1. Walaupun KSU KKLW dan kes Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) ditangkap SPRM dan didakwa di mahkamah sebenarnya misteri rasuah KKLW ketika Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW sejak 10 April 2009 hingga 29 Jula 2015 masih belum terungkai penuh. Kita percaya SPRM sekalipun merampas segala dokumen dan menyiasatnya mereka mungkin masih perlukan masa untuk membuktikannya. Maklumlah pegawai kerajaan sekarang bijak tidak meninggalkan jejak yang ketara selepas melakukan rasuah dan salahgunakuasa.
Saturday, 29 July 2017
Friday, 28 July 2017
UNISEL & JANA NIAGA TIADA HUBUNGAN KONTRAK, MENGAPA EXCO SELANGOR BERBOHONG?
1. Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi semalam menyelar Rizal Mansur berhenti berlagak seperti jaguh seolah membela UNISEL.
“Pada masa ini, Unisel dan Jana Niaga sudah tidak ada hubungan kontrak,” . Rujuk kenyataan media Nik Nazmi
2. Tidak ada hubungan kontrak? Apa yang Nik Nazmi selaku Exco Pendidikan Selangor ini bohongkan? Sama ada dia tak baca surat MBI, Jana Niaga Sdn Bhd dan Unisel atau dia tak masuk dalam mesyuarat atau geng kartel kenyang dia tidak. Sebab tu Nik Nazmi selaku Exco jawab merapu.Sepatutnya dia jawab surat itu berdasarkan dokumen yang didedahkan.
Monday, 24 July 2017
KERANA KOMISEN RM600 JUTA PENJUALAN SPLASH APA LAGI HELAH AZMIN MB SELANGOR?
1. Apa lagi helah Azmin Ali MB Selangor mengenai SPLASH? Kata Azmin, kerajaan pusat belum memaklum nilai ambil alih SPLASH kepada kerajaan negeri Selangor. Semua pihak tahu hubungan ISTIMEWA Azmin Ali dengan syarikat taikun Gamuda yang memiliki SPLASH. April lalu Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB membuat kenyataan media mengenai SPLASH apa moral Azmin bersungguh-sungguh mahu membayar RM2.7 billion kepada SPLASH meskipun taksiran asal hanya RM250juta? Baca di sini
2. Azmin MB berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menerusi surat bertarikh 26 Mei 2017 hanya memaklumkan kaedah penilaian ke atas Splash oleh penilai bebas antarabangsa yang dilantik kerajaan pusat.
Friday, 21 July 2017
AZMIN ALI ARAH MBI BAYAR SYARIKAT DITAMATKAN KONTRAK DI UNISEL SELEPAS CAMPURTANGAN 'GENG KARTEL' AZMIN?
1. Selalu kita dengar Azmin dan Nik Nazmi Nik Ahmad EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor mahu menyediakan pendidikan percuma namun masalah UNISEL milik kerajaan negeri pun masih bercelaru. Ingat lagi kes Unisel pada tahun 2012 pertikaian antara UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang mengoperasikan kediaman pelajar di Kampus Induk UNISEL Bestari Jaya sehingga pintu pagar dikunci malah pekerja JNSB berdemo di depan pintu pagar UNISEL.
2. UNISEL menuduh JNSB gagal mengikut kontrak dan kerja mereka tidak memuaskan, JNSB pula menuduh UNISEL gagal membayar perkhidmatan sehingga 17 bulan. Apapun semua ini adalah petanda salah tadbir pengurusan UNISEL dan bukti betapa UNISEL tidak mempunyai wang untuk menguruskan UNISEL.
3. Kemelut UNISEL tidak berakhir walaupun selepas pelantikan Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) pro PKR yang tidak disambung kontrak di UM menggantikan Profesor Dr Anuar Ahmad pada 15 Disember 2015. Azmin Ali MB Selangor yang dilantik 23 September 2014 pula meneruskan misi menyelesaikan pertikaian JNSB dengan UNISEL.
2. UNISEL menuduh JNSB gagal mengikut kontrak dan kerja mereka tidak memuaskan, JNSB pula menuduh UNISEL gagal membayar perkhidmatan sehingga 17 bulan. Apapun semua ini adalah petanda salah tadbir pengurusan UNISEL dan bukti betapa UNISEL tidak mempunyai wang untuk menguruskan UNISEL.
3. Kemelut UNISEL tidak berakhir walaupun selepas pelantikan Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) pro PKR yang tidak disambung kontrak di UM menggantikan Profesor Dr Anuar Ahmad pada 15 Disember 2015. Azmin Ali MB Selangor yang dilantik 23 September 2014 pula meneruskan misi menyelesaikan pertikaian JNSB dengan UNISEL.
