Monday 9 October 2017

KETUA PEMUDA WARISAN DITANGKAP SPRM, PROJEK LOJI AIR SEMPORNA KRONI SHAFIE APDAL PULA DISIASAT!



1. Malam tadi Dato' Mohd Azis Jamman anak saudara Shafie Apdal yang juga dulu bekas Ketua Pemuda Semporna yang kini Ketua Wira (Pemuda) Warisan diberi notis SPRM untuk hadir ke pejabat SPRM jam 10.30 pagi bagi siasatan kes rasuah projek KKLW.

2. Kenapa Mohd Azis Jamman ditahan? Beliau adalah antara individu yang menerima projek KKLW ketika Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW. Yu Sin Kong taukeh Sin Kong Contructions Sdn Bhd adalah pembayar rasuah tetapnya. Jadi tidak hairan jika Sin Kong yang direman 5 hari akan membuka mulutnya. Menurut sumber Azis Jamman juga pernah menerima hadiah kenderaan mewah 'Hummer' dari seorang kontraktor yang rapat dengan Shafie Apdal yang pernah mencetuskan kontroversi di Sabah. 

3. Jadi Azis Jamman Ketua Warisan ini jangan berlagak sombong dan mendabik dada berlagak suci, SPRM ada maklumat yang kamu fikir mereka tak tahu. Masuk dalam siasatan dan reman kamu akan tahu apa itu 'siasatan SPRM'. Penyokong Warisan yang tidak kenal siapa Azis Jamman berhenti untuk memfitnah SPRM dan kerajaan kononnya ini serangan politik. Rasuah tetap rasuah tak kira siapa. 


4. Siapa seterusnya? Norhartaty Rahmat bekas TSUB KKLW yang ditahan reman 6 hari pastinya membuka mulut. Jadi eloklah bekas SUSK KKLW Dato' Karim, Dato' Dr Najmil, Dato' Jaujan (Bekas SUPOL Kini Naib Presiden Warisan), Haji Hamid Apdal (Projek Air), YB Datuk Yusof Apdal (Adun Lahad Datu- banyak projek elektrik) bersiap sedia membantu siasatan. Namapun siasatan macam-macam boleh berlaku. Bagi Dr Najmil dan Dato' Karim kita yakin mereka menerima arahan Shafie Apdal sebagaimana Norhartaty dan kini perlu membuktikan kesetiaan mereka untuk mendedahkan salahlaku Shafie Apdal. Captain M akan kupas ini kemudian.

5.  Jika SPRM melakukan siasatan kepada 350 projek KKLW projek bekalan air (170 projek), jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) anggaran kos kira-kira RM7.5 bilion pastinya ramai pihak terlibat. 60 syarikat yang pernah terlibat dengan tender terhad pastinya kepanasan. 

Antara Projek Kroni Shafie Apdal 
disiasat SPRM

6. Semalam SPRM mengesahkan menyiasat Projek pembinaan loji air lebih RM45 juta di Semporna tidak dapat berfungsi disebabkan sungai cetek yang mengakibatkan sumber air tidak mencukupi. Malah, struktur loji itu dibina dua kali selepas yang asal dirobohkan apabila didapati tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. Ini cara Shafie Apdal nak menghabiskan peruntukan!


6. Projek itu ialah Projek Menaiktaraf Loji Air Sungai Intan, Pemasangan Dan Menaiktaraf Paip Air Bagi Mengatasi Masalah Bekalan Air Di Daerah Semporna, Sabah dengan kos RM47,721,333.00 diberi kepada proksi Shafie Apdal, WILAYAH KAYA SDN. BHD. 

7. Captain M sebelum ini sudah mendedahkan kegagalan projek ini pada 26 Oktober 2016 dalam entri bertajuk ;
["SHAFIE BONGKAK DI PARLIMEN TAPI DIA LUPA BAHAWA DIA SONGLAP RATUSAN JUTA DARI DANA KKLW..."]. Termasuk projek solar yang dikatakan gagal. 

8. Begitu juga dengan kegagalan projek bekalan air ke Pulau Gaya bernilai RM 93 juta yang dilapor media tahun lalu turut menjadi perhatian SPRM. Kasihan penduduk Pulau Gaya yang menjadi mangsa sepatutnya projek itu siap tahun 2015. Artikel lanjut boleh dibaca;


9. Akan ada yang lebih panas selepas ini. Shafie Apdal sudah bersuara berlagak. Dia kena ingat semua siasatan pastinya berakhir menuju kepada Shafie Apdal. Shafie jangan sombong. Jika Shafie Apdal boleh berlagak dengan kes Jabatan Air Negeri Sabah kerana peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan itu beliau masih boleh secara teknikalnya bersilat namun dengan Skandal KKLW penyelewengan RM1.5Bilion ini Shafie Apdal pasti tidak akan terlepas! Kuncinya Norhartaty Rahmat sudah direman. Peter Anthony 'tukang bawa beg duit' Shafie pun dah masuk kandang.



