1. Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB Selangor 16 Ogos lalu menyuarakan rasa bimbang dan tidak puas hatinya desas-desus pimpinan tertinggi PKR yang pernah di samannya memfitnah mengaitkannya dengan EcoWorld Berhad sudah mula membangkitkan kembali cerita dengan syarikat itu.
2. Perbalahan antara Azmin Ali MB Selangor dan kem Rafizi sudah mula membangkitkan hubungan Azmin Ali dengan Tan Sri Liew Kee Sin Pengerusi Eco World yang dikatakan menaja wang kepada Azmin Ali. Rafizi dan Saifuddin seakan mengesahkan apa yang terjadi kepada Tan Sri Khalid turut berlaku kepada Azmin Ali. Pastinya Rafizi akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan Azmin nanti.
Rafizi terus mengasak Azmin malah Anwar sanggup dikata sebagai insan 'terpenjara'. Apa lagi yang bakal Rafizi lakukan? |
3. Mengesahkan hubungan Azmin dengan EcoWorld apabila Eco World Group Development Berhad membeli tanah rampasan milik LBCBNSB seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor secara tunai RM1.18billion. Azmin pada 3 September 2016 mengumumkan ia satu cara menyelesaikan projek terbengkalai Alam Perdana sekian lama. Namun yang kekal menjadi isu ialah pampasan tanah pemilik tanah dan peneroka tanah PKPS kekal tidak dibayar sehingga sekarang oleh pemilik baru.