Thursday, 13 July 2017
TERBARU SKANDAL ZURAIDA PERUNDING HUTANG SYARIKAT PEMIMPIN PKR AMPANG DI YAYASAN SELANGOR
1. Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang selaku Timbalan MPN Negeri Selangor yang juga Ketua Wanita PKR berhdapan dengan skandal baru iaitu penglibatan beliau dalam membantu syarikat Naib Ketua PKR Ampang Abdul Latif Shaari iaitu "TREMENDOUS PROGRESS SDN BHD" yang berhutang dengan Yayasan Selangor RM233,833.00
2. Sebuah NGO Inspirasi Melayu Gombak, dipengerusikan oleh Datuk Zul Azhari Mohamed Juah tampil ke Yayasan Selangor mendedahkan dokumen dan meminta penjelasan Yayasan Selangor apabila nama YB Zuraida Kamaruddin dan bekas YB CC Lee terlibat sebagai perunding hutang dengan Yayasan Selangor.
Monday, 3 July 2017
KERANA PROKSI LIM GUAN ENG DALAM PCCC CONSORTIUM ZENITH CONSTRUCTION DI BAYAR RM209 JUTA!
1. Kenapa agaknya Kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulang Pinang boleh terlebih bayar 400% kepada syarikat pemegang konsesi Terowong Pulau Pinang? Tentulah Lim Guan Eng dan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd punya kepentingan dalam projek itu!
2. 10 Mei 2016 Datuk Seri Abd Rahman Dahlan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) pernah mempersoalkan mengenai konflik kepentingan syarikat Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd (sebelum itu CZBUCG) yang dilantik Lim Guan Eng memberikan projek kepada kalangan pemegang sahamnya seperti Astral Supreme Berhad (kini Vizione Holdings Berhad).
3. Dato' Ng Aun Hooi pemilik dan pemegang saham Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd hingga kini masih pemegang saham dalam Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd (CZCSB). Astral Supreme sebelum ini adalah konsultan projek terowong. Astral atau Vizione Holdings Berhad juga telah mengambil alih Wira Syukur (M) Sdn Bhd (WSSB)
Tuesday, 27 June 2017
MUFTI PERLIS PUJI INTEGRITI MODEL MIRANDA KERR TAPI TAKUT DEDAH AKAUN AL QAYYIM NGO MILIKNYA SONGLAP DUIT!
1. Bukan main lagi seronok Dr Maza mengulas mengenai model Miranda Kerr yang menyerahkan barang kemas bernilai AS$ 8.1 juta (RM35 juta) kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
2. Kata Dr Maza model itu mempertahankan integriti untuknya. Cara memujinya seolah-olah sedang menyindir dan memperakukan tuduhan DOJ di negara ini. Jika benar Dr Maza seorang berintegriti soalan kita kepada Dr Maza, bila pula dia hendak mendedahkan akaun Al Qayyim yang dikatakan menerima sejumlah wang berjuta dan malah pernah menerima wang zakat dari negeri Perlis? Bila? Sudah dua bulan berlalu Dr Maza terus senyap.
3. Dr Maza sebelum ini dituduh menggunakan pertubuhan Al Qayyim mengutip wang dan kekal sebagai Penasihat berkepentingan. Adalah wajar Dr Maza membuktikannya. Bukan semata mendoakan musuhnya serta hanya menafi dalam video bahawa itu tuduhan.
Thursday, 22 June 2017
AYUH EXCO ARMADA PPBM LAPOR SPRM KEKAYAAN ANAK DAN MENANTU MUHYIDDIN 1BESTARI RM4.465B & BIOMETRIK RM912 JUTA!
1. Exco Armada PPBM telah melaporkan Mahathir dan Mukhriz kepada SPRM. Ada baiknya dalam keghairahan itu Exco Armada PPBM terus melaporkan kekayaan dan salah laku rasuah Muhyiddin Yassin Presiden PPBM.
