1. Dato' Sri Jamal Yunos sekali lagi melakukan kaedah sama mengunjungi kawasan Paya Indah Wetlands dan 28 April lalu melakukan tinjauan dari udara dengan helicopter. Kaedah ini seperti apa yang dilakukan terhadap Adam Rosly dengan melakukan kunjungan ke rumah Disneyland Ampang milik Adam Rosly disusuli dengan Helicopter membawa kepada pertuduhan Adam rasuah Adam di mahkamah 21 April lalu.
Berita TV3 yang menunjukkan lawatan Dato' Sri Jamal di Paya Indah Wetlands 28 April 2017. Mendedahkan projek Gamuda RM30bilion dengan komisen 10 peratus
2. Kini mampukah kaedah yang sama akan menumbang atau menurunkan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Kisah Paya Indah Wetlands pernah dibawa oleh CheGuBard atau Badrulhisham tahun lalu yang mendapat liputan meluas media mengenainya sehinggalah penglibatan syarikat taikun Gamuda Berhad yang membeli tanah Lot 68054 di Paya Indah Wetlands yang juga dikaitkan dengan penjualan SPLASH anak syarikat Gamuda.
3. Apa yang Jamal tunjukkan dari lawatan dan tinjauan dari udara adalah contoh fizikal kemusnahan alam sekitar kawasan yang berdekatan diwartakan sebagai kawasan warisan dunia mahupun kawasan Ramsar.