1. Akhirnya Adam Rosly, 28 tahun Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Cabang Ampang yang disiasat berkaitan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram dari syarikat-syarikat kawalannya sehingga kaya luar biasa dari projek kerajaan negeri Selangor bakal didakwa jumaat ini (21 April 2017). Sama-sama kita nantikan!
2. Adam Rosly sebagai Pegawai Khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang menggunakan kedudukannya untuk membolot projek kerajaan negeri Selangor di mana Zuraida Kamaruddin sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang diberi mandat oleh Azmin Ali bagi menentukan projek-projek PBT Selangor. Adam juga punya hubungan rapat dengan Azmin Ali MB Selangor.
3. Pada 10 Februari lalu Adam Rosly dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berkaitan akaun-akaun, harta alih dan tak alih yang Adam miliki namun Adam jutawan PKR itu dikatakan telah mengemukakan dokumen palsu berkaitan harta-hartanya, termasuklah rumah Disneyland yang berharga lebih RM 1 juta (dinyatakan Adam sebagai rumah lelong), hartanah dan deretan kereta mewahnya atas nama isteri dan milik 'taukeh'. Rumah Disneyland Adam dianggarkan RM1.2 juta turut disita SPRM.
"13 April lalu Adam dipanggil semula SPRM seterus ditahan reman 5 hari dan kemudiannya tahanan reman dilanjutkan 4 hari sehingga didakwa esok 21 April 2017 (Jumaat)"
Sayang Adam Rosly kepada YB Zuraida sehingga beri Mercedes kepada Zuraida. Adam yang menguruskan semuanya. Zuraida hanya pandu dan bergaya
1. Semalam media massa mengasak Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dikaitkan dengan Adam Rosly. Setelah agak lama berdiam diri 16 April telah membuka mulut Azmin dan Zuraida. Azmin bermain pada jangan membuat tuduhan selagi tidak bersalah manakala Zuraida pula 'membuang' Adam sebagai bukan pegawainya.Dunia dikala tersepit.
Dulu Adam Rosly dikatakan pernah bersama PAS. Namun PAS tidak memberi kekayan untuknya maka Adam berpaling tadah menyertai Zuraida Kamaruddin MP Ampang sebagai Pegawai Khasnya. Pelantikan politik tidak semestinya memerlukan bukti bersurat. Hakikatnya warga Ampang tahu Adam adalah orang kanan Zuraida sehingga ke tahap Ketua AMK Ampang atas restu Zuraida.
2. Apalah nasib Adam Rosly seorang budak muda bekerja dengan Zuraida sejak tahun 2013 sebagai Pegawai Khas MP Ampang. Bukan rahsia lagi di Ampang. Cuma dulu dia taklah sekaya mana. Apabila ikut Zuraida kekayaan beliau menjadi luar biasa. Maklumlah sebat semua projek PBT Selangor yang dikuasai Zuraida. Tiada lagi Solidariti Zuraida seperti pertama kali isu rumah Disneyland Adam didedahkan. Apakah ini petanda menunjukkan Adam bakal dibiarkan bersendirian dan menjadi kambing hitam Zuraida?
1. Malam ini Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang pasti tidak boleh tidur apabila orang kanan kesayangannya Adam Rosly Ketua AMK Ampang memberi keterangan kepada SPRM untuk kali ketiga.Sebelum ini pada 10 dan 22 Februari lalu. Hari ini juga Adam Rosly digari dan ditahan oleh SPRM. Apa yang merisaukan Zuraida jika apa yang dikenakan kepada Adam bukan setakat Akta SPRM 2009 tetapi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Zuraida bimbang apa akan terjadi dengan hasil projek-projek PBT di Selangor yang beliau monopoli bersama Adam Rosly. Jika dibekukan bagaimana? Atau adakah Zuraida dan Adam sempat memindakannya ke tempat lain wang-wang simpanan serta penama aset?
Hubungan Dato' Seri Khor Teng Tong Pemilik Hunza Group dengan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang bukan lagi rahsia
1. Susulan penahanan Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza pemegang amanah di Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad oleh SPRM 31 Mac lalu berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan kedudukan untuk menerima rasuah telah membuka jalan kepada penahanan sahabat baik dan proksi Lim Guan Eng pemilik Hunza Properties Berhad (Hunza Group) dan anaknya Datuk Khor Siang Gin Pengarah Urusan Hunza Properties Berhad.
Akhirnya mereka dikandangkan oleh SPRM. Mereka ingat kekayaan dan wang boleh membeli semua orang?
1. Sumber dalaman RISDA memaklumkan selepas dilaporkan kepada pihak polis pada Mac 2016 berhubung wang pendahuluan RISDA RM15.5 Juta lesap oleh firma guaman Micheal UBU & Co milik Naib Presiden KDM yang juga Peguam Peter Anthony kes itu tidak pernah dilaporkan kepada SPRM.
