Sunday, 22 October 2017

SPRM PERLU GELEDAH RUMAH SHAFIE APDAL DI SOLARIS DUTAMAS, SUBANG JAYA & LONDON. RAKYAT PERLU TAHU!



1. Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang terletak di Taman Golf View dekat Penampang selepas keluar dari Hospital Queen Elizabeth.

2. Shafie Apdal yang ditahan SPRM 19 Oktober lalu mengadu tekanan darah tinggi selepas kurang 4 jam disiasat SPRM. Rekod perubatan mengesahkan Shafie Apdal sihat. Shafie hanya berlakon sakit dan mengelak untuk memakai pakaian 'baju lokap' oren SPRM serta digari. 

3. Serbuan ke rumah Shafie Apdal adalah perkara biasa bagi SOP SPRM. Memandangkan puak-puak pembangkang Sabah berbangga menunjukkan rumah Shafie Apdal di Taman Golf View Penampang itu. Kita mohon SPRM geledah juga rumah Shafie Apdal di beberapa tempat yang SPRM sudah sedia maklum iaitu;

i. Banglo Mewah Solaris Dutamas berharga  lebih RM10 juta  itu. Rumah baru Shafie atas lot tanah dibeli. 
ii. Rumah 2 tingkat di Subang Jaya
ii. Banglo Shafie Apdal di London.

4. Elok SPRM dedahkan supaya rakyat Sabah terutama penyokong Warisan sedar bahawa betapa tertipunya mereka dengan lakonan Shafie Apdal yang berpura-pura marhaen tetapi kaya-raya hasil komisen rasuah ketika menjadi Menteri KKLW dulu.



5. Cuba fikir mengapa Adik Shafie Apdal yang dulu tak kerja tapi kaya-raya kini ditahan SPRM? Haji Hamid Apdal dan juga Yusof Apdal. Mereka hanya berlindung dibalik nama-nama syarikat yang memberikan komisen.  Hanya Yusof Apdal bernasib baik menjadi calon Dun Lahad Datu menggunakan kekayaannya hasil projek KKLW untuk bertanding. Menantu Hamid Apdal, Manzur Hussien pun berlindung dibalik kekayaan mentuanya ditahan SPRM.


6. Tengok rumah mewah adik-adik Shafie Apdal. Dilaporkan ubahsuai rumah Hamid Apdal tandas pun seperti tandas hotel JW Marriot Kuala Lumpur. Dari mana semua kekayaan ini? Jika Shafie memberi projek kepada ahli keluarganya ia adalah satu salah guna kuasa.

Friday, 20 October 2017

DOKTOR SAHKAN SHAFIE APDAL SIHAT, REMAN 4 HARI MENGAPA BERLAKON SAKIT?

Cuba tengok muka pembohong, penipu dan makan harta rakyat luar bandar. Tidak berkat. Lambat laun akan ditangkap juga

1. Akhirnya Presiden Parti Warisan Sabah, Dato' Seri Shafie Apdal direman 4 hari berhubung siasatan skandal KKLW RM1.5 bilion. Inilah impian Shafie Apdal mahu membuktikan kepada SPRM sebagaimana janjinya. 

2. Belum sampai 24 jam ketika Shafie Apdal dipanggil ke pejabat SPRM semalam, beliau dilaporkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi. Wayang Shafie Apdal bagi mengelak reman lama, gari dan baju 'Lokap SPRM'

3. Shafie tiba di mahkamah dengan sebuah ambulans, terpaksa menunggu lebih 30 minit sebelum dibawa ke kamar majistret oleh pegawai SPRM. Shafie berjaya dengan lakonan tidak digari dan memakai baju 'Lokap SPRM'. 

4. Para Peguam Shafie Apdal berusaha untuk menjadikan Shafie kelihatan 'sakit' dengan meminta membawanya ke Hospital Queen Elizabeth II untuk pemeriksaan kesihatan dan tekanan darahnya. 

5. Sumber menyatakan doktor yang merawat Shafie Apdal mengesahkan Shafie Apdal sihat hanya sedikit terkejut dengan persekitaran penahanan SPRM. Lantaran itu mahkamah majistret memberikan kelulusan tahanan reman selama 4 hari (tambahan 2 hari) Sabtu dan Ahad dan bakal disambung reman Isnin depan.

