Rasuah Baru Unsur Agama
1. Ketika artikel Captain M bertajuk DULU BERI IKRAM-PAN KUTIP ZAKAT KINI DR MAZA MUFTI JUAL MEJA RM30 RIBU DEMI NGO AL QAYYIM MILIKNYA! dan RM16 JUTA DALAM AKAUN NGO MILIK MUFTI PERLIS TAHUN 2016 TIDAK DIISYTIHARKAN. SIAPA BERI? SPRM WAJAR SIASAT meroyanlah Dr Maza dan Presiden IQ Malaysia Dr Rozaimi. Habis seluruh pasukan NGOnya tampil membela.
2. Sebenarnya Captain M malas nak mengulas isu geng Maza ni. Captain M yakin saat artikel itu dipaparkan SPRM yang lebih arif tentang rasuah dan salahguna kuasa tidak sukar memahaminya. Kita juga menerima maklumat bahawa Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim sedang disiasat SPRM Perlis. Apa agaknya reaksi dari siasatan itu? takut, bimbang atau berusaha berlindung dengan segala cara? Ini satu pengajaran buat Dr Maza, Dr Rozaimi dan geng-geng pro Maza ni.
3. Pusinglah jawapan kepada dua artikel itu dua asas penting sahaja yang mesej Captain M sampaikan sekalipun terdapat 7 perkara yang dipersoalkan sebelum ini.