2. Exco Armada PPBM perlu melaporkan kekayaan Fakhri dan menantu Muhyiddin Dato' Adlan Berhan. Mereka ini kaya dan jadi jutawan semasa Muhyiddin sebagai Menteri Besar, Menteri dan TPM. Beberapa projek dikenal pasti boleh dilaporkan
2. Exco Armada PPBM perlu melaporkan kekayaan Fakhri dan menantu Muhyiddin Dato' Adlan Berhan. Mereka ini kaya dan jadi jutawan semasa Muhyiddin sebagai Menteri Besar, Menteri dan TPM. Beberapa projek dikenal pasti boleh dilaporkan
SPRM PERLU PANGGIL MUKHRIZ KERANA PROJEK RM214.2 JUTA SEBAGAIMANA ISA SAMAD BEKAS PENGERUSI FGV
1. Pendedahan kisah salahguna kuasa dan rasuah Mahathir memberikan projek fiber optik kepada anaknya Mukhriz Mahathir bukan baru.Telah lama didedahkan dalam media sosial. Sama ada orang kisah atau tidak ambil tahu disebabkan hanya melibatkan Tun Dr Mahathir. Captain M sendiri telah menulis dalam entri bertajuk;
2. Hanya kali ini peluang lebih baik apabila perbalahan Exco Armada PPBM mempersoalkan kekayaan anak-anak Mahathir Pengerusi PPBM dan skandal Muhyiddin kepada laporan SPRM. Terima kasih kepada Exco Armada PPBM yang lapor SPRM. Tentunya ini membuka jalan.
3. Media pada 21 Jun melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah berhubung pemberian tender membekal kabel fiber optik kepada syarikat milik Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh Telekom Malaysia Bhd. pada 2003.
Friday, 16 June 2017
GEMPAR PEMUDA PAN KELANTAN PUNYA 'MAHLIGAI LEMBAH BINJAI' JUTAAN RINGGIT HASIL RASUAH BAKAL DISIASAT SPRM?
1. Jika sebelum ini Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang popular dengan Banglo Disneyland Ampang sehingga didakwa di mahkamah kerana memberi keterangan tidak betul dan dokumen PALSU ketika proses siasatan SPRM serta didakwa di bawah peruntukan Seksyen 32(8)(c) dan 89 AMLATFAPUAA 2001.
2. Kini Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Mohd Hisyammuddin Ghazali (Syam Ghaz) orang kuat dan proksi Husam Musa Naib Presiden PAS (bekas Naib Presiden PAS) dikatakan memiliki Banglo Mahligai di Lembah Binjai hasil bantuan Husam Musa ketika berkuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Syarikat Kelantan Biotech Corporatian Sdn Bhd. Syam Ghaz merupakan Eksekutif Kanan di syarikat itu sebelum meletak jawatan pada tahun 2014.
3. Projek Lembah Binjai bernilai lebih RM100 juta kerjasama MPKB-BRI dengan syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd yang diumumkan pada 20 Januari 2017 mengundang kontroversi perang mulut antara PAN dan PAS.
4. Ini termasuklah Syam Ghaz yang memiliki rumah banglo mewah di Lembah Binjai itu. Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan menggunakan sepenuhnya isu ini bersama Syam Ghaz untuk meraih simpati rakyat. Tidak terkecuali Husam Musa.
Saturday, 10 June 2017
PENOLONG PENGUASA SPRM 'KAKI PAW' POLIS DITANGKAP, RUPANYA PEGAWAI BERMASALAH. PADAN MUKA!
1. "Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk". Begitulah hari ini kecoh dengan tangkapan terbaru seorang seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Zon Utara yang ditahan kerana memeras ugut dan meminta wang suapan daripada pegawai polis. Pegawai SPRM itu berusia 37 tahun itu ditahan polis di Machang Bubok, Bukit Mertajam di Pulau Pinang.
2. Syabas kepada PDRM kerana menangkap pegawai SPRM itu walaupun dilaporkan sejak dua tahun lalu meminta wang daripada pegawai polis, kononnya untuk melindungi aktiviti pusat judi. Turut dirampas wang tunai kira-kira RM3,000 dan suspek direman bagi membantu siasatan.
3. Sumber SPRM berkata "Pegawai SPRM jika melakukan rasuah seperti ini jangan dibiarkan sehingga 2 tahun. Lapor kepada SPRM atau tangkap mengikut undang-undang sedia ada. SPRM tidak akan tahu jika sekiranya pegawai polis yang menjadi mangsa tidak melaporkan rasuah ini. Apapun syabas dan tahniah kerana bertindak. SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya termasuk memecat pegawai yang terlibat dengan rasuah".
Friday, 2 June 2017
LAPORAN KE SPRM TANAH LEBUHRAYA PEEL BERI LALUAN SIASATAN TERHADAP TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG?
1. Nampaknya laluan Tan Sri Tan Kok Ping proksi Lim Guan Eng ke penjara semakin hampir. Sebelum ini Tan Sri Tan Kok Ping juga berdepan dengan tuduhan melarikan diri dari membayar cukai, taikun judi tanpa lesen dan membayar rasuah kepada pegawai penguatkuasa. Jika Dato' Seri Khor Teng Tong Hunza Group boleh diheret tak mungkin Tan Kok Ping tak boleh!
