1. Akhirnya setelah SPRM dan pelbagai pihak mengasak Lim Guan Eng Ketua Menteri DAP Pulau Pinang terpaksa akur kepada Ikrar Bebas Rasuah. Lim Guan Eng malah menambah 10 lagi perkara dalam Ikrar sebagai syarat baru menandatangani IBR atas harapan SPRM lentur. Namun Datuk Dzulkifli Ahmad tidak berganjak sedikitpun dikala dikutuk oleh Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Saifuddin Nasution Ismail (SUA PKR) memperlekeh IBR SPRM malah akur pada 10 perkara tambahan.
2. Datuk Dzulkifili KP SPRM terus tersenyum dengan ayat lembut 'Jangan takut, saya tak minat politik'. Peluru, pedang dan senjata semua ada ditangan SPRM. Akhirnya hari ini Lim Guan Eng akur dan menandatangani IBR Plus 4 Ogos 2017. Kelihatan dalam gambar Datuk Dzulkifli ketika majlis menandatangi IBR Plus pun beliau terus tersenyum. Lebih tersenyum 10 tambahan IBR itu nampak memerangkap Lim Guan Eng sendiri.
3. Lim Guan Eng seperti pelanduk terkena jerat, selepas Lim Guan Eng dan kerajaan DAPnya menandatangani IBR Plus itu sekarang menjadi satu komitmen dan kesungguhan kepada Lim Guan Eng untuk menunaikan Ikrar beliau memerangi rasuah.