2. Ia tidak menghairankan kerana sebelum ini seorang blogger bernama Musli Oli pernah mendedahkan perbualannya dengan Pengerusi RISDA berhubung kes wang pendahuluan itu dalam Facebooknya. Jika memberi peluang kepada syarikat dan peguam membayar balik serta ada pihak dari RISDA yang meluluskannya atas arahan Shafie Apdal ketika itu ia jelas salah guna kuasa dan terdapat pihak yang mendapat komisen dari wang pendahuluan itu!. Persoalannya mengapa rasuah dan salahguna kuasa Shafie Apdal, KP RISDA, Peter Anthony dan Peguam itu tidak dilapor kepada SPRM?
1. 5 April lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membuka semula kertas siasatan berhubung kes pemilikan harta luar biasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu yang kesnya diarahkan tutup oleh Anwar Ibrahim.
2. Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, walaupun kes itu telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997, namun siasatan kes itu boleh diteruskan semula sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang mengaitkan Azmin Ali Menteri Besar Selangor dengan kes itu tertakluk kepada maklumat dan keputusan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki.
"Adakah bermoral bagi seorang MB membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?"
- Tan Sri Khalid Ibrahim"
1. Polemik SPLASH antara BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali MB Selangor nampaknya kembali muncul melalui entri terbaru Khalid Ibrahim dalam Facebooknya mengenai sikap Azmin mempersoalkan hal moral berhubung pemberian wang pampasan RM2.7juta kepada tujuh bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) walaupun telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai tiada salah laku dalam pemberian wang pampasan itu.
[SIRI 1: TANGKAP BEKAS ORANG KANAN MENTERI KKLW HERET SHAFIE APDAL] Nantikan Kejutan minggu depan. Katanya ada isu yang bakal menggemparkan negara lagi didedahkan. Siapa yang kena?
1. 9 Mac lalu kita melihat Shafie Apdal bekas Menteri KKLW menyalahkan Kementerian Kewangan berhubung projek yang diluluskan oleh kementerian lamanya KKLW. Ibarat dia yang meminta-minta kemudian bila dah dapat dia salahkan pihak lain.
2. Shafie Apdal Presiden Parti Warisan ini terlupa ia bukan mengenai projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) sahaja tetapi ia melibatkan Projek Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), kuasanya dalam agensi seperti MARA, FELCRA, RISDA dan lain-lain lagi. Penyelewengan projek bekalan air luar bandar yang diuruskan Jabatan Air Negeri Sabah melalui peruntukkan KKLW lebih RM3.3b sejak tahun 2010 bukanlah perkara menghairankan.
1. Azmin Ali dan rasuah tidak boleh dipisahkan. Sejak beliau berkhidmat bersama Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1995 siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (Kini SPRM) sudah dilakukan terhadap beliau dan isterinya Shamsidar Taharin. Namun oleh kerana Anwar Ibrahim mengarahkan kes itu ditutup maka Azmin Ali terselamat.
1. Debat Permata Datuk Rizal Mansur dan YB Yeo Bee Yin Adun Damansara bertukar dari mempersoalkan pelantikan Datin Sri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri sebagai Penaung Permata kepada kedudukan Betty Chew Isteri Lim Guan Eng dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan sebagai Pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon.
2. Lim Guan Eng sebelum ini angkuh bahawa kedudukan jawatannya adalah dilantik rakyat tidak seperti Datin Seri Rosmah walaupun sebelum ini dijawab oleh Datuk Rizal Mansur sebagai jawatan Penaung tidak mempunyai kuasa Eksekutif. Captain M turut mendedahkan kedudukan isteri Lim Guan Eng yang dilantik oleh PCCC sebelum ini sebagai Ahli Jawatankuasa PCCC yang menjaga kepentingan hartanah. Apakah jawatan itu dilantik juga dilantik rakyat?
Cuba lihat wajah Shafie Apdal ketika menjawab isu hubungannya dengan Zahida. Berseri-seri dengan senyuman. Cuba pula lihat wajah Zahida ketika ditanya siapa lelaki pilihannya. Juga tersenyum. Maklum dah bertahun. Mereka berkahwin di luar negara tetapi Shafie Apdal tetap tidak mengaku Zahida isterinya hingga sekarang. Tak baik Shafie walaupun dia nombor dua. Rakyat wajar tahu elak fitnah.
