1. Dian Lee, anak kepada taikun
hartanah Lee Kim Yew adalah antara ahli baru berprofil tinggi, yang menyertai
Muda baru-baru ini. Pembabitannya itu mencuri tumpuan khususnya buat warga maya
di media sosial.
2. Malah, penglibatan anak
jutawan itu mencetuskan perdebatan di media sosial, iaitu sama ada ia sesuatu
yang baik atau bakal mengundang masalah kepada parti tersebut.
3. Ada yang berpendapat bahawa
Lee harus dinilai berdasarkan sumbangan dan peranannya dan bukannya siapa
keluarganya.
4. Semua ini hanyalah cerita mengenai mengekal
legasi menguasai kronisme politik dan perniagaan.
5. Ah Moi atau Dian Lee merupakan
anak taikun Tan Sri Lee Kim Yew pengasas dan pemegang saham terbesar The Mines
Resort dan Country Heights Holdings. Pernah dikaitkan dengan Anwar Ibrahim
namun lebih akrab dengan Tun Mahathir. Kisah Taikun ini hanyalah penguasaan
perniagan. Tapi Dian Lee telah kaya sedia ada. Tinggal hanya menabur wang untuk
menyertai MUDA dan Syed Saddiq.
6. Dr Mahathir merupakan rakan
niaga Tan Sri Lee Kim Yew. Nama Tun Mahathir ada dalam rekod SSM sebagai pemegang
lebih 1 juta pegangan saham Golden Horse Palace Berhad dan Pengarah syarikat
FlyJet Sdn. Bhd sebuah syarikat penerbangan jet peribadi yang turut dikongsi
bersama Tan Sri Lee Kim Yew.