10. Kita hari ini menunggu keputusan untuk reman Mohd Azis Jamman. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Syabas SPRM. Ini SPRM zaman Tan Sri Dzulkifli Ahmad bukan zaman Tan Sri Abu Kassim kawan Shafie Apdal itu. 

Captain M
9 Oktober 2017

25 comments:

  1. esok pakai baju oren lah

    ReplyDelete
  2. musa x mau siasat ka? tlg jwp dlu captain M

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagilah bukti..kalau setakat hear say tak payahlah. Shafie Apdal ada bukti

      Delete
    2. ada bukti klu kebal undang2 xda guna juga. tunggu dia hlg jawatan dulu laa

      Delete
    3. padan muka kamu. Kta sedang bicarakan apa yang ada sekarang.

      Delete
    4. saya tunggu sja giliran kamu. harap2 blog ini masih wujud

      Delete
  3. Hello Captain, ini semua betul tapi bila dia dalam Dumno, sprm tak dibenarkan siasat kan?

    Tak malu kamu..
    Jika Peter Anthony di tangkap, mengapa ketua bshagian Dumno dtk John Ambrose belym di tangkap?
    Dalam bicara sivil di mahkamah tinggi KK, John mengaku meberima 1.3M dari Peter Anthony sebagai kommission mencadangkan kontrak UMS diberi terus kepada peter anthony.

    Sila beri penjelasan.
    Apapun tindak tanduk Shafie pada masa itu adalah dibawah naungan Dumno, bukti Dumno lah yg paling korup dalam dunia. Menapa tak siasat seluru UMNO??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika dia dalam UMNO Shafie APdal berkawan baik dengan Tan Sri Abu Kassim KP SRPM lama.

      Abu Kassim jugalah yang menghalang siasatan terhadap kes Zahida Raffiq. SPRM skrang kamu pun tahu dia siasat bagaimana.

      Delete
    2. sama juga dengan sekarang ni. Datuk Dzulkifli Ahman kawan baik najib. so, Datuk Dzulkifli Ahman juga la yang menghalang siasatan terhadap 2.6bil 1mdb.puikkkkkkk

      Delete
  4. Captain M,
    Mau bukti, cari rekod mahkamah tinggi sivil di KK.
    Saya berada digalleri pada masa pendegaran kes peter a vs john A.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara legal kes itu hanyalah berkaitan komisen antara seorang Ketua Bahagian dengan pemilik syarikat seperti peter Asli Jati Engineering. Apa maksud komisen?

      Rasuah bukan?.. belum masuk kes siasatan penipuan rm40 juta claim ums? kes itu masih berjalan lagi sebenarnya. Itu pengarah lama. ini pengrah baru

      Delete
  5. Kalau baca penulisan admin, hebat! Dia sajalah yang betul dan tahu semua benda. Sejauh mana kesahihannya, hmmmm entahlah..Tunggu je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ada betul atau tidak apa yang Captain M tulis dari isu
      1) Zuraida Kamarudin
      2) Adam Ali (banglo rumah mewah)
      3) Kes Unisel/MB Selangor/Pegawai khas MB Selangor
      4) Peter Anthony/Jabatan air/ KKLW/ proksi shafie apdal
      5. Hartaty Rahmat TSUB KKLW
      LGE, proksi DAP dll
      So di manakah mereka skrang?

      Di mana Peter Anthony skarang?

      Delete
    2. Kamu tunggu saja Dato Azis Jamman yang ditahan hari ini akan direman lagi esok. Rasuah tetap rasuah

      Delete
    3. jamawi tu ketua penerangan pemuda umno pusat kan ? Peg khas c Saleh karabau lagi ...mimang Rasuah in umno ...parti setan sama dajal ni umno ...puihh

      Delete
  6. Ni yng komen pro..Shafie bedal tu..lantak kau orang..yang aku tahu rakyat Sabah dah dianiaya.. Mereka ni hidup susah..kerajaan pusat bertungkus lumus nak membantu tapi menteri dan pegawai yng tak amanah ni..yang membantutkan semuanya

    ReplyDelete
  7. Sial ...jgn lupa kc masuk juga nama ktua pemuda umno tenom sama tawau yaa ...pukimak punya captain ...asal I'm punya taik ko tapuk bawah meja ...ko makan laa taik tuu pemuda umno ...itu salleh anak keruak pon byak talan duit kklw maa ...maicibaiii punya captain Mengamput mamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tanda bukti SPRM tidak pernah memilih bulu. Tidak pernah berpilih..