BELUM 24 JAM SHAFIE APDAL GUNA TAKTIK 'SAKIT' UNTUK ELAK REMAN PAKAI BAJU OREN 'LOKAP SPRM'


1. Sebelum ini bukan main lagi Shafie Apdal  berlagak hebat. "saya sedia disiasat SPRM", "Shafie sedia disiasat SPRM" dan bermacam-macam lagi nada riak dan sombong.

2. Namun semalam 19 Oktober akhirnya melihatkan keresahan Presiden Parti Warisan Sabah itu apabila jam 5.15pm beliau disambut di pejabat SPRM. Berpua-pura 'cool' atas nama memberikan keterangan. 


3. Jam 9 malam Datuk Seri Azam Baki Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Shafie Apdal bermula jam 9.00pm. Sebenarnya para peguam dan penasihat Shafie Apdal itu tahu Shafie mesti ditahan dan direman SPRM.Mereka mesti mengelakkan Presiden Warisan itu dimalukan. 

4. Lantaran itu kurang dari 24 jam siasatan SPRM terhadap Shafie Apdal media telah melaporkan Shafie Apdal dimasukkan ke hospital ekoran tekanan darah tinggi. Ini adalah satu kaedah dan wayang yang diajar oleh peguam Warisan itu sebagaimana mereka lakukan untuk Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan untuk memendekkan tempoh reman.

Tuesday, 17 October 2017

HABISLAH SHAFIE AKAN DITAHAN? KES PENGUBAHAN WANG HARAM BERSAMA ZAHIDA PUN TURUT DIBUKA?



1. Penyelewengan dana KKLW RM1.5 juta oleh Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW akhirnya membawa kepada tangkapan reman kepada Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan, Mohd Azis Jamman Ketua Wira Warisan, Hj Hamid Apdal (adik Shafie), Manzur Hussien (menantu Hamid), bekas pegawai menteri, taukeh Sinkong Contructions Sdn dan Hartaty Rahmat bekas TSUB KKLW.

2. Seorang lagi Adun bernama Datuk Jasa Raudah telah dipanggil memberi keterangan dan dijangka Adik Shafie Yusof Apdal juga bakal dipanggil. Namun dalam keadaan sekarang rasanya Dato' Seri Shafie Apdal mungkin akan dipanggil lebih awal. Penangkapan Shafie Apdal adalah amat penting untuk menyelesaikan kes penyelewengan dana ini. Salah atau tidak Shafie Apdal perlu menyarung jersi 'lokap SPRM'. 

3. Kes penyelewengan dana dan komisen rasuah Shafie Apdal ini pastinya berakhir dengan penangkapan Shafie. Bagi para macai pembangkang yang sedang bermain isu untuk memburukkan Ketua Pesuruhjaya SPRM eloklah berhenti. Ia tak mungkin menghentikan siasatan serta tangkapan sekalipun mereka dibayar taikun cina dan taukeh judi.

Sunday, 15 October 2017

MENGAPA ADIK SHAFIE APDAL DITANGKAP SPRM DAN KINI MENANTUNYA? RAKYAT PERLU TAHU



1. Ketika adik Shafie Apdal, Hj Hamid Apdal direman 5 hari oleh SPRM bermula 10 oktober lalu berhubung penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion sejak 2009 hingga 2015, anak-anaknya mendahului siasatan dengan mengadakan sidang akhbar pada 13 Oktober 2017 menyatakan bapa mereka ''bukan jutawan".  Sambil menyatakan bapanya Hj Hamid pernah menerima notis kebankrapan serta baki akaun beberapa ringgit. Mereka berbangga menularkan dalam media sosial seperti Facebook dan whatapps.

2. Apa mereka tahu dokumen rasuah yang tersimpan mengaitkan Hj Hamid dengan kontraktor yang ditahan SPRM? SPRM pastinya bukan 'saja-saja' menahan Hj Hamid jika tiada bukti dan keterangan yang sudah diperolehi lebih awal. 



Tuesday, 10 October 2017

BURU SHAFIE APDAL: ADIK, ANAK SAUDARA & BEKAS PEGAWAI MENTERI KKLW DITAHAN SPRM

Penahanan Jamawi dan Azis Jamman adalah satu permulaan. Apakah bekas pegawai-pegawai Shafie Apdal ini juga akan disiasat untuk membantu kes skandal KKLW? Apakah seorang lagi Naib Presiden Warisan bakal ditahan. Sama-sama kita nantikan. Jika Norhartaty dipanggil tidak mustahil mereka juga akan dipanggil. Nasihat saya jawab sahaja
 "Semua ini arahan Dato' Seri Shafie Apdal sahaja".
 