1. Mengapa cerita Shafie Apdal dan Zahida Rafik perlu dikeluarkan lagi? Bukankah ini isu lama? Sumber rapat Shafie Apdal menyatakan kunci kepada rasuah Shafie Apdal ketika Menteri KKLW ialah Zahida Rafik. Shafie Apdal sangat sayangkan Zahida Rafik. Hidupnya tidak akan keruan jika Zahida diganggu gugat. Jadi Shafie akan pertahan Zahida dengan segala cara. Berskandal beberapa tahun dan akhirnya dinikahi di luar negara. Menyembunyikan status mereka kerana bimbang isteri pertamanya (jenis gila meroyan) dan mempunyai rumah mewah di London.
2. Seperti artikel di atas, sebelum ini Captain M telah mendedahkan pengakuan pemandu kesayangan Shafie Apdal bernama Vincent. Menyimpan sejumlah resit-resit "check in" Shafie Apdal di hotel mewah Kuala Lumpur seperti Hotel JW Marriot dan membawa wang sehingga RM500k. Betapa sayangnya Shafie Apdal dengan Zahida Rafik. Jadi tidak mustahil wang berjuta yang diperolehi Zahida sejak 2010 itu adalah hasil komisen projek KKLW!
1. Panas Ketua Menteri, Lim Guan Eng apabila Datuk Rizal Mansur mendakwa Setiausaha Agung DAP itu dilantik sebagai pengerusi eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang walaupun bukan seorang pakar pengurusan air.
2. Apa salahnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah selaku Yang di-Pertua kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia (BAKTI) menjadi Penaung Permata? Tugas-tugas BAKTI juga adalah sebahagian tugas rasmi Isteri Perdana Menteri. Tidaklah menjadi kesalahan untuk menjadi Penaung Permata. Tugas penaung tidak punya kuasa eksekutif sebagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang yang membolot semua perkara.
1. Kisah skandal Zairil dengan wanita melayu Muda bukanlah perkara baru. Pada tahun 2014 ketika berdepan dengan penyebaran gambar mesra intim Zairil dan Dyana di media sosial jenuh juga Zairil bersilat menafikannya. Malah ibunya turut mempertahankan Dyana. Teori popular ketika itu ialah Dahlia isteri Zairil sengaja menyebarkan gambar berkenaan.
Skandal Zairil dan Dyana yang menyebabkan Dyana belajar di luar negara. Apa pula kali ini?
2. Video terbaru yang disebarkan dalam "cubbing'' berdurasi 15 saat (Part 1) dan 12 Saat (Part 2) Zairil MP Bukit Bendera menari dan berpelukan mesra dengan seorang wanita turut dikaitkan dengan Zairil dan Dyana berdasarkan wajah, bentuk tubuh, jam, cermin mata dan lain-lain lagi.
Skandal Zairil Part 1 & 2
3. Zairil telah menafikan video Part 1 itu sebagai mengarut. “Bukan saya dan ia mengarut, setiap hari pasti ada cerita tentang saya. Tidak pernah berhenti,” Katanya. Namun tergamam dengan penyebaran video part 2. Jadi Zairil terpaksa mendiamkan diri bimbang ada video part 3 dan seterusnya.
4. Dyana Sofya pula terus berdiam diri. Hanya kisah merokoknya tular dan beliau terpaksa menjawabnya dengan nada lembut. Bekas calon DAP Teluk Intan yang paling kerap mengemaskini Twitter dan Facebooknya tidak memberi reaksi atas tuduhan ini dia dan Zairil dalam 'clubbing' itu. Barangkali berdiam diri adalah jalan terbaiknya. Namun benarkan wanita video itu Dyana Sofya?
Skandal Zairil dengan wartawan portal freemalaysiatoday
5. Zairil gemar mengadakan skandal dengan wanita muda melayu. Sumber menyatakan Zairil dan DAP pernah menutup satu skandal beliau bersama wartawan FMT itu tahun lalu. Video skandal dengan wanita itu ketika pilihanraya negeri Sarawak dengan Zairil pun katanya ada. Menunggu masa ditularkan sahaja.
6. Sikap Zairil gemar berfoya-foya dengan wanita muda mengundang bencana. Zairil dan DAP katanya telah menawarkan ratusan ribu kepada wartawan FMT itu termasuk agensi portal FMT agar menutup kes itu. Malah FMT mengarahkan wartawan wanita itu berhenti sebagai wartawan portal itu. Skandal wartawan dengan pemimpin politik seperti Zairil ahli parlimen Bukit Bendera melanggar etika kewartawanan dan mungkin satu cara menjadikan seorang wartawan 'bias' kepada pemberitaan.
7. Tanyalah kepada pihak pengurusan portal FMT dan para wartawan ramai mengetahui kisah skandal Zairil dengan wartawan FMT itu yang kini bertugas di sebuah agensi berita terkemuka.
