Siapa juga menjadi Kerajaan Persekutuan dan Negeri isu yang sama akan tetap berlaku iaitu kelewatan melaksana projek. Dapat berbiliob ringgit setiap tahun jika Kementerian dan agensi negeri gagal melaksana projek maka dana akan dipulangkan kembali kepada pusat.
Projek mega seperti Pan Borneo, empangan hidroelektrik dan loji air menelan perbelanjaan yang sangat tinggi.
BERITA PENUH::
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa supaya pembangunan kemudahan rakyat Sabah termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuh Raya Pan Borneo dipercepatkan, tanpa ada sebarang alasan lagi.
Beliau
berkata penegasan itu perlu dilakukan kerana terdapat projek-projek pembangunan
untuk kemudahan rakyat di Sabah tertangguh, antaranya Empangan Hidroelektrik
Ulu Padas yang mampu memberi bekalan elektrik dan air yang selesa untuk rakyat.