1. Nampaknya sejak Skandal penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion 2009 hingga 2015 disiasat SPRM, 6 individu ditahan bagi membantu siasatan SPRM iaitu Joseph Yu Sin Kong, 52 pemilik Syarikat Sinkong Contructions Sdn Bhd, Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony yang juga pemilik Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd Setiausaha Bahagian Regulotari Perkhidmatan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Norhartaty Rahmat yang dulu Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW.


2. SPRM juga telah menahan Ketua Wira Warisan, Dato' Azis Jamman (dulu Ketua Pemuda UMNO Semporna); Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Monday, 9 October 2017

KETUA PEMUDA WARISAN DITANGKAP SPRM, PROJEK LOJI AIR SEMPORNA KRONI SHAFIE APDAL PULA DISIASAT!



1. Malam tadi Dato' Mohd Azis Jamman anak saudara Shafie Apdal yang juga dulu bekas Ketua Pemuda Semporna yang kini Ketua Wira (Pemuda) Warisan diberi notis SPRM untuk hadir ke pejabat SPRM jam 10.30 pagi bagi siasatan kes rasuah projek KKLW.

2. Kenapa Mohd Azis Jamman ditahan? Beliau adalah antara individu yang menerima projek KKLW ketika Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW. Yu Sin Kong taukeh Sin Kong Contructions Sdn Bhd adalah pembayar rasuah tetapnya. Jadi tidak hairan jika Sin Kong yang direman 5 hari akan membuka mulutnya. Menurut sumber Azis Jamman juga pernah menerima hadiah kenderaan mewah 'Hummer' dari seorang kontraktor yang rapat dengan Shafie Apdal yang pernah mencetuskan kontroversi di Sabah. 

3. Jadi Azis Jamman Ketua Warisan ini jangan berlagak sombong dan mendabik dada berlagak suci, SPRM ada maklumat yang kamu fikir mereka tak tahu. Masuk dalam siasatan dan reman kamu akan tahu apa itu 'siasatan SPRM'. Penyokong Warisan yang tidak kenal siapa Azis Jamman berhenti untuk memfitnah SPRM dan kerajaan kononnya ini serangan politik. Rasuah tetap rasuah tak kira siapa. 

Friday, 6 October 2017

SHAFIE TAKUT, PETER ANTHONY DAN HARTATY DIREMAN SPRM: RAHSIA MAKIN TERBONGKAR?



1. Selepas sahaja mengetahui Peter Anthony dan Norhartaty Rahmat bekas TSUB KKWL di tahan SPRM semalam cepat-cepat Shafie Apdal kembali ke Sabah hari ini. Shafie takut ditangkap tanpa pengikut di KL. Peter Anthony hari ini ditahan reman SPRM 5 hari dan Hartaty pula 6 hari. Lepas ni banyaklah maklumat yang diberikan kepada SPRM.


2. Shafie Apdal yang disambut penyokongnya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dalam kenyataan medianya berkata "Naib Presiden Warisan belum dibuktikan bersalah". Shafie mengaitkan penahanan ini dengan strategi BN wal hal ia adalah satu kes rasuah ketika beliau di KKLW dahulu. Hakikatnya semua tahu beliau kaki 'komisen' ketika menjadi Menteri KKLW dahulu.

RM180 JUTA DIBEKU, PETER ANTHONY ORANG KANAN SHAFIE APDAL DIREMAN SRPM! SIAPA SETERUSNYA?



1. Setahun yang lalu Captain M sudah melaporkan rasuah Shafie Apdal dan kroninya termasuk Peter Anthony. Search google atau arkib blog anda akan menemuinya. Tahniah dan terima kasih SPRM. Koleksi rasuah Shafie Apdal dan Peter Anthony baca di sini;



Laporan Media
2. Namun beberapa hari ini dari laporan media kecurian dana kementerian lebih RM150 juta akhirnya kepada pembekuan RM 151 juta 3 syarikat di Sabah melibatkan 9 akaun milik taikun nama "Mr Joseph" dari Syarikat Sin Kong Contructions Sdn Bhd dan "Mr Andrew" tambahan lagi RM 29 juta telah membawa kepada penangkapan Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan. Hari ini Peter Anthony direman dan berpakaian "Lokap SPRM".

