Saturday 10 June 2017

PENOLONG PENGUASA SPRM 'KAKI PAW' POLIS DITANGKAP, RUPANYA PEGAWAI BERMASALAH. PADAN MUKA!



1. "Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk". Begitulah hari ini kecoh dengan tangkapan terbaru seorang seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Zon Utara yang ditahan kerana memeras ugut dan meminta wang suapan daripada pegawai polis. Pegawai SPRM itu berusia 37 tahun itu ditahan polis di Machang Bubok, Bukit Mertajam di Pulau Pinang.

2. Syabas kepada PDRM kerana menangkap pegawai SPRM itu walaupun dilaporkan sejak dua tahun lalu meminta wang daripada pegawai polis, kononnya untuk melindungi aktiviti pusat judi. Turut dirampas wang tunai kira-kira RM3,000 dan suspek direman bagi membantu siasatan.

3. Sumber SPRM berkata "Pegawai SPRM jika melakukan rasuah seperti ini jangan dibiarkan sehingga 2 tahun. Lapor kepada SPRM atau tangkap mengikut undang-undang sedia ada. SPRM tidak akan tahu jika sekiranya pegawai polis yang menjadi mangsa tidak melaporkan rasuah ini. Apapun syabas dan tahniah kerana bertindak. SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya termasuk memecat pegawai yang terlibat dengan rasuah". 


4.  Memerangi rasuah tidak memilih siapa. Siapa yang bersalah maka mereka perlu dihukum. Sama ada SPRM menangkap anggota penguatkuasa seperti PDRM baru-baru ini di Melaka, PBT, imigresen atau PDRM menangkap pegawai SPRM yang melakukan rasuah ia adalah tanggungjawab semua pihak memerangi rasuah dan melapor kepada SPRM. Tidak terkecuali pegawainya.

5. Tentu netizen masih ingat dengan penangkapan pegawai SPRM bernama Kenny Chua Boon Meng yang melakukan rasuah oleh pegawai SPRM sendiri pada April 2016. KENNY CHUA dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM20,000 daripada seorang anggota polis. Jadi ia bukan kes baru bagi Penolong Penguasa SPRM ini.

6. Susulan penangkapan pegawai itu SPRM dalam kenyataan medianya hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan kesalahan pegawai terbabit yang dilakukan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

"Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan Perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan," 

"Pendirian SPRM tidak akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM," 


Penolong Penguasa SPRM [Zon Utara] yang bermasalah

Sumber gambar media sosial. Gambar pelaku bukan lagi rahsia

7. Pegawai SPRM yang ditangkap adalah Rommy bin Ma'aruf, berasal dari Penrissen Road, Kuching Sarawak. Jawatan Penolong Penguasa (Zon Utara) dan berumur 37 tahun. 16 tahun berkhidmat dengan SPRM. Menurut sumber dalaman, pegawai ini adalah pegawai bermasalah dan beberapa kali dipindahkan kerana masalah disiplin. 

8. Namun kali ini beliau tertangkap dengan kegiatannya oleh sepasukan polis dari bahagian Kongsi Gelap, Judi & Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah apabila memeras ugut dengan maklumat SPRM untuk mendapatkan wang daripada pegawai polis terutamanya dari bahagian D7 yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram.

9. Menurut sumber pengadu yang melaporkan kegiatan Rommy ini sudah bermula sejak 29 Mac 2017 lagi, 5 Jun 2017 (Penetapan wang bulanan RM3000), 8 Jun 2017 (Perjumpaan dengan Rommy di Stesen Petronas Seberang Jaya), dan 9 Jun 2017 pemberian wang RM3000 di Restoran Nasi Kandar Mutiara Tanjung Machang Bubok Pulau Pinang. Bertindak atas laporan itu pasukan Cawangan D7 IPD SPT membuat tangkapan terhadap Rommy.

9. Dalam laporan media Rommy dikatakan sudah dua tahun melakukan kegiatan peras ugut meminta wang seperti itu. Kemungkinan pegawai ini bersekongkol mana-mana pihak di kawasan dia bertugas telah lama berlaku. Mungkin tiada laporan dan beliau pandai menyembunyikan kegiatannya. Cuma kali ini beliau ditangkap sejak maklumat peras ugut itu bermula 29 Mac 2017. 

10. Tahniah PDRM dan pegawai yang membuat laporan. Inilah sebenarnya yang netizen perlu lakukan. Memerangi rasuah sebagaimana kempen SPRM dalam  Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan "Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle". Tiada kompromi dalam rasuah seperti kata Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM

"Saya tidak akan benarkan (rasuah), SPRM tidak akan benarkan dan kami harap anda juga tidak akan membenarkan ia berlaku," 



Captain M

10 Jun 2017
Nota: Jika ada rasuah lapor segera. Tiada siapa terkecuali termasuk pegawai SPRM 

3 comments:

  1. padan muka. sapa suruh paw orang

    ReplyDelete
  2. syabas PDRM dan SPRM yang terus tidak undur seincipun

    ReplyDelete
  3. Kawan baik khalid, gopinathan krishnan taknak cerita?

    ReplyDelete