Monday 17 October 2016

KP BARU SPRM TANGKAP RASUAH TERBESAR DI SABAH. APA STATUS SKANDAL MARA INC DI AUSTRALIA LIBATKAN SHAFIE APDAL?



SKANDAL MARA INC BELI BANGUNAN DI AUSTRALIA TERLEBIH BAYAR $4.75 JUTA DOLAR (RM13.8 JUTA) OLEH DATUK MOHAMAD LAN ALANI 
PROKSI SHAFIE APDAL. 

1. Kisah Rasuah bekas Menteri KKLW Shafie Apdal mendalangi rasuah di Kementeriannya satu persatu terbuka. Tangkapan rasuah melebihi RM114 juta Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dari peruntukan RM 3.3B Kerajaan Persekutuan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) menunjukkan kerakusan Shafie Apdal. Walaubagaimanapun selepas kes Jabatan Air Sabah terdedah menjadi persoalan mengapa kes sebelum ini melibatkan Shafie Apdal dalam pembelian bangunan di Australia terus senyap  dan tiada khabar berita. Janji KP SPRM yang baru ialah memburu dan membawa pesalah rasuah ke mahkamah. Beliau juga pakar pendakwaan. Mari kita imbas kembali!

SIAPA SO1 dan SO2?

2. Pada Jun tahun 2015 Malaysia kecoh dengan isu MARA Inc tahun 2013 dilaporkan membeli Dudley International House di Melbourne, Australia dengan harga $22.5 juta dolar (RM65 juta).

3. Sayap pelaburan mara terbabit dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia, The Age, yang mendakwa ia membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli sebuah blok pangsapuri lima tingkat, Dudley International House, di Melbourne dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

4. Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandarraya itu pada 2013, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air. Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, iaitu agensi yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran diluar negara.

5. Ketika isu ini berlaku Menterinya Dato' Seri Shafie Apdal lebih banyak berdiam diri dan menjadikan Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa menjadi hulubalangnya. 28 Julai 2015 Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Menteri ini lebih sibuk memerangi IMDB dari menjawab isu kementeriannya. Menurut Annuar Musa projek ini dibawa dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi untuk kelulusan, sebelum itu Ahli Lembaga MARA dan kemudian diluluskan oleh Menteri yang bertanggung terhadap MARA. Ia selaras dengan Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan seperti Ketua Pengarah MARA.

6. 26 Jun 2015, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

7. Siapakah pegawai yang terlibat yang dinamakan dalam Kes Skandal Dudley Mara ini? Siasatan mendapati bahawa terdapat dua orang pegawai tertinggi MARA yang terlibat iaitu Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan bin Allani mantan ADUN Sulabayan (Parlimen Semporna) dan Ketua Eksekutif Mara Inc Datuk Halim bin Rahman.

8. Dilaporkan selain Skandal Dudley, MARA Inc juga dikatakan telah mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street. Bagaimanapun kes Dudley kelihatannya mengena! Anda boleh melihat sendiri syarikat-syarikat yang diwujudkan atas nama Datuk Mohamad Lan Alani. Dato Seri Shafie memang percayakan Datuk Lan Alani. Sebab tulah Datuk Lan ni kaya raya!








9. 28 Jun 2015, LEMBAGA Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) membuat kenyataan media mempunyai keyakinan tinggi yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Australia dengan bebas, telus dan profesional. Malah 27 Jun 2015 Datuk Seri Shukri Abdull, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM menafikan kritikan pelbagai pihak SPRM cuba "cover up" kes ini dari disiasat.

10. 23 Mac 2016, SPRM menahan Datuk Mohammad Lan bin Allani, Ketua Eksekutif Mara Inc Datuk Halim bin Rahman dan beberapa individu yang terlibat untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

11. 30 Mac 2016, 3 dari mereka yang dituduh dibebaskan dengan jaminan SPRM termasuk Datuk Mohamad Lan Allani dan CEO Syarikat. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman masing-masing diikat jamin RM10,000.

BILAKAH SPRM AKAN MENDAKWA KES INI DI MAHKAMAH, LENGKAPKAH LAPORAN SIASATAN UNTUK DISERAH KEPADA PEGUAM NEGARA?

12. Kes Lim Guan Eng hampir dua bulan siasatan lengkap dan akhirnya didakwa. Kes Skandal Mara Dudley telah berlangsung lebih satu tahun namun tiada keputusan mengenainya. Apa kesudahan kes ini?

13. Datuk Mohammad Lan Alani selaku orang kuat Shafie Apdal (Mantan Bendahari Semporna) yang terlibat dalam urusan jual beli bangunan di Australia tentu lebih tahu. Bagaimana nama beliau digunakan dalam setiap urusan pembelian. Shafie Apdal sebagai menteri mempunyai kuasa meluluskan apa sahaja projek kementerian atas kuasa Akta Kontrak 1949. Datuk Lan Alani, CEO dan KP Mara hanya mengikut arahan Menteri. Minit-minit menteri mengarahkan jual beli pasti ada dan telah diserah pada SPRM.

14. Jadi apa lagi kerajaan hendak tunggu? Siasatan fail kes ini belum lengkap? Kes rasuah di Sabah Harap didakwa sebagaimana Lim Guan Eng. Pasti  Shafie Apdal selaku menteri terlibat. Dia berlagak bagus. Apa hendak ditakutkan. Buang semua ulat-ulat atau anai-anai tu. Apakah Datuk Mohamad Lan Alani sanggup menjadi pak sanggup dipenjara benteng Shafie Apdal jika sabit kesalahan? Shafie Apdal dah keluar UMNO maka Proksinya Mohamad Lan Allani akan membuktikan kesetiaannya? sama -sama menanti. SPRM rakyat mahu tahu! Pasti Datuk Mohamad Lan Alani akan membuka mulut jua!


Captain M

#rasuahShafieBedal

1 comment:

  1. Kalau betul dua orang tu terlibat, bila nak dakwa di mahkamah?. Tunggu apa lagi.

    ReplyDelete