly juga turut menyumbang dana pada Rafizi?
    3) Gaji kakitangan sejumlah 80 orang adalah sejumlah RM888,487, secara purata seorang adalah sejumlah RM11,106 seorang. Invoke beroperasi sejak Ogos 2016, sehingga Mei 2017 sudah masuk bulan ke 10 Invoke beroperasi. RM11,106 bahagi 10 bulan adalah RM1,110.60 seorang. Jumlah perbelanjaan gaji ini nampaknya amat tidak munasabah. Siapa hendak kerja tetap dengan gaji RM1,100.60 sahaja selama 10 bulan?
    4) Rafizi sebut Invoke ada 17 pejabat, terlalu banyak jumlah itu. Aliran wang yang masuk ke setiap pejabat, siapa di setiap pejabat dan berapa sewa bulanan pejabat tidak diperincikan oleh Rafizi. RM44,654 untuk 17 pejabat selama 10 bulan Invoke beroperasi. Ini bermakna kos sewa satu pejabat sebulan adalah RM262 sahaja. Ini jumlah yang tidak logik. Ternyata anggaran Rafizi ini hanya serkap jarang.
    5) Rafizi bukanlah seorang penjawat awam. Mengikut tafsiran Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, Perkara 132 hingga Perkara 148. Perkara 132 (3) tidak mengkategorikan seorang ahli dewan rakyat sebagai penjawat awam. Kenyataan Rafizi itu jelas sekali salah dan berbohong.
    Kenyataan Rafizi ini hanyalah anggaran rambangnya sahaja dan ianya perlu disahkan oleh pihak ASB, Tabung Haji, SSM, LHDN dan pihak pihak lain. Ini kerana, Rafizi sebelum ini sudah terbukti memfitnah lebih dari 10 kali.
    Ada kemungkinan besar Rafizi buat kenyataan karut juga tentang Invoke ini. Rafizi kata ambil duit ASB dan Tabung Haji, Adam Rosly kata ambil duit along. Lebih kurang ja mereka berdua ini. Sama sama kaki belit.

    ReplyDelete
  6. bangang nye artikel ni

    ReplyDelete