      Jadi tuduhan Warisan tidak benar

      Delete
  8. RM:2.6B Dana Non 1MDB Lena's X d Siasat?

    ReplyDelete
  9. RM:2.6B Dana Non 1MDB Lena's X d Siasat?

    ReplyDelete
  10. captain m..sebulang mu dpt bapo elaun pt dari umno?ajak la aku skli..aku rajin taip2 jugak ni��

    ReplyDelete
  11. Jamawi jaffar pun kena reman..kahkahkah. Bagus...lepas ni kita bongkar sampai londeh seluar musa aman dan salleh keruak.

    ReplyDelete
  12. Tembirang sja macai musa aman aka captain m ni..shafie teda sain apa2 lah ni projek semua..semua arwah tksu yg sain..pemilihan kontraktor pun oleh tender board secara rasmi tanpa sain shafie..org kg tidak tau pasal tender boleh lah ko kasi suap shafie rasuah..ini semua sebab umno takut shafie pada pru14..main kotor panggil sprm..cuba ko ckp siapa dlm umno tertinggi yg teda rasuah? Phuii

    ReplyDelete
  13. Salam sejatera semua.
    Saya bukan ahli politik dan saya juga tidak memihak kepada mana-mana pihak dalam perkara ini. saya sekadar tertarik hati untuk mengutarakan pendapat serta pandangan saya berkenaan isu-isu yang diperdebatkan disini.

    Pernah mendengar kutipan berbahasa inggris yang berbunyi
    “politics, you can’t run you can’t hide” ?

    Politik adalah sesuatu yang kita tidak bisa lari darinya dan politik juga adalah sesuatu yang kita tidak bisa bersembunyi darinya. Politik adalah sesuatu yang bergolak dan berlaku setiap hari.

    semua hal-hal yang diperdebatkan disini berbau politik seakan kita mengetahui segalanya. Di zaman yang “agak” kurang bebas bersuara dibanding sebelumnya ini memang begini situasinya. Sisi baiknya, semua orang bebas berinspirasi dan berinteraksi asal tidak menyinggung mana-mana pihak dan sisi buruknya memperkeruh keadaan.

    Dalam isu-isu itu mungkin Kita tidak bisa menerimanya tetapi kita harus menerima kenyataan bahawa sistem itu mampu mengubah sesetengah perkara.

    Saya ingin membawa anda kepada 2 perkara iaitu "kesah" dan "kes".

    1) KESAH: kesah ini sama ada dilakukan atau tidak dilakukan tetapi pada dasarnya perkara itu telah berlaku pada masa mereka masih duduk di kerusi yang berkedudukan tinggi dibawah naungan pihak tertentu (aku tak nak sebut nanti kena aktha lagi parah kita), dimana perkara itu tidak kenampakan dan terkubur, mungkin kerana individu-individu ini masih bernilai dan masih mampu diguna pakai untuk membina dan melebarkan sesuatu empayar tertentu sepaya lebih gagah, kuat, teguh dan sukar untuk dikalahkan sebab itu individu-individu itu diberikan payung terjun supaya setinggi mana dia terjun pun selamat hujan pun tak basah.

    2) KES: bagaimana isu kes ini berlaku, siapa yang melombong kes-kes tersebut ? Atas arahan siapa kes ini dibuka ?. Kenapa dulu NO HAL sekarang OHH HAL .!!! he he heeee...agak kelakar bukan. Mungkin kerana ada individu yang mampu menganggu gugat pihak-pihak tertentu sehingga ditekan dan dihujani dengan serangan agar mereka itu jatuh tersungkur, musnah dan binasa walaupun mungkin mereka ini tidak seperti yang kita sangkakan.

    kesimpulannya
    Negara malaysia punya undang2 berperlembagaan tetapi kerajaan nampak kabur, kuasa undang2 itu sepatutnya dikawal oleh penguat kuasaan undang2, ekonomi runtuh dll. Yang aku nampak sekarang ini seakan akan dikawal oleh kuasa politik yang mana kerajaan itu haruslah adil dan saksama kepada semua pihak dan berpegang teguh kepada kerajaan demokrasi dan berperlembagaan. Sekiranya kuasa-kuasa itu digenggam penuh oleh kuasa politik saya percaya negara ini akan menghadapi kesukaran yang amat panjang.

    Sekian pendapat dan pandangan saya.



    ReplyDelete