Media melaporkan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5
juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri mewah milik Azmin Ali dan kroninya.
Sumber SPRM memaklumkan
serbuan dilakukan susulan penahanan dua individu kepercayaan Azmin Ali, Muhammad
Gaddafi Kamal dan Soffian Affendi Aminuddin bekas COO Kumpulan Menteri Besar
Selangor (MBI) (Pemerbadanan) pada Khamis lepas.
Seorang daripada suspek yang
ditahan telah mendedahkan kewujudan 'safe house' itu yang dipercayai dijadikan
sebagai tempat menyimpan wang hasil rasuah milik bekas MB Selangor itu.
"Ekoran itu,
penggeledahan telah dilakukan pada sekitar 10 malam tadi di pangsapuri yang
disewa oleh seorang ahli perniagaan dan hasilnya pihak SPRM telah menemukan
sejumlah mata wang Singapura SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta.
KISAH RASUAH AZMIN ALI &
KELUARGANYA BUKAN BAHARU
Ketika beliau menjadi MB Selangor
salah guna kuasa dan rasuah beliau berlambak.
Soffian Affendi Aminuddin bekas
COO MBI pegawai MBI kesayangan Azmin kontroversi dalam syarikat Darul Ehsan Investment Group Berhad (DEIG)
tahun 2015, Unisel, projek pasir kumpulan semesta dan tangkapan anak saudara
Azmin tahun 2017.
ARTIKEL LAMA