8. Jadi siapa wanita bersama Zairil dalam 'clubbing' itu? Adakah Dyana Sofya? Sumber mengatakan wanita itu bukan Dyana tetapi Cik A wartawan FMT yang juga mempunyai fizikal menyerupai Dyana Sofya. Agaknya ini yang menjadikan Dyana Sofya stress dengan Zairil perangai kasanovanya.
9. Sama-sama kita nantikan jawapan dari Zairil, wartawan wanita itu dan juga portal freemalaysiatoday. Apakah benar Cik A dan freemalaysiatoday menerima bayaran lumayan dari Zairil dan DAP?
10. Atau ada pihak yang menyimpan video Zairil dan wartawan itu bakal keluar semula menghiasi berita skandal politik di negara ini esok hari!. Ayuh FMT dedahkan!
1. 2 Februari lalu Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) diketuai oleh Datuk Zulkarnain Mahdar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai rasuah dan salah laku Shafie Apdal.
Kredit Video: Suara TV
2. Hari ini sekali lagi GAUM membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan itu menyiasat dakwaan sebuah laman blog berhubung projek bekalan air di Pulau Gaya, Sabah, melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Artikel yang dirujuk adalah dari Captain M
1. Apa sudah jadi dengan SPRM? Semakin mereka lincah mengejar KPI pendedahan tangkapan dan pendakwaan setiap minggu kadang semakin terserlah juga cacat mental mereka. Dulu dalam netizen sudah mempersoalkan mengapa jika kes-kes melibatkan pemimpin UMNO dan Kerajaan SPRM begitu pantas menyiasatnya tetapi ketika pemimpin pembangkang mereka lambat berbulan-bulan. Adakah SPRM 'double standard"?
2. Hari ini sekali lagi SPRM melakukan sesuatu yang bersifat popular dan memburukkan organisasi iaitu satu tembakan rambang tanpa menyebut siapa pelaku yang terlibat. Kenyataan Media SPRM hanya menyebut MT UMNO mengundang spekulasi buruk pada organisasi itu. Agaknya dengan cara ini maka SPRM lebih popular berbanding cara mereka mengumumkan kenyataan media pemimpin pembangkang.
3. Berapa banyak laporan yang dibuat kepada SPRM sebelum ini melibatkan pemimpin pembangkang seperti Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Manikavasagam, Adam Rosly, Hilman Idham, Zulfahimin atau kepada Shafie Apdal yang sampai kepada SPRM dan SPRM mengesahkannya dalam kenyataan media rasmi? Ada tak nampak kenyataan media mengenai siasatan terhadap Azmin Ali yang dilapor oleh CheguBard bahawa SPRM menerima aduan dan membuka kertas siasatan?
4. Susah sangat ke menyebut nama pemimpin atau jawatan yang mereka terlibat dari membuat serkap jarang ? MT UMNO? berapa ramai MT UMNO? Jangan main pukul rata. SPRM berniat jahat melakukan sesuatu yang mereka tidak lakukan sebelum ini. Kenapa?
Pegawai SPRM Musang Berbulu Ayam?
5. Masih ingat dengan kes pegawai SPRM yang disiasat polis pada tahun 2015 kerana membocorkan maklumat siasatan kepada pihak luar? Kisah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas dan Datuk Rohaizad Yaakub Pengarah Komunikasi Strategik SPRM yang dipindahkan serta merta ke JPM namun akhirnya kembali di SPRM atas desakan bekas TKP Operasi SPRM Dato' Sri Shukri Arif. Selepas TKP Operasi dan Datuk Bahri berpencen anasir-anasir Musang berbulu ayam disingkirkan secara perlahan-lahan dalam SPRM.
6. Namun sisanya masih ada iaitu Datuk Rohaizad Yaakub Pengarah Komunikasi Strategik SPRM orang yang meraikan pembangkang dipintu SPRM pada 6 Ogos 2015 masih kekal jawatan itu. Lihat saja bentuk surat kenyataan media yang mereka keluarkan. Jika pegawai UMNO dan kerajaan sangat pantas mereka beraksi kurang 7 jam. Jika pembangkang kalau tiada desakan tunggulah pasti berbulan-bulan. Hendak guna perkataan sesuai dalam kenyataan media pun mereka serabut. SPRM ni kerja untuk siapa? untuk pembangkang ke? Hendak siasat silalah siasat nak umum kertas siasatan. Ada banyak laporan jangan memilih!
7. Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, kita menyanjung anda sejak anda bertugas di pejabat Peguam Negara. Kita melihat anda adalah harapan dari membersihkan SPRM dari tangan-tangan puak Dato' Sri Shukri Arif dan Bahri yang bersekongkol dengan pembangkang. Jangan ikut sangat gaya Datuk Azam Baki kaki golf tu. Dia makan, tidur, minum, semua Golf. Hendak tembak orang jangan tembak curi!