1. Datuk Seri Mukhriz Tun Dr
Mahathir dilaporkan sekali lagi melupuskan
sebanyak 24.6 juta saham biasa dalam Opcom Holdings Bhd sekaligus melepaskan
kedudukannya sebagai pemegang saham utama syarikat itu.
2. Dalam makluman kepada Bursa
Malaysia Opcom berkata pelupusan itu dilakukan melalui dua urus niaga
perniagaan langsung pada 10 Februari.
3. Dalam satu kenyataan yang
berasingan, isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria turut melepaskan pegangan
saham utama dalam Opcom.
4. Ia dibuat selepas syarikat milik Norzieta, M Ocean Capital Sdn Bhd menjual sebanyak 18 juta saham melalui pasaran terbuka pada hari Rabu.