1. Sejak 26 September lalu perang mulut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Menteri JPM Senator Datuk Paul Low Seng Kuan mengenai penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) secara terbuka mengundang reaksi pelbagai pihak. Apa sebenarnya berlaku?Apa perlunya JITN?
2. Bagi pihak SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya melihat tiada keperluan untuk jabatan baharu itu ditubuhkan yang mana mempunyai peranan seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EIAC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
3. Mengapa agaknya KP SRPM menegur secara terbuka? Menurut sumber dalaman kertas penubuhan JITN diusahakan sepenuhnya oleh Datuk Paul Low. Malah agensi relevan seperti SPRM, IIM, Suhakam dll telah memberikan maklum balas secara dalaman tiada keperluan untuk meluluskan jabatan baru itu. Bagaimanapun Paul Low berkeras menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 untuk terus menubuhkan JITN. Lebih malang JITN diluluskan ketika YAB PM berada di luar negara.
4. Jadi mengapa Paul Low beria-ia sangat untuk menubuh JITN? Benarkah JITN tidak bertindih fungsi sebagaimana kenyataan Paul Low?. Alasan Paul Low Seng Kuan ialah JITN memastikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah disiasat secara mendalam di samping memastikan pertuduhan yang berkesan dilaksanakan supaya kejayaan pendakwaan dicapai. Bukankah ini kerja SPRM? Apa lagi Paul Low hendak?
5. Apa benar jika JITN ditubuh maka kes-kes berprofil tinggi selesai? sedangkan dalam masa sama semua kes perlu dirujuk ke pejabat Peguam Negara, diserah kepada mahkamah yang bukan kuasa jabatan atau agensi sebelum ini? SPRM, EIAC, IIM dan Suhakam turut melalui proses yang sama. Jadi dimana logiknya justifikasi penubuhan JITN kes semua selesai lebih cepat?
6. Kita lihat kertas perjawatan yang dicadang dalam JITN. Iaitu 20 orang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang dicadangkan sebagai pegawai JITN. Selebihnya Paul Low memasukkan semua Ketua Unit Integriti dari setiap Kementerian/agensi di bawah JITN sedangkan semua pegawai itu melapor kepada SPRM malah di jabatan/agensi/ GLC "high risk" pegawai SPRM diletakkan disitu. Jadi dari mana JITN dikatakan tidak mencampuri dan menganggu urusan SPRM? Ini bukan kordinasi tetapi menyibuk dan mengambil pegawai sedia ada. Fikirkan apa 20 orang PTD boleh buat seluruh negara dengan jumlah itu?
7. Paling tak manis ialah apabila JITN menjadi sebuah jabatan, Paul Low akan melantik konsultan luar dari pasukan untuk menasihati JITN. Ini sangat buruk sekali kerana Menteri meletakkan kepentingannya.