Monday 4 September 2017

KHALID IBRAHIM BERI AMARAN PKR SAMAN 'ECOWORLD BERHAD' AZMIN BAKAL MANGSA RAFIZI KERANA ECOWORLD?


1. Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB Selangor 16 Ogos lalu menyuarakan rasa bimbang dan tidak puas hatinya desas-desus pimpinan tertinggi PKR yang pernah di samannya memfitnah mengaitkannya dengan EcoWorld Berhad sudah mula membangkitkan kembali cerita dengan syarikat itu. 

2. Perbalahan antara Azmin Ali MB Selangor dan kem Rafizi sudah mula membangkitkan hubungan Azmin Ali dengan Tan Sri  Liew Kee Sin Pengerusi Eco World yang dikatakan menaja wang kepada Azmin Ali. Rafizi dan Saifuddin seakan mengesahkan apa yang terjadi kepada Tan Sri Khalid turut berlaku kepada Azmin Ali. Pastinya Rafizi akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan Azmin nanti. 

Rafizi terus mengasak Azmin malah Anwar sanggup dikata sebagai insan 'terpenjara'. Apa lagi yang bakal Rafizi lakukan?

3. Mengesahkan hubungan Azmin dengan EcoWorld apabila Eco World Group Development Berhad membeli tanah rampasan milik LBCBNSB seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor secara tunai RM1.18billion. Azmin pada 3 September 2016 mengumumkan ia satu cara menyelesaikan projek terbengkalai Alam Perdana sekian lama. Namun yang kekal menjadi isu ialah pampasan tanah pemilik tanah dan peneroka tanah PKPS kekal tidak dibayar sehingga sekarang oleh pemilik baru.

4. Paling menarik peguam peneroka yang dilantik ialah Daim Gamany dari pasukan Sivarasa Rasiah dan Lathefa Koya yang pro kem Azmin Ali. 

5. Rafizi nampaknya sedang menyimpan dendam untuk membangkitkan hubungan Azmin dengan EcoWorld sebagaimana Tan Sri Khalid dahulu yang dipaksa turun dengan laporan rasuah 91 muka surat pada tahun 2014 itu. 

6. Tan Sri Khalid Ibrahim mengingatkan pemimpin tertinggi tentang samannya kepada Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung PKR pada 14 Ogos 2014 Mahkamah Tinggi Shah Alam. Lembu berpegang pada tali dan manusia berpegang pada janji.







7. Apakah Azmin MB Selangor juga bakal menerima nasib sama isu EcoWorld bakal dijadikan senjata oleh kem Rafizi? Projek terbengkalai, pampasan tak bayar kepada peneroka, orang tengah kepada jual tanah RM1.18Bilion dan komisen apakah Rafizi sudah bersiap sedia. Sikap 'double standard' PKR dalam isu hubungan EcoWorld Berhad pasti mencetuskan persepsi buruk kepada rakyat. Bagaimana syarikat yang dituduh membayar rasuah kepada Khalid Ibrahim boleh mempunyai hubungan baik dengan Azmin Ali malah memberikan projek berbilion ringgit.

Captain M
4 September 2017



1 comment:

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA