Friday 18 August 2017

TIPU PENEROKA FELDA JENGKA 13 LAGI TIMBALAN PRESIDEN PAS ADA HATI NAK BELA WARGA FELDA?



1.  Beberapa kali kita dapat melihat perangai pemimpin PAS ala-ala PAN dan DAP ini iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS mempunyai pendekatan berbeza dengan Presiden PAS, TG Hadi Awang terhadap BN. Sekali imbas kita dapat membayangkan Tuan Ibrahim ini adalah wakil Anwarinas dalam PAS. Selain berlagak pandai dalam ekonomi terbaru tidak berpuas hati dengan Tan Sri Isa Samad, PM Najib dan kes Kasitah Qaddam.

2. Siapa Tuan Ibrahim yang merepek berlagak suci ini? Ingat tak kes dia? Kisah Tuan Ibrahim sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang selepas Pilihan Raya Umum 2004 sehingga 2015 masih lagi terngiang. Ketika PRK Kerdau 2011 isu ini berbangkit kembali dan Tuan Ibrahim terpaksa "kawtim" dengan pihak penjual tanah itu.

3. Kisah Tuan Ibrahim berlaku pada 1 Januari 2008 lagi menggunakan nama isteri Tuan Ibrahim untuk membeli tanah kebun seluas kira-kira 10 ekar dan rumah serta tapaknya sekali seluas suku ekar milik seorang peneroka bernama Mahmud A. Rahman berusia 54 tahun di Felda Jengka 13 dengan harga keseluruhan hanya RM80,000, jauh daripada nilai pasaran akibat terdesak.



4. Mahmud Rahman yang bermasalah memohon pinjaman kepada Tuan Ibrahim yang ketika itu Pesuruh Jaya Pas atas kedudukan itu terpaksa menjual tanahnya kepada Tuan Ibrahim.

5. Mahmud terpaksa menjual tanah menyertai tanah rancangan Felda sekitar awal 1980an, dan hampir 30 tahun memerah keringat dan air mata di tanah ladangnya seluas 10 ekar itu.

6. Walaupun Tuan Ibrahim mengetahui syarat yang dikenakan terhadap peneroka Felda adalah mereka tidak dibenarkan menjual atau menukar milikkan tanah ladang dan tapak rumah mereka kepada pihak ketiga tanpa kebenaran Menteri Besar, Tuan Ibrahim tetap menuntut tanah sebagai cagaran Mahmud meminjam wang dengan Tuan Ibrahim.

7. Tuan Ibrahim Tuan Man mengikat satu perjanjian dengan peguam, dan kos guaman antara RM5,000 ke RM10,000 dipotong dari pinjaman RM80,000 yang diterima Mahmud secara tiga kali pembayaran. Tiada bantuan ikhlas dari Mantan Pesuruhjaya PAS Pahang ini. Lagipun siapa berani melawan Pesuruhjaya PAS?

8. Menjadi satu persoalan besar kes ini sehingga sekarang mengapakah sebagai pemimpin kanan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Tuan Ibrahim tidak membantu Mahmud untuk keluar daripada masalah kewangan yang dihadapinya, dan tidak mengambil kesempatan secara tidak bermoral atas kesempitan orang lain? Hari ini Tuan Ibrahim adalah Timbalan Presiden PAS. Kisah ini tidak akan terpadam.

9. Tuan Ibrahim sepatutnya menasihatkan Mahmud bahawa tindakannya mahu menjual tanah dengan harga RM80,000 amat merugikan, dan mengingatkan Mahmud terhadap peraturan Felda yang tidak membenarkan tanah peneroka bertukar milik kepada orang ketiga yang bukan waris terdekat. Tetapi Tuan Ibrahim juga seorang kapitalis yang mahu untung dalam setiap urus niaganya. Lebih sadis Mahmud dan keluarganya terpaksa pulang ke kampung asalnya di Luit Maran, Pahang.

10. Utusan Malaysia pada tahun 2011 ketika PRK Kerdau mendedahkan kes ini. Tuan Ibrahim bertindak mahu menyaman utusan namun sehingga sekarang tidak berlaku lagi. Apakah Tuan Ibrahim takut?

11. Bilakah Tuan Ibrahim akan mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia yang menyiarkan tragedi sedih peneroka Jengka 13 bernama Mahmud ini sebagaimana kenyataan Tuan pada Mac 2011 mahu berbuat demikian selepas tewas dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau? sehingga menjadi Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim terus mendiamkan diri!

12. Tidak kah Tuan Ibrahim merasa bersalah ketika sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang memperdaya dan memperalatkan satu keluarga peneroka atas kesempitan mereka ketika itu. Jika Tuan Ibrahim bukan Pesuruhjaya PAS Pahang, Mahmud tidak mungkin menjual tanah itu RM80,000 (bawah pasaran) tetapi kerana yakin maka Mahmud menjualnya kononnya atas nama Islam.

13. Jadi Tuan Ibrahim sembang hal ekonomi malah dana derma RM2.6b, 1MDB dan kes rasuah Tan Sri Isa sedangkan beliau sendiri menjadi penipu dan memperdayakan peneroka Felda Jengka 13 itu! Kerana peneroka terdesak dapat beli murah dan jadilah Timbalan Presiden PAS itu sebagai "Ahlong Felda". Itu belum ada jawatan Menteri lagi. Kalau ada, Felda pun digadainya.

Captain M
18 Julai 2017


2 comments:

  1. sembang hebat dia menyamun tak sedar

    ReplyDelete
  2. Tuan Man Tuan Ibrahim ni mmg nampak jer baik soleh kononnya..tapi lebih jahat dari Ah Long....at least Ah lOng mmg pinjam duit dgn faedah mahal..tapi Tuan Man ni..bukan takat beri pinjam... malah..ambil terus tanah orang..tak patut tak patut..

    ReplyDelete