SPRM tiada pilihan perlu mendakwa mereka |
Siasatan ke atas suami bekas
gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr. Tawfiq Ayman berhubung dakwaan
menerima dana berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dipercayai telah
dilengkapkan dengan cadangan pertuduhan dan telah diserahkan kepada Jabatan
Peguam Negara.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat
penerimaan wang ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura yang diperolehi hasil
dari terbitan RM5 bilion oleh AmBank pada tahun 2009.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat salah laku Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan
bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Aduan yang dibuat kepada SPRM
adalah mengenai pendedahan pihak berkuasa Singapura yang telah memberitahu BNM
pada tahun 2015 dan 2016 mengenai transaksi yang mencurigakan oleh sebuah syarikat
yang mempunyai kaitan dengan Tawfiq dan ketika itu, Zeti masih menjadi Gabenor
Bank Negara.