3. Rupanya gurauan pada 19 Ogos 2017 ketika Shafie Apdal berada di Sipitang dengan paradog berpakaian 'Lokap SPRM' adalah isyarat awal kepada penangkapan Peter Anthony dan boleh jadi tidak lama lagi Shafie Apdal. Warisan mengerah semua bahagian melaporkan kepada polis blog itu dan juga individu yang berkongsi berita itu. Sekarang apa sudah jadi? malu sendiri. Esok kamu bersolidaritilah untuk Peter Anthony di mahkamah. 

Antara berita yang pernah disiarkan oleh media massa

Thursday, 5 October 2017

SYARIKAT PROKSI SHAFIE APDAL DISERBU, RM 151 JUTA AKAUN SYARIKAT DIBEKU. SYABAS SPRM!


1.  Akhirnya apa yang didedahkan oleh Captain M selama ini membuktikan Shafie Apdal dan proksinya memang melakukan rasuah. Sebelum ini banyak siri pendedahan dibuat termasuk terbaru yang menyebabkan penyokong Shafia Apdal meroyan.


2. Hari ini SPRM membuktikan tugas mereka apabila tiga syarikat telah digeledah milik dua orang jutawan cina terkenal di Sabah. Sebut apa saja projek mereka yang monopoli. Captain M akan dedahkan esok kemudian nama syarikat itu.

3. Syarikat ini adalah syarikat untuk "menyimpan wang" rasuah. Sejumlah RM151juta ditelah dibekukan dalam beberapa akaun bank. Syarikat terlibat dengan projek dengan KKLW dan beberapa agensi kerajaan yang lain bernilai hampir RM2 billion.

Sunday, 1 October 2017

MENGAPA PAUL LOW MAHU MENGAWAL SPRM, LIM KIT SIANG DAP MENYERANG SPRM? KEBETULAN? AGENDA ULTRA KIASU?



1. Sejak 26 September lalu perang mulut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dan Menteri JPM Senator Datuk Paul Low Seng Kuan mengenai penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN)  secara terbuka mengundang reaksi pelbagai pihak. Apa sebenarnya berlaku?Apa perlunya JITN?

2. Bagi pihak SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya melihat tiada keperluan untuk jabatan baharu itu ditubuhkan yang mana mempunyai peranan seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EIAC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

3. Mengapa agaknya KP SRPM menegur secara terbuka? Menurut sumber dalaman kertas penubuhan JITN diusahakan sepenuhnya oleh Datuk Paul Low. Malah agensi relevan seperti SPRM, IIM, Suhakam dll telah memberikan maklum balas secara dalaman tiada keperluan untuk meluluskan jabatan baru itu. Bagaimanapun Paul Low berkeras menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 untuk terus menubuhkan JITN. Lebih malang JITN diluluskan ketika YAB PM berada di luar negara.

4. Jadi mengapa Paul Low beria-ia sangat untuk menubuh JITN? Benarkah JITN tidak bertindih fungsi sebagaimana kenyataan Paul Low?. Alasan Paul Low Seng Kuan ialah JITN memastikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah disiasat secara mendalam di samping memastikan pertuduhan yang berkesan dilaksanakan supaya kejayaan pendakwaan dicapai. Bukankah ini kerja SPRM? Apa lagi Paul Low hendak?

5. Apa benar jika JITN ditubuh maka kes-kes berprofil tinggi selesai? sedangkan dalam masa sama semua kes perlu dirujuk ke pejabat Peguam Negara,  diserah kepada mahkamah yang bukan kuasa jabatan atau agensi sebelum ini? SPRM, EIAC, IIM dan Suhakam turut melalui proses yang sama. Jadi dimana logiknya justifikasi penubuhan JITN kes semua selesai lebih cepat?

6. Kita lihat kertas perjawatan yang dicadang dalam JITN. Iaitu 20 orang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang dicadangkan sebagai pegawai JITN. Selebihnya Paul Low memasukkan semua Ketua Unit Integriti dari setiap Kementerian/agensi di bawah JITN sedangkan semua pegawai itu melapor kepada SPRM malah di jabatan/agensi/ GLC  "high risk" pegawai SPRM diletakkan disitu. Jadi dari mana JITN dikatakan tidak mencampuri dan menganggu urusan SPRM? Ini bukan kordinasi tetapi menyibuk dan mengambil pegawai sedia ada. Fikirkan apa 20 orang PTD boleh buat seluruh negara dengan jumlah itu? 

