Mengapa dulu Shafie tak ditangkap? Persahabatan Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim: Kes kehilangan RM200 RIBU wang Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Apdal ialah pada Mac 2012, namun Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim bekas KP SPRM bertemu pada 10 April 2012 menyelesaikan kes ini. Atas nasihat Abu Kassim Shafie Apdal menafikan beri wang pada 23 April 2012. Akhirnya Kes Zahida Rafik Pengubahan Wang Haram RM1.5 juta dari Shafie Apdal dimasukkan dalam akaun Zahida Rafik juga diarahkan ditutup oleh TS Abu Kassim. Sebelum itu Tian Chua dan MP pembangkang mendedahkan rasuah Shafie Apdal 2009 BELB tidak dilayan Tan Sri Abu Kassim. Kini! Shafie Apdal tak boleh permainkan SPRM |
[SIRI 2: Rasuah & salahguna kuasa Shafie Apdal]
1. Jika ditanya mengapa kes Shafie Apdal tidak disiasat dahulu ketika dia menteri? Mudah saja, Tan Sri Abu Kassim bekas KP SPRM dahulu dan Shafie Apdal adalah sahabat akrab. Sahabat "cium mulut". Tan Sri Abu Kassim tak mahu siasat. Jadi tutuplah buku. Jadi mengapa sekarang siasat dan tangkap? Sekarang Tan Sri Dzulkifli Ahmad KP SPRM dan Datuk Seri Azam Baki Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM bukan kawan dia, ada laporan rasuah dan ada bukti. Mestilah tangkap!
2. Sehari selepas ditahan SPRM Shafie Apdal kembali ke kawasannya Parlimen Semporna. Bukan main dia sombong bersuara akan mendedahkan siapa Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah. Penuh bersemangat dengan nada mengugut. Dia baru nak panas enjin orang lain dah nak dakwa dia di mahkamah. Apakah Shafie Apdal akan menggugat Musa Aman dengan pendedahannya di Dewan Rakyat? Atau dia dahulu mendapat khabar berita syarikat yang membayar rasuah kepada adik dan dirinya?
3. Ketua Wira Warisannya Azis Jamman yang juga direman SPRM selama lima hari 10 Oktober lalu turut mencabar pihak tertentu membuktikan projek KKLW ketika zaman Shafie adalah gagal. Katanya dengan sombong;
"Ada kata Shafie memiliki 23 syarikat dan projek (bernilai) RM1.5 bilion. Saya mahu tanya orang- orang Umno. Mana projek KKLW yang terbengkalai? Mana yang tak siap. Yang lebih lucu ini projek tahun 2009, ada yang 2013 mengapa sekarang baru tangkap?" - Ajis Jamman
4. Yang siasat SPRM tapi mereka tuduh UMNO, sedangkan dalam kes Skandal KKLW RM 1.5 bilion turut dipanggil ialah pemimpin UMNO seperti Yusof Apdal Adun Lahad Datu, Ketua Pemuda Tenom dan Tawau.