1. Berita yang mengundang resah Shafie Apdal ialah perang panjang antara Zahida Rafik (Skandalnya- mungkin isterinya selagi tiada pengakuan) dengan pemandu peribadinya Noor Azman Azemi.
2. Semalam (16 Mei) pelakon seksi Zahida Mohamed Rafik mendapat RM200,000 selepas Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas pemandu peribadinya membayar ganti rugi berhubung saman fitnah yang difailkan oleh Noor Azman Azemi berkaitan kehilangan wang RM200,000.
3. Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim turut memerintahkan Noor Azman Azemi membayar kos RM50,000 kepada Zahida Rafik.
4. Kuorum berkenaan berpuas hati bahawa Zahida, 42, mendapat keistimewaan mutlak (absolute privilege) kerana kenyataan kepada pihak media berhubung kehilangan RM200,000 miliknya, dibuat berdasarkan laporan polis.