7. Paling tak manis ialah apabila JITN menjadi sebuah jabatan, Paul Low akan melantik konsultan luar dari pasukan untuk menasihati JITN. Ini sangat buruk sekali kerana Menteri meletakkan kepentingannya.

Saturday, 23 September 2017

ASYIK 'PAU' DUIT SETIAUSAHA POLITIK SIVARASA MP SUBANG DITANGKAP SPRM!


1. Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang meroyan kepada SPRM kerana menahan anak buahnya Naveen Kularasa Rasiah. Siapapun Naveen yang pasti dia keluarga Sivarasa dan juga Setiausaha Politiknya. Sivarasa Rasiah kata kakitangannya tidak bersalah!

2. Naveen dan 2 lagi pegawai Sivarasa iaitu Joshua Kalaiselvan dan NicoKam ditahan SPRM 22 September dan kini direman 4 hari kerana terlibat meminta rasuah RM20,000 berkaitan urusan imigresen dan disiasat dibawah Seksyen 16(a) Akta SPRM (Meminta/Menerima rasuah).

Thursday, 21 September 2017

LAS LENAS MILIK ARUMUGAM DAN MAHATHIR BOLEH PESTA ARAK DAN JUDI DATANGLAH! TIADA LARANGAN


1. Masuk bulan oktober pastinya isu OktoberFest, Better Beer Festival atau Pesta Arak muncul kembali dan menjadi kebisingan rakyat Malaysia. Bagi Negeri Selangor dan Pulau Pinang Negeri Pakatan merayakan Pesta Arak bukan masalah untuk mereka. Kelulusan tempat dan PBT mudah dapatkan. Namun di negeri BN, kelulusan pesta arak sukar diperolehi malah yang terbaru di Kuala Lumpur tidak diluluskan oleh DBKL.
2. Bagi rakyat Malaysia dan mereka yang berfikiran liberal demi arak tu jangan susah kalau rasa pening pesta seperti ini masih dibuat di hotel-hotel atau pusat hiburan milik proksi Mahathir. Hotel dan pusat hiburan milik-milik Berjaya Group misalnya mereka ada penganjuran secara privasi. Bolehlah datang sana. Tak perlu pening. 
Las Lenas Argentina

Sunday, 17 September 2017

HALIMAH PRESIDEN MELAYU SINGAPURA YANG DI 'LEMBUKAN' PAP JADI CONTOH DAP MALAYSIA?


1. Akhirnya penyusunan perancangan PAP berjaya meletakkan Halimah Yaacob sebagai Presiden Singapura wanita Melayu pertama sejak 47 tahun lalu. Apa yang perlu dibangga dengan Halimah Yaacob? Benarkah beliau layak?benarkah beliau kuat jika ada pertandingan kerana beliau menang tanpa dipilih (tanpa bertanding) dalam Pilihanraya Presiden!

2. Di Malaysia DAP dan PAN begitu gembira sekali dengan pelantikan Halimah. Mereka menggunakan sebagai buah politik menunjukkan Singapura tidak perkauman dan beginilah usaha DAP nanti kalau berkuasa.

Apa yang Rakyat Malaysia perlu tahu!

3. Pilihanraya Presiden kali ini dikhaskan untuk calon-calon sesuatu kaum dan kali ini untuk orang Melayu. Sistem presiden dipilih melalui pilihan raya bermula pada tahun 1993. Syarat utama bertanding calon Presiden ialah jika calon kerajaan mestilah dari jawatan penting kerajaan melebihi 3 tahun. 

TIDAK MAHU 'DILEMBUKAN' ANINA '4 KALI KLIMAKS' KELUAR PPBM LAWAN MUHYIDDIN MUKHRIZ




1. Bermula dengan penyebaran isu peribadi skandal seks Anina dan pendedahan pembantu khas Anina pada disember 2016 akhirnya karier politik Anina berakhir apabila dipecat. Perjalanan politik Anina mudah diramal. Apapun ulasannya strategi memecah belahkan PPBM oleh pelbagai pihak itu sangat berjaya. Sila baca.