2. Artikel Captain M sebelum ini mendedahkan di belakang penjualan tanah di Lebuh Raya Peel secara rundingan terus adalah Tan Kok Ping. Baca di sini
[TAIKUN JUDI TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG DI BELAKANG PENJUALAN TANAH PEEL AVENUE TANPA TENDER?]
Kredit Infografik: Persatuan Anak Jati Pulau Pinang |
3. Hari ini kontroversi penjualan tanah awam di Lebuh Raya Peel oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang memasuki episod baharu apabila beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah,Pulau Pinang.
Tuesday, 30 May 2017
AZMIN ALI & ISTERI ADA FERRARI KLON APA BARANG ZURAIDA DAN RAFIZI KECOH!
1. Azmin Ali MB Selangor berkata beliau tidak berminat perang mulut antara Rafizi Ramli Naib Presiden PKR dan Zuraida Ketua Wanita PKR mengenai Permit Import (AP) kereta mewah yang dimiliki oleh Ahli Parlimen. “Saya tidak berminat dalam polemik seperti ini." Kata Azmin Ali
2. Zuraida berkata"saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat"."Bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu". Rafizi menjawab Zuraida "Saya adalah antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan".
Saturday, 27 May 2017
ZURAIDA BELI KERETA MEWAH SEBAB DIA WAKIL RAKYAT, BODOHLAH PEMIMPIN PKR KALAU TAK TIPU AP AHLI PARLIMEN?
1. Perang mulut Rafizi Naib Presiden PKR dan Zuraida Ketua Wanita PKR kembali lagi berkisar mengenai kereta mewah. Zuraida berkata "saya pakai kereta mewah sebab saya wakil rakyat"."Bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu". katanya
2. Rafizi pantas menyindir Zuraida dalam twitternya. "Saya adalah antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan". Portal FreeMalaysiatoday menulisnya sebagai 2 wakil rakyat ‘bodoh’ tampil pertikai Zuraida.
3. Mengapa agaknya Zuraida mengumumkan akan melepaskan jawatan Ketua Wanita PKR pada 20 Mei lalu? Bohonglah Zuraida sengaja melepaskan jawatan, hakikatnya dia tahu pendakwaan Adam Rosly dengan 6 pertuduhan di mahkamah hanyalah satu permulaan. Lambat laun siasatan terhadap Adam pasti akan melibatkan Zuraida. Jadi Zuraida berhentilah dari mencabar 'orang jantan' melapor SPRM. Nanti tak cukup tanah lari! Apa Zuraida fikir hanya Dato' Jamal saja yang menekannya? Buka mata pada perkara yang kamu tidak nampak!
TAIKUN JUDI TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG DI BELAKANG PENJUALAN TANAH PEEL AVENUE TANPA TENDER?
TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG ADALAH ORANG PENTING DIBELAKANG TABIR PENJUALAN TANAH PEEL AVENUE RM 156 JUTA KEPADA ISLAND HOSPITAL SDN BHD |
1. Datuk Huan Cheng Guan, Naib Pengerusi Parti Cinta Negara memberi tempoh 7 hari (sehingga 2 Jun 2017) kepada Lim Guan Eng untuk mendedahkan kandungan Perjanjian Jual Beli tanah Peel Avenue kepada umum sebelum melaporkan kepada SPRM menyiasat Skandal RM 156 juta ini.
2. Dua perkara utama yang dibangkitkan ialah;
i. Penjualan Tanah Peel Avenue RM156 juta adalah di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi. Seperti biasa Lim Guan Eng menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Amat melucukan Lim Guan Eng tidak pernah konsisten dengan menggunakan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai rujukan dalam menjual tanah Kerajaan Negeri. Apatah lagi penggunaan JPPH pada tahun 2015!. Semasa kes pembelian rumah banglo murahnya Lim Guan Eng membuang dalam tong sampah laporan JPPH.
ii. Penjualan tanah secara rundingan terus tanpa tender terbuka. Ia jelas sikap hipokrit Lim Guan Eng dan DAP untuk melaksanakan semua projek atau perolehan secara tender terbuka.Slogan Cekap, Akauntabiliti dan Ketelusan DAP memang semakin lawak sejak Lim Guan Eng dituduh kes rasuah ini. Lim Guan Eng terus merompak sebelum dia dituduh bersalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebua...
-
1. Ketika Unisel, MBI dan Jana Niaga Sdn Bhd diserbu SPRM pada 22 Ogos lalu Azmin Ali dan rombongannya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif...
-
Isu Maracorp nampaknya belum berakhir. Ada yang berpendapat Majlis Amanah Rakyat (MARA) selagi dipimpin Ketua Pengarahnya Dato' Azha...